Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 30 Januari 2014

Ada Berani Ke Noh Omar Sahut Cabaran Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memberikan tempoh 10 hari kepada Ketua Umno Selangor Datuk Noh Omar untuk menganjurkan debat berkenaan isu kalimah Allah selepas debat anjuran Sinar Harian dibatalkan.

Khalid berkata tindakan Noh yang sengaja hadir ke pejabat akhbar berkenaan pada hari debat antara mereka dibatalkan ibarat "Drama Kangkung", dan beliau bersedia bila-bila masa sekiranya Noh menganjurkan debat berkenaan.

"Saya bersedia 'disekolahkan' oleh Noh Omar. Tapi saya harap dia akan sekolahkan saya peringkat pasca ijazah, bukan darjah enam."Kita buat satu debat, saya dia dan moderator sahaja. Kita siar secara langsung.

"Kalau Noh Omar nak sekolahkan saya, susun satu program, dia, saya dan moderator buat dalam studio," katanya, ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Shah Alam.

Debat anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan ekoran akhbar berkenaan menerima pelbagai reaksi negatif dan ancaman daripada beberapa pihak berhubung tajuk debat yang dianggap sensitif.

"Saya beri tempoh seminggu atau 10 hari. Kalau Noh tak mampu susun satu program ini, maka saya akan buat sendiri, saya akan panggil beliau.

"Kita tengoklah siapa sekolahkan siapa. Beliau nak ubah imej kepada seorang intelek daripada seorang samseng," kata Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau turut mengharapkan Noh dapat berdebat dengannya atas dasar intelek dan idea, bukannya atas faktor fizikal penyokong mereka.

"Kita bertarung atas idea dan hujah, bukan atas kekuatan fizikal penyokong," tambah Khalid."Tak perlu orang ramai, saya, dia dan moderator. Cukup. Tajuk kekal sama. Dan kita bahas," kata Khalid.TMI

Pemuda PAS Akan Bantu Anwar Menang Di Kajang

Selepas beberapa hari penuh dengan kenyataan negatif daripada Pemuda PAS, Ketuanya, Suhaizan Kaiat hari ini berkata, Pemuda PAS akan tetap komited untuk membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kajang.

"Mungkin kita tidak bersetuju dengan peletakan jawatan, tetapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas daripada genggaman Pakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Suhaizan itu menutup kenyataan pemimpin pertengahan Pemuda PAS sebelum ini yang antaranya mengugut akan memboikot pilihan raya kecil itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat mengambil keputusan menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada Isnin dan menghantar surat kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Kajang.

Turut serta dalam sidang media semasa pengumuman itu adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Anwar sendiri.

Selepas peletakan jawatan Lee, pelbagai pihak dalam PAS khasnya pemuda mengecam tindakan itu dan mengugut untuk memboikotnya.

Antara yang mengecam ialah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan; Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan serta pemuda PAS Selangor.

Susulan daripada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberikan amaran agar ahli PAS jangan campuraduk antara kerusi DUN Kajang yang dimiliki PKR dengan kerusi MB Selangor yang belum dibincangkan.

Ia berbangkit apabila Anwar dikatakan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor yang baru. –TMI

Anwar akan jelaskan keputusannya bertanding di Kajang


PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin untuk memberikan penjelasan mengenai persetujuannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat dalam masa terdekat dan dijangka selepas Tahun Baharu Cina."Saya tahu bahawa perlunya penjelasan lebih lanjut yang akan saya lakukan dalam masa terdekat.

"Orang menuntut penjelasan kenapa perlu dan sementara itu ada sedikit keresahan. Sampai sekarang kita belum beri penjelasan yang lengkap," katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, teguran diberikan kepadanya oleh bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, hari ini."Saya terima (teguran). Saya akan lakukan (penjelasan)...lepas raya Cina," katanya.

Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.

Pencalonan Anwar itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu pejabat PKR semalam.

Pengumuman itu menguatkan khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sekali gus meredakan pertelingkahan antara Abdul Khalid dengan Azmin di negeri itu.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....