Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 Jun 2010

Terpulang Pada Najib Jika Mahu Adakan Plihanraya Lebih Awal-Mahathir


KUALA TERENGGANU, 14 Jun — Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk bagi kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam masa terdekat.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) bagaimanapun berkata terpulang kepada kerajaan sama ada ingin mengadakan pilihan raya Umum dalam masa terdekat dengan mengambil kira kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre.
“Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka.
“Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertiga lah. Boleh buat sekaranglah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau mengulas hasil kaji selidik agensi itu yang mendapati tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri meningkat 72 peratus bulan lepas berbanding 69 peratus pada April lalu.

Al-Fatihah... Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki hanya akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini. Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....