Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 September 2012

Fitnah: Presiden PAS saman Dr Mashitah Ibrahim

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.

Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.)

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.Hrkh

Bantah Filem Hina Nabi,Tok Guru Nik Aziz Seru Umat Islam Turun Ramai Ramai

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap demonstrasi  mengecam filem Innoncence of Muslims di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok akan berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Bagi tujuan itu,  Nik Aziz menggesa agar semua umat Islam tanpa mengira kedudukan dan parti agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes itu.

“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun.

“Dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW,”katabeliau yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan di sini pagi ini.SH

Full Video : Ceramah Mat Sabu Di Johor



PKR 800-table dinner, JB Johor

Video : Sidang DUN Kelantan Pecah Rekod



Perjalanan Persidangan DUN Kelantan bagi pembentangan belanjawan 2013 mencatat rekod baru apabila tiada sebarang soalan dihantar dari pihak pembangkang.

Persidangan DUN Kelantan bagi pembentangan belanjawan tersebut dijangka diadakan pada pertengahan Oktober 2012.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....