Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 5 Januari 2010

AJK Umno Tasek Gelugur Didakwa Pernah Tiduri 10 Wanita

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54,yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

Sumber : http://mstar.com.my

Isu Allah:Di mana silap dan betulnya Hakim Lau Bee Lan?


Oleh: Mohamed Hanipa Maidin

Sebagai seorang peguam dan pemimpin PAS saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menberikan pandangan saya tentang keputusan Yang Arif Datuk Lau Bee Lan dalam kes penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar Herald yang diterbitkan oleh kristian Katholik. Bagaimanapun ulasan saya di sini hanya dari pesperktif undang-undang semata-mata.

Secara ringkasnya fakta kes tersebut adalah pada 18 Mac 2009 pemohon iaitu Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur iaitu Murphy Pakiam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman (judicial review) ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia kerana memutuskan melarang akhbar “The Herald” dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan edisi bahasa Malaysia akhbar itu.

Sebelum ini Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja dan pihak Kerajaan telah mengancam akan menutup akhbar itu jika ia tidak mengendahkan larangan tersebut .

Dalam samannya ke atas Menteri Dalam Negeri (MDN) Paderi Pakiam yang mewakili pihak Herald telah memohon Mahkamah bagi mendapatkan perintah antara lain perintah perisytiharan bahawa keputusan MDN melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon Mahkamah mengisytiharkan bahawa akhbar Herald berhak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya dan kalimah Allah tidak hanya ekslusif kepada Agama Islam sahaja. Selain itu Paderi Pakiam juga meminta Mahkamah membatalkan keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald tersebut.

Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar Hakim Datuk Lau Bee Lan telah pada 30 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum saya memulakan ulasan saya terhadap keputusan Datuk Lau Bee Lan tersebut saya perlu menyatakan di sini sebagai seorang peguam saya dididik untuk hanya mengulas sesuatu keputusan seorang Hakim itu hanya setelah membaca keputusan penuh seorang hakim itu supaya ulasan saya benar-benar hanya menyentuh keputusan sebenar Hakim tersebut dan bukannya dari tokok tambah dari mana-mana sumber selain keputusan itu sendiri.

Di sini saya ingin menyatakan bahawa seperti para pembaca saya hanya mengetahui intipati keputusan Hakim tersebut dari laporan akhbar sahaja. Dengan anggapan laporan itu adalah benar sepertimana yang dinyatakan oleh Hakim tersebut maka saya berpendapat keputusan itu adalah betul dari satu segi tetapi tersilap dari segi yang lain.

Bagi saya Hakim Lau Bee Lan boleh dipuji kerana keberanian beliau membuat keputusan yang membatalkan keputusan seorang Menteri . Mengapa saya kata beliau adalah seorang yang berani ? Hujah saya bersandarkan kepada alasan bahawa jika kita melihat Akta Penerbitan & Mesin Cetak yang digubal oleh Kerajaan BN, Akta tersebut memberikan satu kuasa dan budibicara yang mutlak kepada MDN untuk memutuskan membatalkan atau mengenakan sebarang syarat terhadap mana-mana akhbar yang ingin diterbitkan di negara ini.

Jika dilihat kepada Akta tersebut ia menyatakan keputusan MDN tidak boleh dicabar di Mahkamah. Di dalam undang-undang peruntukkan yang memberikan kekebalan kepada MDN itu dipanggil “ouster clause”.

Kes yang diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan melibatkan isu Perlembagaan atau secara spesifiknya isu kebebasan beragama. Pengalaman saya mengendalikan kes kebebasan beragama iatu kes tiga pelajar dibuang sekolah kerana memakai serban menyakinkan saya bahawa kes sebegini memang secara relatifnya adalah kes yang boleh dikategorikan sebagai kes “panas” dan pasti merimaskan mana-mana Hakim yang ditugaskan mendengar dan memutuskan kes tersebut.

Secara mudahnya bagi pihak Herald mereka merasakan bahawa sebagai pengganut Kristian di negara ini mereka berhak mengamalkan dan menyebarkan agama mereka (to practise and propagate their religion) seperti yang dijamin oleh Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu bagi pihak Herald termasuk hak mengamalkan dan menyebarkan agama itu adalah hak mereka untuk menerbitkan apa sahaja penerbitan yang boleh menjadi alat untuk menyebarkan agama itu. Oleh itu mana-mana tindakan yang boleh mengancam dan menggugat hak tersebut adalah dikira bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Bagi pihak Herald meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam sebagai agama teras di dalam negara ini, Perkara 3 itu sendiri tidak menghalang pengganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni yang boleh ditafsirkan tanpa sebarang gangguan yang tidak munasabah dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian pihak Herald merasakan larangan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar itu adalah bercanggah dengan Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Saya berpendapat keputusan Lau Bee Lan adalah betul di sisi undang-undang dan Perlembagaan apabila beliau memutuskan bahawa kalimah Allah tidak terhad atau hanya ekslusif bagi orang Islam sahaja. Saya berpendapat keputusan itu adalah tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran Islam kerana Allah bukan sahaja Tuhan kepada manusia (Islam dan bukan Islam) malahan Tuhan kepada seluruh alam. Allah adalah tuhan kepada mahkluk yang halal dimakan dan Allah juga Tuhan kepada mahkluk yang haram dimakan.

Di dalam pengajian Tauhid orang Islam diajar dengan Tauhid Rububiyyah di mana Tauhid ini membawa maksud mana-mana manusia meyakini Allah itu sebagai Rabb iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Tauhid Rububiyyah, tidak seperti Tauhid Uluhiyah, diyakini bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.

Saya juga berpendapat keputusan Lau Bee Lan yang menyatakan bahawa keputusan MDN yang melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar di Herald adalah bercanggah denga hak untuk menyebarkan agama tersebut sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 (1) adalah juga keputusan yang betul.

Ini kerana meskipun hak untuk menyebarkan agama adalah terhad kepada orang bukan Islam iaitu mereka tidak boleh menyebarkan ajaran Kristian kepada mana-mana orang Islam tetapi di dalam kes ini tiada bukti bahawa “The Herald” telah disebarkan kepada mana-mana orang Islam. Perkara 11 (4) hanya melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang –orang Islam sahaja. Ini bermakna jika akhbar “The Herald” hanya tersebar kepada orang-orang Kristian sahaja ianya tidak bercanggah dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun saya berpendapat keputusan MDN melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar “The Herald” masih boleh dipertahankan jika ianya , meskipun tidak salah di sisi Islam atau di bawah Perkara 11 (1) dan 11 (4), masih boleh dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana berpotensi untuk menjejaskan kenteraman awam (public disorder) dan keharmonian agama..

Saya berpendapat sepatutnya Hakim Lau Bee Lan sepatutnya memutuskan bahawa tindakan akhbar “The Herald” menggunakan kalimah Allah di akhbar itu tidak boleh lari dari sekatan dan halangan Perlembagaan yang dinyatakan di bawah Perkara 11 (5) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 (5) melarang mana-mana amalan agama hatta kepada amalan agama orang Islam sendiri jika amalan tersebut boleh menjejaslan ketenteraman awam (public disorder).

Apabila sesuatu amalan beragama berpotensi menjejaskan ketenteraman awam isu sama ada amalan itu selari dengan agama atau tidak tidak lagi timbul. Saya tidak pasti sama ada isu perlanggaran kepada Perkara 11 (5) dihujahkan oleh pihak peguam Kerajaan atau tidak , namun saya tetap yakin jika Kerajaan ingin menjustifikasikan larangan penggunaan kalimah Allah, satu-satunya hujah yang boleh digunakan adalah Perkara 11 (5) tersebut.

Mungkin Kerajaan juga boleh berhujah hatta jaminan kebebasan agama lain selain Islam boleh diamalkan di negara ini yang dilindungi di bawah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan juga tertakluk amalan tersebut dipraktiskan dengan harmoni dan aman tanpa sebarang indikasi ia boleh menjejaskan keharmonian tersebut.

Hakim Lau Bee Lan menyatakan tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Kerajaan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah menjejaskan keselamatan negara. Memanglah Mahkamah terikat dengan bukti dan keterangan. Nampaknya Hakim Lau Bee Lan cuba mengelak untuk memutuskan atau menafsirkan Perkara 11 (5) itu dengan berselindung di sebalik alasan keterangan dan bukti.

Dengan hormat saya berpendapat dalam menafsirkan mana-mana peruntukkan Perlembagaan Mahkamah tidak harus dikawal oleh bukti dan keterangan semata-mata. Penafsiran Perlembagaan tidak sama seperti menafsirkan seperti mana-mana Akta atau Enakmen.

Dalam hal ini Hakim Lau Bee Lan seharusnya menafsirkan apa yang dimaksudkan dengan istilah menjejaskan ketenteraman awam di dalam Perkara 11 (5) Perlembagaan Persekutuan. Bagi menafsirkan frasa tersebut Hakim Lau Bee Lan tidak boleh lari dari memahami ketinggian nilai kalimah Allah dari perspektif orang Islam yang mana ianya hanya bermaksud Tuhan yang esa.

Oleh itu penggunaan kalimah itu di dalam maknaya yang lain sudah pasti berpotensi tinggi mengundang kemarahan orang Islam sekaligius berpotensi mewujudkan satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Orang Kristian tidak seharusnya resah jika kalimah Allah itu tidak dibenarkan digunakan atas alasan kepentingan awam. Mungkin pada masa hadapan penggunaan kalimah ini, yang dibenarkan oleh ajaran Islam, tidak menjejaskan ketenteraman awam sekaligus boleh dibenarkan.

Sebelum ini orang Islam juga pernah dikecewakan dengan larangan amalan beragama kepada wanita Islam iaitu amalan pemakaian purdah oleh kakitangan awam (kes Halimatusadiah) di atas alasan menjaga kepentingan awam. Yang peliknya pada masa itu kita tidak dengar pula mana-mana pemimpin Umno yang berkokok seperti ayam jantan seperti sekarang ini. — Harakah Daily

Penjelasan PKR Mengenai Isu Kalimah “ALLAH”


Kenyataan Akhbar–

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).

Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010

Beza Islam Melayu dengan Kristian Arab



Ali Bukhari Amir

Penggunaan nama Allah s.w.t bagi menggantikan nama Lord, Jesus dalam akhbar Herald telah mengirim kekeliruan mendadak ke dalam diri masyarakat hari ini khasnya umat Melayu yang peka, prihatin berhubung agama mereka.

Saya tidak begitu fasih berhubung hukum-hakam dan selok-belok agama. Jadi, dalam ruangan yang serba singkat ini, ada beberapa pertanyaan dan juga penjelasan tentang hal ini. Dan, sudah tentu perbahasan ini akan mengundang polemik yang pelbagai juga.

Pertama, kedudukan orang Melayu yang menamakan Tuhan mereka sebagai Allah s.w.t, Ar-Rahman, Ar-Raheem dan 99 nama-nama Allah yang baik itu. Sebagai termaklum, orang Melayu ketika beragama Hindu dan Buddha, mereka tidak menamakan Tuhan mereka sebagai Allah s.w.t.

Hal ini, tentunya berbeza dengan bangsa Arab yang beragama Yahudi, dan Arab Kristian di Timur Tengah. Sememangnya, lidah mereka sejak era Jahiliyah lagi menyebut Tuhan sebagai Allah. Hal ini boleh dijumpai dalam mana-mana peristiwa yang merakamkan sumpah mereka dalam hal-hal tertentu.

"Demi Allah... wallahi," kata Abu Jahal, Abu Lahab dan sesiapa sahaja yang ingin bersumpah ke atas sesuatu perkara. Mereka bersumpah begini dalam keadaan mereka masih berada dalam era Jahiliyyah.

Mereka menyebut nama Allah kerana mereka berbangsa Arab. Ia tiada kaitan dengan agama. Tuhan adalah 'Ilah' menurut lidah bangsa Arab. Sementara bangsa Yahudi, iaitu saudara kandung bangsa Arab, memanggil Tuhan sebagai 'Ilu.' Istilah 'Ilah' dan 'Ilu' adalah istilah yang bermaksud sama; Tuhan. Ini terjadi, kerana kedua-dua bangsa ini tergolong dalam bangsa Semitik, iaitu kerana mereka ini sejurai keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s.

Orang Melayu sebelum kehadiran Islam tidak memanggil Tuhan dengan nama Allah seperti hari ini. Sebab itu, dalam kes ini, tidak boleh kita samakan Islam Melayu dengan Kristian Arab. Bangsa Arab Kristian di Timur Tengah akan tetap menyebut Allah kerana lidah mereka Arab. Ertinya, ada beza antara Islam Melayu dan Kristian Arab. Dan, inilah yang seharusnya diteliti oleh semua pihak ketika membincangkan hal ini.

Soal bagaimana Kristian Melayu di Indonesia menyebut Jesus sebagai Allah ini perlu dikaji lebih lanjut kerana saya juga tidak memiliki sejumlah data lengkap dan fakta yang meyakinkan. Adakah pernah Arab Kristian yang menyebarkan risalah, dakyah Kristian di Nusantara ini dahulu?

Rasanya, Kristian berkembang di Tanah Jawa, baik Sumatera dalam mazhab apa sahaja, baik Jehovah Witnesses, Katolik, Protestan - ia dikembangkan oleh sejumlah paderi-paderi berbangsa kulit putih - Jerman, Belanda, Portugis dan lain-lain bangsa Barat.

Entah sejak bila mereka menukar nama Jesus, Yesus kepada Allah ini, kita sendiri tidak pasti. Tetapi, hal ini memang berkembang pantas di sana. Atas tujuan apakah perubahan nama ini dibuat, hal ini kurang pasti pula. Kenapakah Kristian tidak menukar nama Jesus, Yesus kepada Om, Shiva, Vishnu, Buddha, hal itu kurang pasti. Ia perlu kajian lanjut.

Apabila kita tidak menemukan seberkas jawapan terhadap rasional pengubahan nama Yesus kepada Allah ini, maka terbitlah keraguan dalam kalangan Melayu. Dan, hal keraguan ini tidak boleh dipersalahkan. Keraguan berbentuk andaian spekulasi itu berbunyi - bahawa perubahan nama ini berlaku dengan niat untuk menyebarluaskan ajaran Kristian ini ke dalam umat Melayu.

Kedua, keraguan umat Islam khasnya Melayu sebagai bangsa pemimpin Islam di Malaysia terhadap usaha-usaha Kristian Missionaries. Mereka tidak boleh melupakan kisah Natrah dan Aishah Bukhari. Natrah misalnya, telah dianggap sebagai sebahagian daripada hidup mereka lantaran persamaan syahadah dan aqidah, biarpun Natrah berbangsa Belanda.

Maka, Kedudukan Belanda sebagai salah satu kuasa penjajah yang pernah menjajah Melaka dan Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ternyata tidak menyebabkan Melayu era 1950-an melihat Natrah sebagai penjajah. Malah, sebaliknya Natrah itu belahan jiwa mereka.

Ya, tentu saja hal-hal pengkristian Melayu ini berkembang daripada episod luka menjadi adegan membarah. Tidak boleh dipersalahkan Melayu 100 peratus apabila mereka tidak senang ke atas penukaran nama Jesus kepada Allah ini. Bukti-bukti memang ada. Sudah ada pertukaran agama dalam kalangan wanita-wanita Melayu, anak-anak muda khasnya gadis telah dilarikan entah ke mana dan akhirnya keluarga terputus hubungan.

"Abah, Aishah sudah Kristian, jangan cari Aishah lagi," begitu lafaz Aishah melalui telefon kepada ayahnya. Hati bapa mana yang tidak luruh? Pelarian ini mungkin juga dilakukan dengan helah dan penipuan. Maka, jenayah dalam hal ini terbelah kepada dua tafsiran. Jenayah atas penukaran agama atau jenayah melarikan orang? Kita tinggalkan persoalan di atas untuk sama-sama dijawab.

Ketiga, kedudukan negara kita yang telah terpaut dengan faham pengasingan kuasa dalam politik kita hari ini. Pengasingan kuasa Parlimen, Mahkamah dan Eksekutif patut juga dilibatkan dalam perbincangan ini.

Barangkali umat Melayu masih boleh memikirkan lagi jalan-jalan untuk mengatasi hal ini. Mahkamah telah memberikan kuasa. Tetapi, Melayu Islam masih ada dua kuasa lagi, iaitu kuasa Parlimen dan kuasa Eksekutif.

Ahli-ahli Parlimen Melayu Muslim tanpa mengira kedudukan mereka daripada parti mana, boleh menyuarakan hasrat mereka di Parlimen untuk membantah penukaran nama ini. Begitu juga, kuasa eksekutif iaitu kerajaan hari ini boleh mengenakan kuasanya melalui akta penerbitan agar Herald terus menggunakan kalimah Yesus, tetapi bukan Allah.Hrkh

Perbicaraan Dr Asri Ditangguh




KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin berhubung isu mengajar tanpa tauliah kepada 3 Mei depan.

Ini bagi membolehkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mendengar serta memutuskan permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes itu ke sana.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad di sini, hari ini.

Beliau turut membenarkan bon jaminan terhadap tertuduh dipanjangkan sehingga tarikh perbicaraan.

Dalam keputusan lisannya, Wan Mahyuddin berkata beliau berharap agar mahkamah dapat menyelesaikan kes tersebut segera demi kepentingan dan kebaikan umat Islam keseluruhannya.

Sementara itu, kira-kira 20 penyokong hadir untuk mengikuti perbicaraan kes itu.

Dr Asri tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 8.45 pagi.

Pada 10 Disember tahun lepas, peguambela Dr Asri, Kamar Ainiah Kamaruzzaman telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan semakan oleh pihak pendakwa berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah di sini yang menolak untuk memindahkan kes mengajar tanpa tauliah ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Kamar Ainiah mengemukakan alasan pertuduhan yang dikemukakan terhadap tokoh agama itu bukan satu kesalahan yang terdapat dalam rukun-rukun agama Islam, justeru itu Mahkamah Syariah Selangor tidak boleh membicarakannya kerana ia bertentangan dengan Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Prosiding untuk mendengar hujah pihak pendakwa dan peguambela berhubung bantahan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mohd Adib Hussain esok.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid.

Abdul Shukor telah mengemukakan permohonan agar kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 18 November lalu dengan alasan segala fakta dalam kes itu melibatkan pemakaian dan tafsiran yang lebih tepat pengaruh besar dikalangan masyarakat di negara ini.

Wan Mahyuddin, bagaimanapun menolak permohonan itu dengan alasan bahawa permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan mungkin menyebabkan berlakunya prejudis kepada tertuduh dan subjudis kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kemudian memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

Pada tarikh yang sama, Dr Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah oleh JAIS. Beliau didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam pada 1 November tahun lepas.

Bagi kesalahan tersebut, tokoh agama itu didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Mstar

Pengambilan Semula Tanah; PAS akan bela orang








Ladang, KUALA TERENGGANU – Majoriti penduduk yang mempunyai tanah Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang disini, bersetuju menyerahkan tanah mereka untuk dimajukan.

Penyerahan balik tanah kedua-dua kampung tersebut sudah tidak dapat dielakkan lagi memandangkan keperluan pembangunan semasa yang semakin mendesak.

Walaupun begitu, disebalik persetujuan tersebut, mereka membantah tentang harga yang ditawarkan kerajaan.


”Perbincangan itu sebenarnya merupakan satu taklimat tentang, supaya orang-orang (kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang) faham tentang proses undang-undang dan apakah hak kita,

”jadi, kita (saya) terangkan bahawa pengambilan balik (tanah) ini sesuatu yang mesti dibuat (dan) harga boleh dibantah, tak beri ambil balik (tanah) mengikut undang-undang tak boleh,

”bantahan pada harga sahaja,”jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi taklimat dan dialog bersama lebih 50 penduduk kampung Ladang Tok pelam dan Ladang Mengabang di sini semalam.

Menurutnya, semua penduduk yang hadir dalam sesi taklimat tersebut telah memahami bagaimana proses pengambilan balik tanah tersebut dan majoriti telah bersetuju untuk membuat bantahan.

”Tuan tanah yang ada tanah setuju untuk buat bantahan, semua tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah,

”tuan-tuan tanah bersetuju untuk buat bantahan (tentang harga yang ditawarkan kerajaan),”katanya.

Menurutnya lagi, tanah Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang akan diambil balik oleh kerajaan negeri Terengganu dan diserahkan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu untuk dibangunkan.

”Yang memajukannya (membangunkan) akan diserahkan kepada agensi kerajaan samada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terenganu atau LTAWNT sendiri,

”komponen pembangunan belum diberitahu (kepada saya) tapi dibayangkan dia (kerjaan) akan buat dua jalan dan ditengah-tengah akan dibuat bermacam-macam (pembangunan),

”termasuk flat (rumah pangsa) untuk kegunaan (dijual semula) kepada orang-orang (kampung) Ladang,”katanya sebagaimana yang dimaklumkan kepada beliau oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru lalu.BO

Najib takut kepada Pakatan Rakyat




Pengarah Strategik PKR, Chua Tian Chang berkata, Perdana Menteri (PM) gagal menjenguk rakyat di Hulu Selangor sejak 10 tahun lalu termasuklah di era Abdullah Ahmad Badawi.

Tian yang juga MP Batu memberitahu, gimik perletakan jawatan Ahli Parlimen (MP) Hulu Selangor, Dr. Zainal Abidin Ahmad dibuat oleh Umno kerana Najib akan mengadakan secara satu program Umno di kawasan itu walaupun sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor.

Majlis Makan Malam anjuran PKR Hulu Selangor, Rasa 02/01/2010

SUMBER

Pas Sokong Penggunaan Nama Allah Oleh Agama Samawi







Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Kenyataan Penuh Presiden PAS

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Enjin Jet Hilang Penjelasan Gani Tidak Meyakinkan






Penjelasan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di sidang medianya tidak meyakinkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Munasabahkah 4 sahaja dan 3 daripadanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes ini? Sedangkan perbuatan ini dilakukan secara nekad dan licik.

Benarkah dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sahaja dimengakui hilang pada 2007, sedangkan terdahulu media melaporkan 4, dan beberapa item termasuk dokumen transaksi turut lesap. Diketahui bahawa aset yang dibeli pada 1975 ini, kehilangannya hanya disedari pihak tentera pada 22 Mei, 2008 dan laporan polis hanya dibuat pada 4 Ogos, 2008. Tambahan pula umum belum dijelaskan cara bagaimana kehilangan ini berlaku.

Jaminan seperti keutamaan mengesan enjin yang hilang ini; kertas siasatan diserahkan kepada polis untuk siasatan lebih terperinci; mereka terlibat akan didakwa di mahkamah; pejabat Peguam Negara akan berusaha habis-habisan menyelesaikan kes ini; akankah tinggal sebagai cakap-cakap penyedap sahaja, sedangkan terdahulu terdapat kes besar dan "urgent" masih belum diselesaikan dengan sempurna.

Dapatkah bantuan pihak berkuasa luar negara mengembalikan enjin ini yang dikenali sebagai G J85-21A, aset berharga RM 50 juta setiap satu. Memang, asal tempat kehilangan pangkalan udara Sungai Besi, Kuala Lumpur. Destinasi terakhir Uruguay. Namun lokasi sebenar terkini tidak diketahui.

Ikut lanjutan laporan menyengat Detik Selangor, khususnya kenyataan bernas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa. Serta kecurigaan Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Johari Abdul perihal bagaimana kehilangan ini gagal dikesan Ketua Audit Negara. -TVS

7 Januari keputusan DS Nizar- Pilihanraya Perak Sudah Dekat?

DS Nizar bersalam dengan seorang ahli MCA ,pekan Trong.DS Nizar menyumbang sebuah kerusi roda untuk kegunaan beliau.DS Nizar tidak mengira ideologi politik,bagi DS Nizar rakyat diutamakan.Turut kelihatan YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar.


Banyak yang bertanya bilakah berlakunya pilihanraya di Perak.Kita pun "mencongkil "maklumat dari DS Nizar.

Menurut DS Nizar PRK Perak tidak akan berlaku pada musim Tahun Baru Cina.Kemungkinan besar selepas tahun baru Cina.

Menurut satu sumber keputusan bicara DS Nizar ,Khamis ini 7 Januari ini.Menurut DS Nizar jikalau keputusan lambat dikeluarkan selalunya berita baik untuk kita.Di sinilah nanti DS Nizar diisytiharkan MB Perak sah.Sebelum keputusan akan diumumkan Zambry akan mengadap DYMM Sultan mohon perkenan bubar DUN Perak.Kalau boleh mereka mahu menjadi kerajaan "caretaker".

Pilihanraya sudah dekat,apabila DS Nizar menasihat kita supaya Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang bersiapsiaga.

Sementara itu ,Muhammad K.Y.Tiang menerangkan Osman sudah hilang dan ditahan"UMNO"."Osman ditahan sehingga ,dia tidak mengugut Zambry lagi.Satu sumber lain pula beritahu Osman dikawal supaya dia tidak lompat lagi.

Kita diberitahu satu sumber yang rapat dengan SUK ,di pejabat mereka sudah sibuk.Manakala dalam ceramah DS Nizar ,memberitahu kita Wakil Rakyat UMNO sudah bermalam bersama masyarakat orang asli.Mereka membekal seekor kijang dan 40 ekor ayam untukjamuan rakyat.

Kata Sha Reformasi pula Zambry sudah Qiamulail di "Masjid "dalam Parlimen Bagan Serai.Dalam sembang-sembang sama DS Nizar,kita dimaklumkan Umno sudah mula buat perjumpaan.Peruntukan terus diberi kepada Ketua Putri,Ketua Pemuda tidak lagi kepada Ketua Bahagian.

SUMBER

Rakyat Terus Dibeban Kenaikan Harga Barang





T
injauan Detik Selangor, buletin harian hanya di TVSelangor.com, siaran secara langsung TV sesawang maya ini, mendapati rungutan ramai kalangan rakyat bahawa mereka terus dibeban dengan kenaikan harga barang pengguna, khususnya kenaikan harga gula sejumlah 20 sen sekilo, berkuatkuasa semalam.

Rakyat dibebankan kenaikan harga gula dari RM1.45sen sekilo kepada RM1.65sen di Semenanjung dan RM1.75sen di Sabah dan Sarawak.

Bendahari Agung FOMCA Mohd Yusof Abdul Rahman mengingatkan rentetan kenaikan lain-lain barangan pengguna akibat dari keputusan kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga gula ini.

Dinyatakannya demikian dalam rancangan Apa Khabar Selangor, hanya di TVSelangor.com di sini semalam.

Mohd Yusof Abdul Rahman turut mendedahkan siapa Raja Gula dulu, Robert Kuok, dan kini, Syed Mokhtar Al-Bukhari yang mungkin meraih manfaat dari kenaikan ini khususnya harga gula.

Mohd Yusof Abdul Rahman mengkritik Belanjawan 2010 Kerajaan Malaysia sebagai tidak banyak memanfaatkan rakyat.

Tambahnya terdahulu harga minyak telahpun dinaikkan, diikuti dengan harga rokok pada 2009, dan di pembukaan 2010 kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak telah memutuskan kenaikan harga gula serta menarik kembali subsidi roti putih.

Kejutan seterusnya menurut Mohd Yusof Abdul Rahman ialah kenaikan harga minyak petrol dan diesel dijangka Mei depan.

Satu kelemahan bersabitan kenaikan harga barangan pengguna menurut pandangan pemimpin FOMCA ini, ialah ketiadaannya Suruhanjaya Harga di Malaysia, diwujudkan supaya ada kawalan ke atas sesiapa yang ingin menaikkan harga barang secara wewenang.

Walaupun disertakan dalam sesi dialog, namun FOMCA tidak dirujuk kerana tiada keperluan berbuat demikian dalam penentuan berapa kenaikan harga gula, katanya lagi.

Di kalangan rakyat ada yang bertanya inikah kelebihan 1Malaysia yang digembar-gemburkan bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan? -TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....