Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 Disember 2009

Rundingan Royalti Terengganu Masih Belum Selesai – Satu Lagi Bukti Najib Berbohong







KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini mendengar penjelasan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said yang menyatakan, rundingan pembayaran royalti minyak masih belum selesai.

Dengan itu mengesahkan bahawa pembayaran royalti petroleum kepada negeri Terengganu masih tertangguh.

Dengan pengakuan Ahmad itu juga, sekaligus membuktikan penyerahan cek yang dikatakan pembayaran royalti berjumlah RM400 juta oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pada tahun lalu adalah tidak benar dan hanyalah lakonan semata-mata.

Ahmad berkata kerajaan negeri menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebanyak RM1.686 bilion dan bertegas menuntut jumlah RM2.792 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

Berikutan itu, masih tidak ada kata sepakat dicapai berhubung pembayaran royalti minyak oleh Petronas itu menyebabkan rundingan mengenainya berlanjutan sehingga kini.

"Walaupun kerajaan negeri berhasrat untuk menyelesaikan perjanjian itu secepat mungkin, tetapi terdapat beberapa perkara dalam perjanjian itu yang masih tidak mendapat dipersetujui kedua-dua pihak.

"Saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang isu atau perkara baru yang dapat dipersetujui oleh kerana kedua-dua pihak masih lagi mengadakan rundingan dan ini mungkin akan menjejaskan perundingan yang sedang berlangsung,"ujarnya

Menjawab soalan lisan yang dikemukakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai perkembangan terkini proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Terengganu, Ahmad berkata mesyuarat berkenaan wang royalti dimulakan pada 16 Sept 2008 antara tiga pihak iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri Terengganu dan Petronas.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/Najib%20Razak.jpg"Saya telah jelaskan secara terperinci kepada Perdana Menteri ketika itu bahawa perlunya kerajaan pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal," katanya.

Katanya mesyuarat itu mengandungi tiga intipati, iaitu royalti dibayar terus oleh Petronas kepada kerajaan negeri; semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan antara 2000 hingga 2009 adalah dianggap sebagai pembayaran royalti kepada Terengganu dan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas.

Sumber Bernama memetik Ahmad berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk membincangkan komponen perbelanjaan yang telah dibuat oleh kerajaan persekutuan tetapi perlu dibayar balik oleh Kementerian Kewangan kepada kerajaan negeri.

Mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Terengganu pada 18 Ogos 2009 dan sehingga tarikh itu, Kementerian Kewangan memperincikan iaitu, sepanjang 2000 hingga Mac 2009, kementerian itu telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas dan jumlah pengeluarannya sebanyak RM16.576 bilion.

"Perbincangan antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan telah berjalan sekian lama dan pihak kementerian masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.

"Sedangkan tuntutan kerajaan negeri pada ketika ini berjumlah RM2.792 bilion setelah ditolak perbelanjaan yang dibelanjakan di negeri Terengganu. Itulah senarai yang kita putuskan dan kita berharap rundingan dapat diselesaikan," katanya.

Tegasnya, selagi perkara itu tidak diselesaikan, kerajaan negeri tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berhubung perkara itu.BO

Lupus Dakwat Kekal Bukti Pembaziran Kerajaan Pusat


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menyifatkan tindakan kerajaan pusat yang melupuskan dakwat kekal sebagai satu pembaziran.

Ahli Jawatankuasanya yang juga Exco Selangor, Teresa Kok berkata, ia sekaligus menunjukkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) lemah dalam membuat keputusan sendiri.

“Ini merupakan satu pembaziran wang dan menunjukkan bahawa memang SPR tidak ada boleh membuat keputusan sendiri la…kerana dulu pengerusi SPR yang sudah bersara itu mencadangkan buat dakwat kekal.

“Namun selepas cadangan itu, ada segelintir orang umno dan pemimpin umno protes dengan mengatakan ini cara kuno,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor hari ini mengulas berhubung tindakan kerajaan pusat melupuskan dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu namun dibatalkan pada saat akhir oleh SPR.

Kata Teresa, keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU lepas telah menjejaskan kredibiliti suruhanjaya pilihanraya itu dan pemerintah yang dilihat enggan mengadakan pilihanraya telus, bersih dan adil.

“Kerana pengumuman itu, secara tidak langsung membantu menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat kerana orang ramai marah kenapa keputusan yang baik yang dibuat itu telah bertukar-tukar,” katanya.

Terdahulu, dakwat yang dibeli pada PRU ke-12 lalu telah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan melalui proses pembakaran kerana tidak dapat dijual semula berikutan tarikh luputnya sudah tamat.

Tambah Teresa, perkara ini akan menjadi satu isu yang akan dibangkitkan dalam kempen pilihanraya akan datang.-ATIQAH YAACOB (TVS)

Bangunan Runtuh Satu Rahmat Kata Exco Infrastruktur Terengganu







KUALA TERENGGANU
– Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil sebelah kanan),


berkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa.

Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu

Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.BO

Skandal menteri-Artis ke lembaga disiplin UMNO?


Isu hadiah kereta mewah RM1.5 juta seorang anggota Kabinet lelaki kepada artis pujaannya telah perbualan hangat bukan sahaja dalam dunia media malah perkara ini dipandang serius oleh pimpinan Umno.

Seorang pemimpin tinggi parti berkata secara peribadi kepada Suara Keadilan menteri kanan tersebut perlu membuat penjelasan supaya imej dan nama baik Umno tidak terjejas.

Dalam nada yang lebih serius pemimpin itu tidak menolak kemungkinan isu tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno untuk dibincangkan dan diambil tindakan lanjut.

Sebuah blog pro-Umno sebelum ini telah mendedahkan identiti serta artis terbabit dan menggesa menteri kanan tersebut segera membersihkan nama beliau.

Berdasarkan komentar selamatkanumno.blogspot.com pemimpin Umno itu berasa tidak yakin skandal menteri-artis itu akan mendapat perhatian pucuk pimpinan parti kerana ia mungkin melibatkan juga Perdana Menteri.

Isu hadiah mewah menteri kanan tersebut menjadi perbualan mulut wartawan media hiburan tempatan apabila artis popular itu dikatakan “menayangkan” kereta barunya kepada rakan artis dan wartawan. freemalaysiatoday

Nasib Dr Hassan Ali Ditentukan Malam Ini

PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini bakal menentukan nasib Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, beliau berharap isu berhubung siasatan berkenaan tidak diperbesarkan bagi menjaga maruah dan kepentingan parti.

"Insya-Allah kami akan bermesyuarat malam ini bagi meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dalam siasatan ini.

"Kami akan sama-sama mengkaji semua butiran yang ada dengan teliti bagi memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak," katanya ketika ditemui mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Menurut beliau jawatankuasanya akan mengadakan mesyuarat pada pukul 9 malam ini di Ibu Pejabat PAS Pusat.

Jawatankuasa disiplin berkenaan dianggotai lima orang ahli.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Malah jelasnya, siasatan yang adil juga akan mencerminkan imej dan maruah parti.

"Saya harap semua pihak bersabar, jangan buat sebarang andaian kerana kami berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus.

"Kita harus ingat, apa jua tindakan dan keputusan badan disiplin ini akan mencerminkan maruah parti," katanya.

Menurutnya jika Hassan dan beberapa pemimpin lain yang disiasat itu didapati bersalah, mereka masih mempunyai peluang untuk memberikan penjelasan dan membela diri.

"Terpulang kepada hasil siasatan nanti, setakat ini hanya diperingkat pertuduhan, kalau benar-benar ada kes nanti baru kita akan panggil Datuk Hassan dan yang lain-lain itu untuk memberikan keterangan," katanya.Mstar

Dr Yusuf Qardawi: Perjuangan PAS adalah penerusan perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW"





"Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Di bawah saya kemukakan beberapa isi penting ucapan beliau yang sempat saya catitkan :

1) DYQ menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. DYQ menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tmpat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.

3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, DYQ berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mngharapkan dengan jawapn tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

4) Berkaitan soal wahabi pula, DYQ mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, DYQ menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. DYQ juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.Inilah antara butiran-butiran yg dapat saya catatkan di sini".

Haji Mohd Taufek Abd Ghani
AJK PAS Pusat
(Sumber)

(Video)Kelam Kabut Parlimen pada 14 Disember 2009 - Dato Seri Nizar





20 Disember, Mambang di Awan - Bertempat di Dewan Tokong Kuan Yin di Mambang di Awan berlangsung satu ceramah isu semasa yang membicarakan isu Jambatan Gantung yang runtuh di SK Kuala Dipang yang mengorbankan 3 nyawa. Ketika itu sedang berlangsung perkhemahan 1Malaysia. Ceramah yang dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Perak, YB V. Sivakumar dan juga ADUN Teja, YB Chan Lee Kang dan YB Dato' Seri Ir Hj Muhammad Nizar Jamaluddin juga menyaksikan kehadiran ketiga-tiga bapa kepada mangsa yang terkorban.

Dalam ceramah tersebut, Dao' Seri Nizar juga mengambil kesempatan menceritakan tentang apa yang berlaku di Parlimen pada 14 Disember yang lepas ketika berlangsung undi untuk meluluskan Belanjawan Negara untuk tahun 2010. Hingga ke saat dan ketika itu pun Umno Barisan National masih mahu melakukan pembohongan dengan sengaja melengah-lengahkan masa untuk mengundi.

"Najib dan Ong Tee Keat bergegas datang dari Hotel Legend ketika undi Pakatan Rakyat sudah melebihi undi kerajaan" kata Dato' Seri Nizar dalam ucapan beliau tersebut.

Tindakan Speaker Dewan yang melantik orang lain untuk menjadi speaker sementara untuk proses undi juga adalah serupa dengan hujah peguam beliau ketika hari pembahasan hujah di Mahkamah Rayuan lebih sebulan yang lepas. Ini sekali gus membuktikan bahawa hujah yang dibuat adalah betul dan Mahkamah sengaja melewatkan keputusan kerana mengikut arahan PM 1Malaysia. Ini sekali gus membuktikan yang mahkamah telah dipergunakan oleh Pimpinan 1Malaysia untuk kepentingan mereka sendiri.
http://perakexpress.com/www/

Terengganuku:Bajet mengalahkan Selangor, taraf hidup rakyat meleset

sebuah rumah rakyat miskin di Kampung Tengah, Chukai, Kemaman


KUALA TERENGGANU – Bajet 2010 berjumlah RM1.881 bilion yang dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal ke-12 semalam dilihat terlalu tinggi dan tidak seimbang dengan taraf hidup rakyat negeri ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Bajet 2010 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu ‘cukup menakjubkan’ dan kemungkinan besar menjadi bajet tertinggi di negara ini mengalahkan Selangor, Johor serta beberapa negeri lain.

Menurutnya, peruntukan bajet itu yang terlalu tinggi tidak seimbang de-ngan taraf kedudukan rak-yat negeri ini selain dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya kebocoran.

“Saya melihat peruntukan hampir RM1.9 bilion ini tidak sesuai dengan taraf hidup rakyat di negeri ini kerana belum lagi termasuk peruntukan tambahan lain dan ia perlu diperjelaskan.

“Peruntukan ini juga tidak seiring dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ kerana seperti tahun lalu ia gagal menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika mengulas Bajet 2010 dibentangkan semalam.
Beliau berkata, sepa-tutnya bajet yang dibentangkan perlu memberi penekanan untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti perumahan yang dialami rakayat yang sehingga kini masih belum selesai.

“Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap usaha menyelesaikan masalah asas yang dihadapi rakyat seperti perumahan, biasis-wa, kemudahan asas dan sebagainya,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menilai kembali bajet berkenaan dan perlu lebih memberi tumpuan untuk mengembalikan hak rakyat supaya rakyat tidak lagi mengharapkan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi tetapi biarlah rakyat lebih berdikari menikmati hasil kekayaan negeri ini.BO

Pemimpin Sunnah Wal Jamaah Tegas Anwar Tak Bersalah






Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.

Beliau turut mendesak agar kes qazaf yang difailkan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera.

Tokoh Maaf Hijrah itu menegaskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam kepada penuduh mahupun yang tertuduh.

Tambahan lagi dengan kesahihan daripada empat orang doktor yang membuktikan tiada kesan luka di bahagian sulit Saiful Bukhari Azlan.

“Dia yakin insyaallah anwar tidak bersalah dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas,” katanya.

Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qardhawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Putrajaya Isnin lalu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohammad Nur Manuty yang turut hadir dalam perjumpaan itu memberitahu yusuf sangat yakin Anwar tidak bersalah.

“Syeikh Qardhawi amat menyokon penuh supaya kes ini jangan ditangguh-tangguhkan lagi dan segera diselesaikan mengikut pendekatan syariah, dan diserahkan kepada mahkamah tertinggi, kerana kata qardawi anwar dah mengalami kesengsaraan jiwa, keluarga, politik, beliau dlam keadaan yang diserang oleh pihak-pihak yang tidak bermoral,” katanya.

Sheikh Al-Qaradhawi yang dikurniakan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia berpendapat Anwar telah diserang daripada segi peribadi, keluarga dan politik oleh pihak yang tidak bermoral.-ATIQAH YAACOB (TVS)

(Video)Terengganuku runtuh lagi!!!




Kesemua runtuhan dan kebocoran yang di bawah berlaku di Terengganu.

(1) Bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil, Hulu Terengganu.
(2) Bumbung Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu.
(3) Bumbung Masjid Kampung Puteh, Kemaman.
(4) Masjid Kristal dikatakan Kiblatnya tidak betul & Bocor teruk
(5) Bumbung banggunan Lapangan Terbang rosak
(6) Pencawang Komunikasi, Besut.
(7) Kolam Renang Batu Burok, Kuala Terengganu (bocor).
(8) Kebocoran pada Banggunan Baru permai Park Inn, KT
(9) Runtuhan Perhentian Bas, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
(10) Atap Pejabat Agama Besut (baru siap)rosak

SUMBER SENARAI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....