Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 29 Januari 2010

Video:Aduka Taruna Mengaku Tidak Bersalah

VIDEO EHSAN GREENBOC


SEREMBAN: Seorang juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menghina institusi kesultanan Johor dan rakyat menerusi blog adukataruna.blogspot.com.my pada 22 Januari lepas.

Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini antara 7.25 malam dan 9.05 malam.

Pertuduhan adalah mengikut 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud manakala Khairul Nizam diwakili peguam Mohd Radzlan Jalaludin.

Hakim Zamri Bakar membenarkan tertuduh ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsanya diserah ke mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes itu. - BERNAMA

Gambar:500 Pemuda Pas Besut Berkonvoi Motosikal Ke Himpit Besut/Setiu


Pemuda Pas dari Cawangan Beris Pak Abu bergambar ramai sebelum bertolak ke tempat berkumpul di Alor Lintang
Minyak Motor di sediakan percuma oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut
Berkumpul di Caltex Alor Lintang sebelum bertolak
Ramai!!! Program anjuran DPP Kawasan Besut ini mendapat sambutan luar biasa dari para Pemuda seluruh Besut."Orang Mude Geng Kite"

Demo bantah pilihan raya UKM, 5 pelajar ditahan


KUALA LUMPUR, Jan 29 — Pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam berakhir dengan demonstrasi petang ini, menyebabkan lima pelajar institusi pengajian tinggi itu ditahan polis.
Kumpulan pelajar yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya, yang berlangsung semalam, mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid UKM selepas solat Jumaat tadi.
Mereka mendakwa wujud ‘penyelewengan’ khususnya membabitkan kiraan undi di Fakulti Kejuruteraan - bagi mengisi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan ‘amalan tidak sihat’ pengundian di peringkat kolej.

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Krisis Istana Kelantan:Mahkamah Tinggi tiada kuasa bicara isu Raja

14 Safar 1431H.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bahawa tindakan Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada Majlis Perajaan negeri itu tidak boleh disemak semula. Demikian berita yang dipetik dari Bernama.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa.

Katanya, ini kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan.

Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Kelantan pada 16 Sept tahun lalu.

Mengikut Perkara 5 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab mengesahkan waris takhta dan menentukan sama ada terdapat kekosongan pada takhta disebabkan ketiadaan Sultan di negeri itu untuk tempoh lebih dari setahun.Sumber

Bakar gereja: 3 termasuk 2 beradik didakwa

KUALA LUMPUR, Jan 29 — Tiga orang termasuk dua beradik dikenakan tuduhan menyebabkan kebakaran ke atas Gereja Metro Tabernacle di sini awal bulan ini, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara 20 tahun.
Gereja itu salah satu rumah ibadat yang berhadapan dengan serangan dan kerja vandalisme ekoran isu kalimah “Allah”.

Video:Ceramah Perdana Royalti Minyak Kelantan Oleh Ku Li Di Stadium Sultan Mohd Ke-IV




Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Minyak Kelantan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah - Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu pada 28 Januari 2010.SUMBER

Gambar Sekitar Solat Hajat Dan Ceramah Royalti Minyak Di Stadium Sultan Muhammad Ke 4






APA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAMPU MENILAI LAGI KEJAHATAN KERAJAAN UMNO@BN

Pendedahan Ku Li,Surat Perjanjian MB Kelantan Dengan Petronas

TRANSFER KELANTAN OIL RIGHTS Cover.jpg

TRANSFER KELANTAN OIL RIGHTS Eng Ver Pg 1.jpg

TRANSFER KELANTAN OIL RIGHTS Eng Ver Pg 2.jpg

TRANSFER KELANTAN OIL RIGHTS Malay Ver Pg 1.jpg

TRANSFER KELANTAN OIL RIGHTS Malay Ver Pg 2.jpg


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....