Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Oktober 2010

Lucut Gelaran ' Datuk ',Perkasa mahu penjelasan Istana Kelantan

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.
Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.
“Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu.
“Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan.
“Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana.
“Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu.
“Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini.
Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam.

BN Akan Adakan Pilihanraya Mengejut-Anwar



KUALA LUMPUR 14 OKT : Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam kerajaan mengumumkan penundaan perlaksanaan GST yang dilihat usaha kerajaan pimpinan Najib Razak untuk mengumpulkan sokongan dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN yang kalah teruk dalam PRU ke-12 lepas.

"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.TVS

Ahli Parlimen Padang Serai Ugut Keluar PKR Jika....


KUALA LUMPUR, 14 Okt — Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung buat julung kali.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.
“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.
“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.
“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.
Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.
Kata Gobalakrishnan, sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama “berdiri di depan kamera” mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.
“Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen.
Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.
Hari ini beliau merujuk kepada kekecohan ketika pemilihan cabang Subang dua minggu lalu di mana Naib Presiden R. Sivarasa gagal untuk mempertahankan kerusinya.
“Tetapi sekarang kawan kita dari Subang V. Sivam (yang dipilih sebagai naib ketua) semalam diumumkan bahawa dia digantung sementara menanti tindakan disiplin,” katanya lagi.

Umno Dan Datuk Azhar Didesak Mohon Maaf Atau Hadapi Tindakan Saman




Adun Dato' Keramat, YB Jagdeep Singh memberitahu para pemberita bahawa ketua pembangkang dari UMNO Barisan Nasional Datuk Azhar diberi 7 hari untuk meminta maaf daripada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga kesemua warga emas. Jikalau tidak, Datuk Azhar akan dikenakan saman fitnah.

YB Jagdeep juga menegaskan tindakan saman fitnah akan juga dikenakan ke atas media yang menyiarkan berita palsu itu.

Seramai 20 orang warga emas dari kawasan Parlimen Jelutong hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk teruskan Program Warga Emas dan Program Penghargaan Waris Warga Emas.

Perhimpunan beramai itu diadakan di tanah lapang di Jalan Perak, Pulau Pinang pada pukul 6 petang, Rabu 13hb Oktober 2010. Ketua parti Keadilan, PAS dan DAP juga turut hadir bersama.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....