Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 10 Februari 2012

Najib Gadai Akidah - Harussani

Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010. — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.TMI

Pas Beri Kata Dua,Tuntut MB Terengganu Mohon Maaf


KUALA TERENGGANU -- Pas memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan "parti ajaran sesat".

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik berkata, jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

"Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin Pas negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Abu Bakar berkata Pas belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar itu gagal menarik balik kenyataan berkenaan.SH

PAS tetap utuh biar pun ada pemimpin keluar parti

KOTA BHARU, 10 Feb: PAS tetap utuh biar pun ada segelintir pemimpin kanan parti itu meninggalkan PAS kata Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob.

PAS pernah kehilangan pemimpin termasuk bekas Yang Dipertua, Tan Sri Mohd Asri Muda, bekas Naib Yang Dipertua, Datuk Nakhaie Ahmad. Dan terbaru pula bekas Naib Presiden, Datuk Dr Hassan Ali.

Beliau berkata, biar pun PAS kehilangan beberapa tokoh yang pernah memimpin parti, namun organisasi parti tidak terjejas, malah terus mantap.

Malah katanya ketika Asri meninggalkan PAS, hanya beberapa orang sahaja yang mengikut jejak langkahnya.

“Situasi keluar masuk dalam parti merupakan perkara biasa yang pernah berlaku, namun ia melibatkan bilangan yang kecil sahaja.

“Oleh itu program mengimbau kembali jatuh bangun perjuangan PAS begitu penting diadakan bagi membolehkan golongan muda mengetahui lebih dekat sejarah lama,” katanya pada persidangan media selepas perasmian Seminar 3 Dekad Kebangkitan PAS Kelantan di Pondok Pasir Tumbuh, hari ini.

Menurutnya program seumpama itu bukan pertama kali diadakan, malah pernah dianjurkan sambutan 10 tahun dan 15 tahun pentadbiran PAS di Kelantan sebelum ini.

Beliau juga berkata, program tersebut diadakan sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Sebelum itu ketika merasmikan seminar berkenaan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pihak sekular yang diketuai Umno berusaha merampas balik negeri ini pada pilihan raya umum nanti.

“Perlu diingatkan usaha tersebut dilakukan kemungkinan besar mahu mengembalikan Kelantan pada era lampau.

“Sudah tentu kemungkinannya akan dihidupkan semula amalan riba yang sudah kita tukar sejak 1990. Sedangkan rakyat sudah menerima usaha yang kita lakukan,” ujarnya.

Sebanyak empat kertas kerja dibentang pada seminar berkenaan, di mana kesemuanya dibentang veteran PAS termasuk Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Omar Mohamad, Ustaz Ashaari Awang dan Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan bagi jamuan peserta dari PAS-PAS kawasan yang hadir. Malam ini pula akan diadakan ceramah umum.Hrkh

Ulasan Tok Guru Nik Aziz Berikutan Kenyataan Puad Zarkashi

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Dr. Mohd. Puad Zarkashi kelmarin sebagai "sesuatu yang jelas tersesat" dan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu tiada hak untuk memberi nasihat agar beliau ditarbiyah semula.

Justeru, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau juga kesal dengan pemikiran sekular Timbalan Menteri Pelajaran itu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian berhubung pandangan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu Israel-Palestin dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ).

"Merujuk kepada komen Puad Zakarshi yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.

"Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung (Angkatan Belia Islam Malaysia) ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah," kata beliau dalam kenyataan disiarkan oleh Harakahdaily, hari ini.

Laporan media memetik Mohd Puad berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mohd. Puad menambah, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Anwar terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

"Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah."Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan," katanya.

Laporan media itu mendakwa sikap 'pak turut' Nik Abdul Aziz yang dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) akhir bulan lalu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....