Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 Januari 2011

Gempar !!! Terengganu Darul Karaoke...


Beberapa ketika dahulu, Awang ada terbaca dalam satu laporan berita yang ditulis dalam sebuah surat khabar harian yang baru bersinar.

Tajuk akhbar itu, jika tidak silap Awang “46 Lesen Pusat Karaoke Diluluskan” itu yang baru sahaja. Jika dicampur dengan yang sedia ada dan yang tidak berlesen. Nescaya, tidak cukup jari kaki-tangan jumlahnya.

Laporan itu menyebut, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini mengeluarkan sebanyak 46 lesen pusat karaoke mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002, Kaedah-Kaedah Hiburan serta Tempat Hiburan 2003.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, tujuh lesen dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Perbandaran Kemaman (20), Majlis Daerah Dungun (enam) dan Majlis Daerah Besut (7).

Menurutnya, empat lesen lagi dikeluarkan Majlis Daerah Marang, dua di Majlis Daerah Setiu dan Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak mengeluarkan sebarang lesen.

Beliau berkata, setiap pusat karaoke dan hiburan yang dibuka akan diperiksa PBT terlebih dahulu bagi memastikan ia mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 dan Kaedah-Kaedah Hiburan dan Tempat Hiburan 2003.

Cuba kita lihat dan renung dalam satu kejadian di MELAKA. Akibat terlalu mudah mempercayai ajakan lelaki baru dikenali di sebuah pusat karaoke di Hentian Bas Pulau Sebang, Alor Gajah, dekat sini, seorang pelajar sekolah dari Tampin, Negeri Sembilan sanggup ponteng untuk bertemu lelaki tersebut.

Bagaimana pun, pertemuan itu berakhir apabila mangsa dirogol suspek dalam sebuah bilik pusat karaoke berkenaan.

Gambar : Ulama' Terkemuka Yaman Kunjungi Tok Guru Nik Aziz







Kenyataan media Dr Hasan Ali

PAS Selangor terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi berhubung dengan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Isu ini telah berlarutan selama beberapa minggu dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada berbagai pihak. PAS Selangor bersukacita untuk membuat kenyataan dan meletakkan kemelut ini dalam perspektif yang rasional dan bijaksana.
PAS Selangor berpendapat bahawa dalam menangani isu ini semua pihak yang terbabit harus memberi pertimbangan kepada empat unsur yang terpenting dalam pengurusan pembangunan negeri ini. Unsur-unsur tersebut ialah istana, kerajaan negeri, jentera pentadbiran melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan dan rakyat jelata. Keempat-empat unsur ini mesti diharmonikan supaya Pakatan Rakyat yang telah diberi amanah untuk mengurus negeri ini terus diberi kepercayaan oleh kesemua unsur yang disebutkan.
Dalam bersama-sama menerajui negeri, saya dan PAS Selangor sering diingatkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti supaya pada setiap masa menjalin hubungan yang baik dengan pihak istana, pegawai dan kakitangan kerajaan serta rakyat jelata.
PAS Selangor beranggapan bahawa punca kepada kemelut ini adalah wujudnya jurang komunikasi antara unsur-unsur utama yang disebutkan. Jurang yang ada menjadi bertambah dalam bila terdapat ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terhadap isu ini.
Selain daripada empat unsur itu, wujud dua lagi unsur yang saling berkaitan iaitu peruntukan undang-undang dan juga amalan konvensyen. Dalam kes lantikan Setiausaha Kerajaan negeri,PAS Selangor berpendapat bahawa kedua-dua peruntukan perundangan dan konvensyen harus terus dipertahankan lebih-lebih lagi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Dalam menghadapi isu ini, PAS Selangor menghormati langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri. Pada masa yang sama akur kepada peranan istana dalam proses lantikan tersebut di samping terus menyanjung institusi raja yang bebas daripada sebarang campur tangan politik yang membabitkan urusan negeri. PAS Selangor menyarankan agar semua pihak memahami dan mengiktiraf kepentingan institusi raja, kerajaan negeri, jentera pentadbiran kerajaan dan kuasa rakyat jelata demi keberlangsungan negeri tercinta ini.

Sebenarnya Sultan Selangor Yang Arah Gelaran 'Datuk Seri' Khir Toyo Digantung



PETALING JAYA: Penyerahan semula Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ kepada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad. Khir Toyo sebenarnya adalah titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri dan bukannya penyerahan sementara seperti yang didakwa.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memaklumkan bahawa, keputusan berkenaan telah dibuat oleh baginda selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang telah memutuskan supaya darjah kebesaran itu digantung.
"Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Menurutnya, keputusan itu berikutan pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar itu di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selain Mohamad Khir, darjah kebesaran Pengarah Ditamas, Shamsuddin Haryoni yang juga didakwa dalam kes yang sama, turut digantung.
"Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," katanya.
Semalam Mohd. Khir mendakwa beliau telah memulangkan sementara darjah kebesaran berkenaan tanpa menyebut tindakannya itu atas arahan sultan.
Beliau berkata pemulangan gelaran berkenaan bagi menghormati darjah kebesaran itu serta mengelakkan ia terpalit dengan keaiban berikutan kes tuduhan salah guna kuasa di mahkamah.
"Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," katanya menerusi blognya www.drkhir.com.

Debat BN-Pakatan: Demam cabar-mencabar bermula



KUALA LUMPUR, 13 Jan — Demam cabar-mencabar debat menyentuh dasar ekonomi Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mula memuncak dengan pemimpin parti komponen kedua-dua perikatan turun gelanggang untuk menghulurkan jemputan masing-masing.Sehingga hari ini PAS, Umno dan PKR sudah pun berbuat demikian.
Perkembangan itu dilihat merancakkan lagi ‘deman’ spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13.
Bermula dengan cabaran Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kelmarin susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan dasar itu, ketua Pemuda PKR mencabar rakan sejawatannya dari Umno agar berdebat dengan beliau, bukannya penasihat mereka.
The Malaysian Insider difahamkan jemputan kepada Khairy Jamaluddin telah dihantar oleh Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin malam tadi.
“Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).
“Sangat mendukacitakan apabila Dato Sri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar ‘membuang masa’ beliau,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya malam tadi.
Kata Shamsul Iskandar, mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.
“Lebih mengejutkan apabila Khairy pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar.

Gambar : Sekitar Himpunan Rakyat Selangor Sokong Kerajaan Pakatan Rakyat












ADUN Sri Muda Hadir Beri Keterangan Kepada Polis

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bercakap kepada media selepas memberi keterangan berhubung satu entri dalam blognya SriMuda.Blogspot.Com yang didakwa menghina Sultan Selangor, di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Rabu. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafie pada petang Rabu hadir memberi keterangan kepada pihak polis berhubung penulisannya di dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau hadir bersama 100 penyokong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Shuhaimi turut ditemani peguam R Sivarasa, Amer Hamzah Arshad dan Shamsul Iskandar Mad Akin dan dilihat masuk ke balai tersebut pada pukul 4.10 petang.
Selepas kira-kira dua jam memberi keterangan kepada polis wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat meninggalkan perkarangan IPD di sini.
“Walaupun saya tidak terima sebarang notis 111 Kanun Acara Jenayah, saya tetap beri kerjasama yang baik kepada pihak polis untuk ambil keterangan saya
“Pada masa yang sama saya juga sedang sediakan draf untuk menghadap Sultan bagi memberi penjelasan berhubung perkara ini. Jika perkara itu menyinggung perasaan baginda, saya akan memohon maaf,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di IPD sini pada Rabu.
Shuhaimi berkata beliau akan memohon perkenan Sultan untuk bertemu dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.
"Jika ada perasaan tersinggung saya yang rakyat setia, darah Melayu dan mengangkat (kedudukan) Raja- Raja Melayu,"katanya.

Pak Lah ada Khairy, Najib ada Rosmah

BETULKAH Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno mahu berundur dari politik buat satu masa yang tidak ditentukan?
Apa yang baru dinyatakannya dalam catitan komputer persendiriannya, dia baru menimbangkan kemungkinan tidak mempertahankan kerusi Parlimennya di Rembau dalam pilihan raya akan datang.
Baru menimbang saja. Belum ada kepastian.
Catitan sendiriannya itu belum boleh dilihat bersungguh. Masih banyak masa untuknya untuk menilai keinginan yang belum matang itu. Apa pun kenyataannya boleh menimbulkan spekulasi.
Yang baru dibayangkannya ialah kedudukannya sebagai anggota Parlimen Rembau. Kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia tidak disebutkan. Setakat ini dia masih Ketua Pemuda Umno dan belum membayangkan untuk berhenti dan masih Ketua Pemuda Barisan Nasional.
Kalau dia tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau, belum tentu dia tidak akan bertanding lagi tetapi mungkin mahu berubah kawasan.
Bapa mertuanya, Tun Abdullah Badawi dipercayai tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas. Umno tentulah sedang mencari calon yang sesuai bagi gantinya. Apakah tidak mungkin Khiary mahu beralih ke Kepala Batas dan mengosongkan Rembau?
Selain dari Kepala Batas kawasan keluarga bapa mertuanya, ia juga adalah negeri bondanya yang berasal dari Pulau Pinang.
Tetapi kemungkinan itu tidak berapa kuat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....