Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 11 November 2009

Pakatan Rakyat Terima Positif Akuan Bekas Pengarah BPR





Tindakan Bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris, membebaskan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada skandal akaun bank luar negara berjumlah 3 billion ringgit atau mempunyai kaitan dengan kepentingan barat mendapat reasksi positif ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditemui di lobi parlimen hari ini mengalu-alukan tindakan bekas pengarah siasatan agensi pencegah rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, sambil menyifatkan ia sedikit sebanyak telah menjernihkan imej mantan timbalan Perdana Menteri itu.

" Pertama sekali saya mengalu-alukan kenyataan daripada SPRM tersebut. Walau bagaimanapun jika kita menoleh ke belakang melihat sejarah tentang kenyataan tersebut timbul dalam ruang awam, pertama sekali kita lihat ia bermotifkan Anwar Ibrahim ini seorang perasuah yang hebat", ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Razak dalam kenyataannya hari ini memberitahu mahkamah tinggi, tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas.

" Apa yang menarik, isu yang sama diulang berkali-kali, boleh dikatakan setiap hari oleh media-media dan yang paling parah lagi ialah setiap kali pilihanraya isu ini ditimbulkan sehinggalah baru-baru ini ianya ditimbulkan oleh Khairy Jamaluddin sendiri. Dan bagi saya kalau Khairy Jamaluddin tahu kenyataan SPRM ini, Khairy perlu memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Media arus perdana sebelum ini sering menghebahkan cerita kononnya Anwar terlibat dalam skandal 3 bilion ringgit dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat malah ianya kerap kali diulang apabila tiba musim pilihanraya.

Sementara itu bagi ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid pula, tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar hanyalah permainan politik semata.

" Apa yang dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah retorik. Kita tahu siapa Datuk seri Anwar dalam bidang kepimpinan. Kalau Anwar terlibat tentu dia telah ditangkap pada zaman Mahathir tetapi kerana tidak ada, saya melihat ini secara keseluruhan, mereka akan menyerang Datuk seri Anwar habis-habisan".

Malah Abdullah Sani berpendapat, kerajaan Malaysia harus dipertanggunjawabkan sepenuhnya atas fitnah yang telah dilemparkan ini.

" Sebenarnya kerajaan harus bertanggungjawab 100 peratus dan mereka yang mengangkat kes ini harus dihukum termasuk Ketua Pemuda UMNO itu sendiri".

Razak, 60 tahun yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat berkata, BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.TVS

Ceramah perdana sempena 19 tahun PAS tadbir Kelantan






KOTA BHARU, 11 Nov: Tanpa disedari usia kerajaan PAS di Kelantan kini sudah melewati 19 tahun. Ini bermakna hampir 20 tahun Umno gagal dalam misinya merampas Serambi Mekah.

Biar pun Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan sudah lima kali bertukar ganti, namun mereka masih dikecewakan rakyat di negeri ini.

Mereka gagal mengulangi kejayaan 1978 apabila berjaya memecah PAS sehingga lahir Berjasa dan Hamin ketika itu.

Kekuatan PAS Kelantan tetap dipertahankan biar pun Semangat 46 yang pernah bersama pada 1990 sudah lama dikuburkan.

Mengambil kira kejayaan itu Badan Perhubungan PAS Kelantan akan mengadakan ceramah perdana sempena 19 tahun pemerintahan pada Ahad ini (15 November).

Tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan ditampilkan termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum KeADIlan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga hadir berceramah pada program yang akan diadakan Putik, Pengkalan Chepa.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Wan Zulkefli Wan Mohamad berkata, program tersebut bermula dengan solat Maghrib.

“Selepas itu akan diadakan kuliah Maghrib oleh pengkuliah jemputan. Selepas solat Isyak akan diadakan solat sunat hajat yang dijangka diimamkan Menteri Besar,” katanya di sini.

Beliau berkata, program tersebut diadakan sebagai mengingati kejayaan kerajaan PAS di Kelantan sehingga mampu bertahan hampir 20 tahun.

Sementara itu pada hari yang sama (Ahad) KeADIlan negeri akan menganjurkan konvensyen bertempat di Kelantan Trade Centre bermula jam 2 petang.

Pada konvensyen tersebut beberapa kertas kerja akan dibentang termasuk oleh Mustafa Kamil Ayub, Fauziah Salleh, Tien Chua, Shamsul Iskandar dan Badrul Hisyam.

Setiausaha Konvensyen, Wan Abu Bakar Wan Muhammad berkata, perasmian konvensyen itu akan dilakukan Anwar pada akhir program.harakahdaily

MB Selangor Dedah Tiga Dokumen OSA Untuk Siasatan




Kerajaan negeri Selangor mahu mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.

"Peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan "rahsia" atau "sulit" sesuatu dokumen bawah OSA,"katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan pembentangan bajet 2010 di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, petang tadi.

Menurut Tan Sri Khalid pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kita ada projek yang ditinggalkan. Rakyat tidak tahu siapa yang terlibat, berapa nilai tanah itu dan sebagainya," katanya.

Jelasnya, projek yang akan didedahkan itu melibatkan satu projek penghutanan semula untuk tujuan komersil dan dua lagi projek, masing-masing di Bukit Botak, Selayang dan Bukit Cerakah, Shah Alam.

Manakala terdapat satu projek berkaitan projek penghutanan semula,serta berkaitan kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan dan laporan mengenai Bukit Cerakah.

Tan Sri Khalid berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk.

"Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang," Jelasnya.

Beliau juga berkata, beberapa laporan mengenai projek-projek berkenaan akan dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ini.

Sehubungan itu juga, Khalid berkata kerajaan Selangor akan memperkenalkan satu enakmen baru berkaitan hak kebebasan maklumat yang akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kebebasan maklumat memberi lebih kelebihan untuk membuat keputusan berbanding (kerahsiaan) bawah OSA pada masa sekarang," katanya.

Jelasnya, enakmen berkenaan masih perlu dikaji sebelum dibentangkan kerana mungkin akan berhadapan tentangan daripada Peguam Negara kerana dianggap mendatangkan konflik bidang kuasa persekutuan dalam akta OSA.TVS

Tuduhan Anwar Sorok RM3 bilion Tidak Berasas-Bekas Pengarah BPR




Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah Abdul Razak Idris berkata agensi itu telah membebaskan KetuaPembangkang Anwar Ibrahim dari sebarang pertuduhan menyimpandan menyorokkan wang ringgit berjumlahRM3 bilion di akaun-akaun bank luar negara, ataupun mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat.Dalam keterangan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini,Abdul Razakberkata BPR telah menyiasat tuduhan ini yang dinyatakan dalamakuan bersumpah bekas pembantu Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid.Bekas penyiasat kanan BPR memberi dipanggil ke kandang saksi untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah Anwar terhadap syarikat media New Straits Times Press (M) Bhd.Anwar menyaman NST sebanyak RM100 juta selepas akhbar itu dikatakan memfitnah Anwar sebagai agen Amerika Syarikat dalam rencana "Anwar's link to US lobbyist" yang disiarkan pada 2 Mac 2002.Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa sekumpulan pegawai penyiasat BPR pergi ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat tuduhan ini, namun mendapati tiada kes terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu.Murad menandatangani akuan bersumpah ini pada 29 Oktober 1999, kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan pada September tahun yang sama."Kita temui Murad dan beberapa saksi British. Tetapi mendapati tiada kes terhadap Anwar seperti yang didakwa dalam akuan bersumpah Murad. Lantas, saya menyimpulkan bahawa pertuduhan-pertuduhan yang terkandung dalam akuan bersumpah ini tidak berasas dan tidak kukuh, dan demikian itu mengarahkan siasatan ditutup," kata Abdul Razak.Abdul Razak kemudian menyerahkan akuan bersumpahnya berhubung kes ini ke perhatian mahkamah.TVS

Sidang DUN Selangor Tolak Usul Bahas Isu Dr Mohd Asri


SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menolak usul tergempar yang dikemukakan oleh Saari Sungib (PAS-Hulu Klang) bagi membahaskan isu penahanan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Speaker DUN, Teng Chang Khim menolak usul itu atas alasan walaupun isu itu menyentuh kepentingan orang ramai tetapi ia tidak perlu disegerakan.

Teng berkata usul yang dibawa oleh Saari menepati Peraturan Tetap 17 (1) DUN kerana ia merupakan perkara tertentu dan menyentuh kepentingan orang ramai tetapi ia ditolak berdasarkan Peraturan Tetap 17 (2) kerana ia tidak perlu disegerakan.

Saari ketika mengemukakan usul itu pada persidangan DUN hari ini berkata isu itu perlu dibahaskan bagi mendesak JAIS menggugurkan sebarang pendakwaan yang bakal diambil terhadap Mohd Asri.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menyemak semula Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang tidak selari dengan syariah dan keperluan dakwah dan meminda mana-mana peruntukan dalam enakmen itu yang bertentangan dengan prinsip keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia.

Mohd Asri ditahan oleh JAIS pada 1 November lalu ketika sedang menyampaikan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Seri Ukay, Gombak, dekat sini. BERNAMA

Wang Ehsan hanya untuk kepentingan Umno Kelantan-Tok Guru Nik Aziz

KOTA BAHRU, 11 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan berpendapat pemberian wang ehsan oleh pusat menggantikan royalti bukan untuk rakyat tetapi bagi menjaga kepentingan Umno negeri itu.

Dakwaan itu dilihat berasas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian wang ehsan tersebut hanya melalui projek pembangunan diurus wakil kerajaan pusat bukan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara itu berkata, penyaluran wang tersebut sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kerana ianya hak rakyat negeri itu.

“Bumi Kelantan yang mengeluarkan minyak, bumi Kuala Lumpur setitik pun tak ada minyak.

“Ehsan apa ambil hak kami. Kami yang beri ehsan kepada pusat. Bukan pusat beri ehsan kepada Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Namun yang lebih dibimbangi adalah ketelusan agensi kerajaan pusat yang dipertanggungjawab mengendalikan projek wang ehsan tersebut.

Pengalaman selama ini jelasnya, dua agensi pusat di negeri itu tidak pernah mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dalam setiap perbelanjaan mereka.

“Pusat telah ada dua agensi tidak melalui kerajaan negeri. Dia ada Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) dan Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER).

“Dua agensi ni nak belanja apa pun tidak melalui kelulusan negeri. Dia nak rasuah ke, nak tiris ke, nak bucur ke, dia punya pasal. Tetapi hak ni (duit royalty) kami hendak,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau sedang mengatur untuk bersemuka dengan perdana menteri membincangkan tuntutan royalti bukan wang ehsan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Bukan pusat je nak duit, negeri pun nak duit. Negeri ada Dewan Undangan Negeri sendiri ada bajet sendiri ada defisit sendiri, jadi kenapa tak nak beri duit kepada kami,” katanya.Harakahdaily

Dr Asri berminat sertai Pas: Harun


SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin pernah meluahkan minat untuk menyertai Pas memandangkan perjuangan parti itu selari dengan pendiriannya dalam menyebarkan ajaran Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, beliau yakin Pas menjadi pilihan Asri untuk berpolitik sekiranya usaha menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan halangan.

"Dia nak masuk (Pas) dah. Semasa pertemuan dengannya sebelum ini, saya pernah mengajaknya menyertai Pas agar dia tidak berjuang sendiri, sebaliknya memperjuangkan Islam bersama parti. Nampaknya beliau berminat.

“Saya ingat dia hanya bercakap dengan saya, tetapi sekarang dia dah terbuka mengatakan kesediaannya menyertai politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berminat dengan perjuangan Pas sejak sebelum menjadi Mufti Perlis lagi.

“Masa jadi Mufti Perlis dahulu, dia memang sayang Pas. Masa jadi pensyarah universiti pun dia sayang dengan Pas. Masa jadi penceramah agama pun begitu. Saya yakin sekarang pun begitu.

“Saya pernah mengatakan dia layak masuk Pas memandangkan parti ini berjuang menegakkan Islam syumul, tidak seperti UMNO. Maka Pas adalah parti yang paling sesuai dengannya,” katanya.

Ditanya apakah beliau menjangka Asri menyertai parti itu dalam masa terdekat, Harun berkata beliau tidak pasti kerana Asri sendiri belum membuat keputusan.

“Saya selalu berhubung dengannya dan kami (pemimpin Pas) juga pernah bertemu untuk mengajaknya secara terbuka menyertai parti,” katanya.

Dalam pada itu, kesediaan Asri untuk menyertai politik sebagai langkah terakhir, disambut baik oleh beberapa pemimpin UMNO dan Pas.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Asri wajar menyertai politik kerana suaranya lebih didengar oleh semua pihak.

“Saya rasa beliau lebih selesa untuk menyuarakan pandangan sekiranya menyertai dunia politik dan sama ada parti mana yang menjadi pilihannya terpulang kepada Asri.

“Jika dia (Asri) menyertai Pas, beliau perlu memohonnya terlebih dahulu untuk menjadi ahli dan pimpinan Pas akan pertimbangkannya untuk menjadi sebahagian daripada kami,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Ditanya mengenai adakah Asri akan diberi jawatan sekiranya menyertai Pas, Salahuddin berkata:“ Itu kita akan pertimbangkan kemudian. Jika berminat, beliau perlu isi borang dahulu."

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan mengalu-alukan Asri menyertai UMNO sekiranya berminat menyertai politik.

“Kita harap beliau sertai UMNO kerana beliau turut memberi sokongan terhadap perjuangan UMNO dan memahami mengapa dasar-dasar UMNO dilaksanakan sedemikian rupa,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Asri berminat menyertai UMNO, pemimpin UMNO sedia menimbang keahliannya.SH

Contohi Presiden PAS yang cool dan sabar mendengar orang mengkritiknya


Oleh DINSMAN

Saya nak sambung sikit tulisan Isnin lepas. "Orang-orang politik jangan sombong dan angkuh." Saya mulakan tulisan itu dengan paragraf pertamanya: "Tak sangka rupa-rupanya perkara itu begitu serius. Nasib baiklah Tok Guru Nik Aziz meletupkannya cepat. Kalau tidak, semua orang pakat duk sembunyikan benda-benda yang mereka tak suka itu, dengan anggapan ia hanya perkara kecil. Rupa-rupanya ia bukan lagi perkara kecil."

Dan respons kepada tulisan itu, yang kebetulan juga selepas berlangsungnya Seminar Khas PAS itu, rupa-rupanya lebih daripada apa yang saya tak duga dulu itu. Ingat mulanya ia tidaklah begitu serius. Tetapi rupa-rupanya ia betul-betul serius. Sana sini orang menyatakan kekecewaan dan harapan yang telah pudar dan patah. Aduuh!...

Berbagai aduan dan cerita terus sampai lagi kepada saya. Bukanlah nak percaya begitu saja kepada semua yang disampaikan itu, tetapi kebanyakannya adalah pengukuhan kepada apa-apa yang memang kita sendiri pernah alami dan temui. Cerita-cerita kekecewaan dan kehampaan orang-orang yang mengharapkan PAS dan KeADILan benar-benar tidak serupa dengan Umno.

Sekali apabila harapan rakyat itu telah pudar dan patah, hendak mengembalikannya semula kepada keadaan yang baik seperti sebelumnya, atau dengan kata yang sering digunakan sekarang – hendak 'memperkasakannya' semula, bukanlah satu kerja mudah. Tidak cukup dengan menganjurkan seminar, dan tidak cukup dengan menganjurkan konvensyen. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak langkah pimpinan di depan, rakyat di belakang mulalah bercempera mencari 'ikon' baru tempat mengadu.

Apabila orang awam mula berkata: "Sama sajalah, PAS-kah, KeADILan-kah, Umno-kah, semuanya sama. Belum menang rakyat didahulukan. Bila dah menang semua nak berebut kuasa. Harapan rakyat tidak dipedulikan lagi."

Betul. Saya bersetuju dengan Lim Hong Siang (editor MerdekaReview versi Melayu) yang mengatakan "PAS bukan takut menang, tapi gagal uruskan kuasa". Baru sahaja mendapat sebahagian daripada kemenangan yang diperjuangkan, pihak pimpinan sudah menunjukkan 'warna' keikhlasan kepimpinan mereka yang mengundang kecurigaan di kalangan rakyat yang menaruh harapan menggunung kepada mereka.

Saya juga berfikir panjang dengan kenyataan Zolkharnain Abidin (bongkarsauh.blogspot) yang pulang dari Seminar Khas itu dengan membawa kehampaan, kerana katanya seminar itu "mengulangi komitmen-komitmen lama yang memang telah diketahui umum". Atau barangkali 'persepsi' Zolkharnain itu salah? Saya tak tahu, sebab saya tak hadir dalam seminar itu, makanya saya berfikir panjang membaca kenyataannya.

Seorang YDP kawasan bertanya saya, "Apa sebenarnya tujuan seminar itu?" Saya tanyakan dia semula, "Ustaz tak pergikah?" Dia jawab dia pergi. Ah, saya tak pergi ...

Apa pun, alhamdulillah, orang ramai mulai berfikir secara serius akan masalah yang sedang kita hadapi. Itu tanda-tanda dan ciri-ciri baik bagi sebuah masyarakat. Dan paling saya gembira ialah apabila Prof Dr Aziz Bari yang mengkritik Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang begitu keras itu, diundang pula untuk menyampaikan pandangannya dalam seminar itu.

Tak usah fikir lainlah. Fikirkan kalau yang Aziz Bari kritik itu bukan Presiden PAS, tapi Presiden Umno. Apa akan jadi? Mungkinkah Umno akan undang Aziz Bari membentangkan pandangannya dalam seminar khas Umno? Saya tak fikir itu boleh berlaku dalam Umno. Sebaliknya Aziz Bari mungkin akan kehilangan jawatannya di Universiti Islam Antarabangsa.

Maka untuk itu saya fikir kita patut mengucapkan syabas kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Jelas dia seorang yang berhemah tinggi dan berjiwa besar. Teladan yang ditunjukkan itu, kita harap, akan menyemarakkan lagi ciri-ciri demokrasi dan kebebasan bersuara dalam PAS.

Tak mengapalah dengan kekecewaan dan kehampaan yang masih wujud di kalangan rakyat di sana sini. Itu tandanya harapan masih ada. Hanya kita perlulah memberikan perhatian yang lebih bersungguh-sungguh kepadanya. Yang terjadi telahpun terjadi. Kita terimalah realiti dan fakta itu, dan kita bekerjalah bagi mengembalikan semula harapan dan kepercayaan rakyat kepada kita

Bukan saja PAS. KeADILan pun sama. Sana sini timbul masalah "pemimpin yang bermasalah". Mula di Perak, kemudian di Pulau Pinang, kemudian di Kedah, dan sekarang di Selangor pula. Maka saya pun jadi terfikir juga - apakah ini semuanya terjadi secara kebetulan, atau kerana salah pimpinan masing-masing (PAS dan KeADILan), atau sebenarnya ini semua terjadi akibat daripada usaha 'underground' pihak Umno?

Saya terfikir begitu kerana saya dan kawan-kawan tidak mahu percaya bahawa para pimpinan peringkat atasan PAS boleh begitu mudah menimbulkan "masalah-masalah" itu. Kita macam tidak percaya? "Eh, takkan mereka boleh berfikir macam itu?"

Maka itulah kami pun berfikir bahawa "masalah" yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat sekarang ini, ada kemungkinannya sebagai akibat daripada usaha halus dan tersembunyi di pihak Umno-BN. Mereka "membaca" di mana tersembunyinya kelemahan-kelemahan pihak yang memimpin PAS dan KeADILan sebagai manusia (kerana manusia itu mesti ada lemahnya), lalu mereka membuat serangan secara tersembunyi di sebalik helah-helah yang kelihatannya "baik" dan "lebih baik", demi untuk "Islam dan Melayu" – konon!

Tidak salah kita berfikir begitu. Kemungkinan itu memang ada. Bahkan saya lebih cenderung mempercayai kemungkinan itu. Memang kita boleh ketawa dengan slogan retorik Perdana Menteri Najib – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tetapi kita jangan pandang remeh dan lekeh kepada pemikiran dan strategi di belakang slogan itu.

Ketika harapan rakyat penyokong Pakatan Rakyat mulai pudar dan patah, tidak mustahil sebahagian mereka akan 'termakan' dengan slogan retorik itu. Sebab: kalau PAS dan KeADILan pun sama saja dengan Umno-BN, lebih baiklah sokong Umno-BN, dah tentu mereka lebih mampu untuk menolong rakyat, kerana mereka banyak duit.

Ha, kalau rakyat sudah berfikir seperti itu, bahaya besar. Bukan bahaya kecil, tapi bahaya besar. Maka eloklah kita cepat-cepat menyedarkan sesama kita, seperti yang disarankan al-Quran (surah al-'Asr), supaya kita sering ingat-mengingati, nasihat-menasihati.

Dan jangan cepat marah kalau orang menegur dan mengkritik kita. Jangan cepat melenting dan menuduh orang nak sabotaj kita. Contohi Presiden yang cool dan sabar mendengar orang mengkritiknya. Sekali lagi syabas Tuan Guru!detikdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....