Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 25 April 2014

Apa akan berlaku jika MH370 tidak ditemui ???


Meskipun Malaysia dan Australia memberi jaminan pencarian akan diteruskan terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, kurangnya petunjuk membuatkan ramai tertanya-tanya: Bagaimana jika pesawat Boeing 777-200ER itu tidak ditemui?

Semasa permulaan misi carian antarabangsa itu, persoalan sedemikian tidak terlintas oleh penyiasat dan orang ramai, namun semakin lama, ia bakal menjadi kenyataan yang pahit.

CNN melihat apa akan berlaku sekiranya pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan.

1. Ia akan lenyap dan menjadi misteri dunia.

Kehilangan pesawat mungkin akan setara dengan misteri kehilangan Amelia Earhart. Juruterbang wanita yang hilang ketika cubaan pertama mengelilingi dunia menaiki pesawat Equator pada Jun 1937 menimbulkan pertanyaan.

Misi carian gagal mengesan sebarang jejak, pemandu arah Frederick Noonan mahupun pesawatnya. Sesetengahnya percaya mereka kehabisan minyak dan terhempas di laut – teori sama yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines, kata CNN.

Kemudian, adanya Segitiga Bermuda.Banyak kapal laut, pesawat dan orang hilang di kawasan pertemuan Lautan Atlantik, "segitiga" dari Bermuda, Miami dan San Juan, Puerto Rico.

Pegawai AS melaporkan puting beliung, ribut petir secara tiba-tiba, arus Teluk dan perairan Caribbean yang cetek bukti munasabah kehilangan kapal.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....