Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 Jun 2011

Tim. Ketua Pemuda Pas : Nik Abduh Akui Menang Kerana Ayahnya

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui kemenangannya bagi jawatan berkenaan bersandarkan kepada pengaruh bapanya, yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abduh berkata, secara jujurnya beliau mengakui tiga lagi calon bagi jawatan berkenaan lebih berkelayakan dari segi sumbangan kepada parti berbanding dirinya.

"Saya fikir mungkin sesetengah perwakilan itu mereka nak tunjuk rasa cinta kepada ayahanda selaku Mursyidul Am.

"Mungkin saya dapat undi itu. Nak kira kerja saya berbanding sahabat saya yang lain ini, saya berada di belakang mereka,"katanya kepada pemberita di sini Khamis mengulas kemenangannya.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata beliau bagaimanapun menerima tanggungjawab yang diberikan itu sebagai amanah yang akan dipikul dengan sebaiknya.

"Soal kelayakkan, saya fikir mereka lebih layak, tapi bila diberikan amanah, saya kena pikul. Saya minta maaf kerana kami terpaksa bersaing sesama sendiri.

"Kami berjaya tunjuk ikatan kami dalam Pemuda ini kukuh walaupun ada persaingan di Timbalan dan Naib.

"Saya akan jadi pembantu yang setia kepada ketua," katanya.Mstar

Keputusan Penuh Pemilihan Dewan Muslimat Pas Sesi 2011/2013

SHAH ALAM, 2 Jun: Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh.

Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi.

Bagi jawatan timbalan ketua pula dimenangi Dr. Siti Mariah Mahmud menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan.

Manakala jawatan naib ketua kekal dengan Mumtaz Md Nawi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap

Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
Siti Mariah Mahmud, Dr

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida @ Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

Video : Ucapan Perasmian Tok Guru Nik Abdul Aziz Di Muktamar DMPP ke-51




SHAH ALAM, 2 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Muslimat PAS lebih kehadapan dan tidak lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan Adam.

Kata, dengan perkembangan semasa hari ini, muslimat juga harus melengkapkan diri untuk bersaing di peringkat nasional.

"Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan.

"Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan.

"Hari ini, pada saat dunia berkembang pesat dengan segala arus kemodenan, muslimat perlu dilihat berketrampilan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa agar dilihat mampu bersaing dengan pergerakan wanita dari parti-parti lain," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-51 di Dewan Banquet, Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Disamping itu juga beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Muslimat juga perlu mempersiapkan diri selengkapnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU-13).

Katanya, Muslimat PAS mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh memainkan peranan untuk menjatuhkan Umno BN pada pilihan raya akan datang.

"Disiplin, thiqah, dan keteguhan pimpinan dan ahli-ahli PAS adalah syarat yang perlu dipatuhi.

"Atas syarat inilah, kerajaan PAS di Kelantan mampu bertahan walaupun dengan majoriti satu kerusi sahaja.
Prestasi ini dipandang tinggi oleh rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan muslimat agar menyediakan genarasi pelapis yang berpotensi besar untuk berkecimpung dalam arena politik tanah air.

"Saya melihat Dewan Muslimat PAS pada hari ini semakin menarik minat pelbagai latar belakang untuk turut bersama dengan perjuangan ini. Tidak dilupakan, muslimat perlu kepada generasi pelapis.

Tambahnya, beliau sendiri menyaksikan ada perbezaan berikutan kehadiran pelbagai latar belakang dan bakat baru.

Justeru beliau berharap agar golongan senior di dalam Dewan Muslimat dapat membimbing bakat-bakat baru agar memahami perjuangan PAS dan terus istiqomah membantu bahtera PAS sampai ke pantai destinasinya.

"Kepelbagaian ini saya ibaratkan sebagai sejambang bunga yang menampilkan pelbagai jenis bunga dan wangian yang berbeza. Ia sama sekali tidak mencacatkan jambangan bunga bahkan ia menambahkan seri dan menaikkan perhatian orang yang memerhati. Muslimah ibarat bunga yang sedang berkembang mekar di jambangan yang namanya jihad, insya-allah jika dibajai dan dijaga bunga ini, wangiannya akan terus kekal semerbak sepanjang zaman," katanya.Hrkh

Keputusan penuh pemilihan Dewan Pemuda PAS sesi 2011/2013

SHAH ALAM: Anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) diisytihar sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru apabila menewaskan tiga lagi pencabarnya dengan mendapat 260 undi.

Menerusi keputusan berkenaan, Nik Abduh turut mengenepikan penyandang bagi jawatan berkenaan sebelum ini, Azman Shafawi yang mendapat undi paling sedikit iaitu 94 undi.

Sementara itu dua lagi calon iaitu Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat masing-masing mendapat 193 dan 107 undi.

Keputusan berkenaan diumumkan wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Sufian Husin pada pukul 5.20 petang Khamis.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawidiumumkan menang tanpa bertanding apabila tidak menerima sebarangpencabar.

Dr Sufian berkata, pihak jawatankuasa pemilihan mengeluarkan sebanyak655 kertas undi.

"Kita menerima semula semua kertas undi yang dikeluarkan... tapi kitamenolak tiga kertas undi," katanya.

Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob menang dalam saingan dua penjuru apabila mendapat 421 undi.

Pencabarnya, Nasir Zakaria mendapat 228 undi.

Sementara itu 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS yang diumumkan menang adalah seperti berikut:

1) Riduan Mohamad Nor - 561

2) Khairul Faizi Ahmad Kamil - 502

3) Ahmad Baihaki Atiqullah - 492

4) Mohd Adram Musa - 427

5) Kamaruzaman Mohamad -328

6) Ahmad Fadhli Shaari - 325

7) Khalil Abdul Hadi - 320

8) Mohd Nazri Chik - 307

9) Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre - 275

10) Mohd Sany Hamzan - 282

11) Mohd Yusni Mat Piah - 269

12) Mohd Nor Hamzah -267

Pemilihan Pas : Saya Ada Pilihan Sendiri - Tok Guru Nik Aziz

SHAH ALAM, 2 Jun — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai pilihannya sendiri berhubung calon yang sesuai untuk dipilih pada pemilihan parti itu kali ini.

Pemilihan ketiga-tiga sayap berlangsung hari ini manakala peringkat pusat sempena muktamar yang bermula esok.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walau siapa pun pilihannya, semua keputusan terletak pada tangan perwakilan untuk menentukan pemenang.

“Saya ada pilihan saya. Tapi tak bolehlah beritahu pada orang lain. Kalau saya beritahu kecohlah nanti,” kata beliaua pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS 2011 di sini hari ini.

Pemilihan kali ini tumpuan beralih kepada timbalan presiden yang menyaksikan saingan tiga penjuru manakala naib presiden pula disaingi enam calon.

Calon yang akan bertanding jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, tiga kerusi naib presiden ditandingi Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang masing-masing merupakan penyandang jawatan, dua Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan Idris Ahmad.

Jawatan ketua Dewan Muslimat disaingi Nuridah Salleh dan Siti Zailah Yusoff manakala Nasrudin Hassan mengekalkan kedudukannya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengekalkan jawatannya.

Menjawab soalan mengenai pemberian ruang kepada Muslimat bertanding pada pilihan raya akan datang, Nik Aziz berkata, semua keputusan terletak pada jawatankuasa pilihan raya.

“Terletak pada parti. Kita akan bagi ruang kepada orang yang ada bakat, aktif dan kita lihat penampilan diri dia.

“Bilangan kerusi akan ditambah atau tidak, itu terletak pada mesyuarat,” katanya.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....