Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 23 Mac 2010

ADUN Titi Tinggi Letak Jawatan,PAKATAN Perlis Sedia Hadapi PRK..



KUALA LUMPUR 23 Mac - KEADILAN Perlis sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi ekoran pengumuman perletakan jawatan wakilnya, Yip Sun Onn hari ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis Johari Shafie berkata buat masa ini beliau difahamkan Speaker DUN Perlis masih belum menerima surat perletakan Yip.

"Barisan Nasional masih cuba memujuk supaya beliau tidak melepaskan jawatan. saya difahamkan keputusan beliau itu mungkin didorong kerana beliau digugurkan sebagai Exco baru-baru ini. Mungkin beliau merajuk," kata Johari.

Johari berkata kerusi Titi Tinggi adalah kawasan KEADILAN apabila calon parti itu, Keria Senawi bertanding pada pilihan raya umum ke-12 lalu dalam pertandingan tiga penjuru.

Yip menenangi kerusi itu dengan memperolehi undi sebanyak 3,399 sementara Keria beroleh 846 undi dan calon bebas, Mohammad Razi Mustaffa 1,585 undi.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Zamri Sapar berkata akan akan akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti sekiranya di beri peluang sekali lagi untuk bertanding di kawasan tersebut.

"Kita akan membuat persediaan seperti biasa dalam mana-mana pilihan raya keci. Kita bersedia sekiranya kita diberi peluang bertanding di situ sekali lagi," kata Zamri. - SK

Isu 1 Israel: Anwar beri penjelasan Selasa depan




KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penjelasan di Parlimen Selasa depan berhubung dakwaan beliau kononnya gagasan 1 Malaysia ditiru daripada slogan 1 Israel.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa berkata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee telah bersetuju untuk memberi ruang kepada Anwar (gambar) memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen berhubung isu berkenaan pada 11.30 pagi Selasa depan, selepas sesi soal jawab.

“Speaker akan panggil beliau untuk memberikan respons,” kata beliau yang sebelum itu menemani Anwar menemui Kiandee.

Kiandee menetapkan demikian selepas Anwar menghantar surat kepadanya meminta diberi ruang untuk menjelaskan isu tersebut di Parlimen, kata Sivarasa kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini selepas beliau dan Anwar dilihat masuk ke pejabat Speaker Dewan Rakyat dan keluar dari pejabat itu selepas kira-kira 15 minit.

Semalam Kiandee memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk membuat penjelasan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Aziz memaklumkan kepada dewan bahawa kerajaan memandang serius dakwaannya itu.TMI

Royalti: Dokumen dakwa Najib bohong diserah kepada Speaker




KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.

"Sebentar tadi saya telah bangun dalam dewan dan mengemukakan peraturan mesyuarat 36(12) yang meminta penjelasan daripada yang dipertua dewan dan ahli parlimen yang pada anggapan saya telah melakukan penelewengan fakta pada 4 November tahun 2009." katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurutnya, Perdana Menteri dalam jawapannya berhubung isu royalti tahun lalu menggunakan istilah wang ehsan sedangkan terbukti dalam surat Petronas kepada pegawai kewangan Negeri Terengganu pada tahun 1979, jelas menggunakan bayaran royalti, bukan wang ehsan.

Ujarnya juga, surat Petronas kepada Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyebut wang royalti.

“Perdana Menteri telah mengunakan perkataan wang ehsan dalam isu tuntutan royalti dan telah menyelewengkan dewan,” katanya.

Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.

Pada masa yang sama, Najib diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.

"Dewan boleh merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan maka tadi saya berdiri dan memberi tempoh selama tujuh hari kepada Perdana Menteri untuk membuat penjelasan," katanya.

Najib ketika perbahasan berhubung isu tuntutan royalti Petroleum Kelantan di Dewan Rakyat pada 4 November lalu menggunakan mendakwa Terenganu hanya diberikan wang ehsan.Hrkh

Sidang Parlimen:Ghafur Salleh Hentam Zahrain

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh membidas keras tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru yang menamakan beliau antara lapan anggota Dewan Rakyat yang bercadang melompat parti berhubung dakwaan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 sambil mendesak Umno jangan menerima beliau sebagai ahli.
"Kalau mahu tubuh kerajaan pusat Pakatan Rakyat mesti ada sekurang-kurangnya 30 Ahli parlimen yang lompat. Kenapa Bayan Baru memilih-milih dan sebut lapan nama sahaja? Apa sebab dia sebut nama saya? Saya tak pernah terumpan, tak pernah terpujuk dan tak penah pun ke Taiwan. Senarai anggota yang pergi ke Taiwan pun sudah diketahu kenapa dia tak sebut itu? Ini kenyataan orang tak ke sekolah," tegas Ghafur dalam nada marah.

Adun Titi Tinggi Letak Jawatan

KUALA LUMPUR : Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?

Terbaru, Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.

Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.

Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis.

Umno Perlis sehingga kini berpecah kepada beberapa puak terutamanya selepas Md Isa Sabu menggantikan Shahidan Kasim sejak 8 Mac 2008. Erapakatan

Nazri bohong: MP Pakatan serah dokumen esok

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.

Katanya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima dokumen berkaitan perkara itu.

Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.

Pada masa yang sama, Nazri diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.
"Dewan boleh merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan maka tadi saya berdiri dan memberi tempoh selama tujuh hari kepada Menteri untuk membuat penjelasan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Mohamed Nazri pada sesi penggulungan Disember lalu berulang-ulang kali membuat penafian berhubung hak Kelantan mendapat royalti atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan negeri, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.

Beliau menggunakan hujah Akta Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 1969 yang sebenarnya telah dimansuhkan.Hrkh

Bekas Menteri Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.
Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di sini.
Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lepas, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.
Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Arak Percuma di Melaka ?


KUALA LUMPUR : PAS negeri Melaka menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, merangkap Pengerusi BN negeri, Mohd Ali Rustam berhubung iklan yang memaparkan Arak Percuma di negeri itu.
Ketua Penerangannya, Sofi Wahab berkata, pihaknya memandang serius berhubung iklan itu yang jelas memaparkan iklan melampau yang secara terang-terangan merupakan maksiat dan bertentangan dengan nilai Islam dan adat budaya masyarakat Islam di negara ini.
Menurutnya, walaupun kawasan itu merupakan majoriti Cina, namun berdasarkan gerakan turun padang yang dilakukan PAS negeri sebelum ini jelas mendapati puluhan muda-mudi Melayu memasuki pelbagai Kelab Malam di kawasan itu tanpa segan silu.
“Tinjauan PAS sebelum ini mendapati kawasan tersebut dipenuhi pelbagai Kelab Malam yang bukan sahaja pekerjanya terdiri daripada Orang Melayu, tetapi pengunjungnya juga berbangsa Melayu.
Itu, semasa kami melawat tanpa adanya iklan, bagaimana pula dengan iklan tersebut yang jelas menawarkan Arak percuma,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.

16 Sept : Pembohongan Zahrain Terbukti,Bung Moktar Pula Nafi


Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin semalam menafikan dakwaan anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau merupakan antara lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.
Bung Moktar (gambar) berkata beliau juga tidak pernah berjumpa dengan mana-mana wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tujuan itu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan besar.
“Saya tidak pernah jumpa mana-mana pihak PKR untuk melompat sebab saya bukan kaki lompat, saya kaki pukul... mana cakap tidak betul (dalam dewan) kita pukul sebab kita anak jantan, mesti berani punya.
“Saya tidak pernah terlibat sama ada pertembungan secara langsung kecuali saya terjumpa dengan ketua pembangkang dalam satu penerbangan, dia duduk depan dengan isteri, saya duduk belakang. Dia datang jumpa saya tanya apa khabar, saya cakap baik... bila nak ikut, ikut apa, dia kata sudah ada 30 orang, awak ada 30 orang bentuk kerajaanlah, itu sahaja,” katanya.

Presiden PAS Cadang Rukunegara Dipinda




- Ustaz Abdul Hadi bersama dengan Anwar berusaha menjayakan pelan 16 September

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan supaya Rukun Negara dipinda selepas kalimah Allah semakin diterima pakai oleh penganut bukan Islam.

"Saya meminta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada Tuhan kepada percaya kepada Allah.
"Kita menerima secara positif, apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerangkan kekeliruan yang timbul itu," katanya

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat semalam 22 Mac.

Tegasnya, Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah Allah.

Katanya adalah menjadi tanggungjawab umat Islam bagi memberi penjelasan kepada penganut bukan Islam tentang makna penggunaan kalimah Allah tanpa memaksa mereka memeluk Islam.

"Mereka (penganut bukan Islam) menyebut nama Allah tanpa mengganggu kita. Kenapa kita tidak menerima secara positif pengguna bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah," katanya.

Katanya di Sarawak misalnya, penganut bukan Islam sudah mengamalkan penggunaan kalimah Allah dan perkara itu tidak menjadi perbalahan orang Islam dan Kristian di negeri itu.

"Yang penting penjelasan. Kalau dah timbul salah faham maka dialog antara pemimpin agama boleh dibuat…Inilah peluang untuk kita berdakwah dan bukannya bergaduh," katanya dipetik agensi Bernama

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Abdul Hadi berkata pada dasarnya pembangkang mengakui serta menyokong pelan pembentukan kerajaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Sept 2008.

Beliau berkata perkara itu memang dalam pengetahuannya dan beliau bersama-sama dengan Anwar pada masa itu sedang berusaha menjayakan pelan itu.

"Ya, kami (Pas) memang menuju ke arah itu," katanya.

Abdul Hadi turut berkata pendedahan nama Anggota-anggota Parlimen yang ingin 'menyeberang' dalam pelan itu yang dibuat oleh Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim adalah tidak tepat.

"Tidak, senarai yang didedahkan oleh Zahrain itu tidak betul dan tidak tepat," katanya.BO

Anwar tidak peduli kata dua BN, pertahan kenyataan 1 Israel

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kenyataannya di Parlimen minggu lalu bahawa APCO Worldwide pernah menyediakan khidmat kepada pentadbiran bekas perdana menteri Israel Ehud Barak pada akhir 1990-an.
Ketika ditemui wartawan beberapa jam selepas kata dua Barisan Nasional (BN) agar menjelaskan kenyataannya dalam seminggu, Anwar berkata beliau akan memberikan penjelasan kepada Speaker Parlimen secepat yang mungkin.
“Saya akan memberikan penjelasan dan penjelasan saya akan berdasarkan respons perdana menteri pada 18 Mac,” kata Anwar (gambar) merujuk kepada jawapan bertulis Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, yang mengakui bahawa “APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik untuk memberikan perkhidmatan perhubungan awam secara total.”

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....