Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 Februari 2012

Video : Sidang Media Dan Keadaan Kereta DS Anwar Yang Diserang





Artikel berkaitan DISINI

Mahfuz cabar Hishammuddin berdebat

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berdebat dengannya atas pelbagi topik yang boleh dipilih oleh Hishammuddin sendiri.

Cabaran tersebut dibuat sebagai mengulangi perancangan mereka untuk berdebat beberapa tahun lalu, tetapi dibatalkan kemudiannya akibat penarikan diri Hishamuddin kerana dihalang oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahfuz, kini keadaan telah berubah dan rakyat negara ini sudah mempunyai tahap kematangan yang tinggi sehingga pelbagi pihak sudah boleh menerima program debat dengan baik.

Katanya, jadi sekaranglah masa terbaik untuk meneruskan kembali debat antara beliau dan Hishammuddin itu setelah ia gagal dilangsungkan dulu walaupun telah dipersetujui pada peringkat awalnya.

"Dulu debat yang akan diadakan antara saya dan Datuk Hishammuddin itu atas kedudukan saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Hishamuddin selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia.

"Sekarang saya bukan Ketua Dewan Pemuda PAS lagi dan Datuk Hishammuddin juga bukan Ketua Pemuda Umno lagi, jadi debat itu mestilah antara saya dan Hishammuddin juga sebagai mengulangi rancangan debat yang tak jadi dulu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Pada perancangan dulu, menurutnya, debat antara beliau dan Hishammuddin itu dicadangkan atas tajuk "Siapa Sebenarnya Pengkhianat Negara: Umno Atau PAS?".

Katanya, sekarang sekiranya Hishammuddin mahu berdebat dengannya, debat tersebut boleh diteruskan atas tajuk itu atau sebarang topik yang diingini oleh Hishamuddin sendiri.

"Terpulanglah kepada Datuk Hishamuddin untuk menentukan tajuknya. Saya hanya bersedia sahaja atas pelbagi topik, bila dan di mana-mana sekalipun," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dalam konteks sekarang, debat merupakan sesuatu yang penting kerana ia akan memberikan pelbagai maklumat kepada rakyat bagi membolehkan rakyat membuat penilaian yang betul mengenainya.

Video : Cermin Kereta DS Anwar Dipecahkan Ketika Berceramah Di Johor




JOHOR: Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.

Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.

Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat.

Debat Anwar-Najib paling ditunggu-tunggu

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Sekurang-kurangnya dua siri debat antara tokoh-tokoh politik tanah air yang sedang dinantikan penuh harapan oleh rakyat negara ini.

Paling ditunggu agar benar-benar menjadi realiti adalah debat antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Satu lagi debat yang juga menjadi penantian rakyat khususnya di Selangor adalah antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung skandal pasir yang didakwa Noh berlaku di negeri itu.

Namun bagi debat Anwar dan Najib, penantian bukan baru, tetapi sudah berbualan bulan malah Anwar sendiri beberapa kali mengemukakan cabaran kepada Najib untuk berdebat isu-isu negara khususnya membabitkan soal ekonomi.

Sehingga kini harapan itu masih kabur apabila Najib dilihat langsung tidak mahu menyahut cabaran itu bairpun diutarakan berkali-kali.

Malah pujian juga wajar diberikan kepada kedua-dua pemimpin parti majoriti Cina iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang lebih terkehadapan apabila membuktikan keberanian mereka berhujah di pentas debat Sabtu lalu.

Terbaru, beberapa lagi harapan dilontarkan mahu melihat Najib selaku ketua kerajaan itu menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Anwar.

Rakyat Johor mahukan Salahuddin Ayub

JOHOR BARU: Lanskap politik Johor bakal berubah dengan kepulangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ke negeri itu.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata, rakyat Johor menanti kepulangan Salahuddin yang masih muda dan sederhana.

“Orang Johor mahukan pemimpin seperti Salahuddin…muda dan sederhana. Anak kelahiran Pontian itu sangat penting kepada PAS dan Pakatan Rakyat Johor.

“Kepulangannya tepat pada masa, beliau membawa nilai tambah kepada kami.“Beliau boleh menjadi ketua Pakatan Rakyat Johor,” kata Suhaizan yang juga setiausaha PAS negeri.

Kerusi DUN

Suhaizan berkata, Salahuddin dijangka bertanding di kerusi DUN di kawasan bandar di negeri itu Bagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan kerusi DUN tersebut.

“Kita (Pemuda) telah berusaha memujuk Salahuddin untuk kembali ke Johor berjuang di negeri kelahirannya sendiri“Pada mulanya beliau was-was, tetapi akhirnya  Salahuddin setuju,” tambah beliau.

Sementara itu Salahuddin berkata, beliau tidak berhasrat menajdi menteri besarKatanya, perjuangannya selama 30 tahun dalam parti politik adalah untuk memenangkan PAS.

PAS Johor ketika ini mempunyai dua wakil rakyat DUN iaitu Ibrahim Salleh bagi Sg Abong, Dr Mohammad Taslim kerusi Maharani kedua-duanya dalam parlimen Muar.FMT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....