Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 21 Mei 2011

Video : Gitaris Rock Dapat Hidayah Setelah Bertemu Imam Mekah




Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist.

Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun.

Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album - Kontroversi, Inspirasi dan 3. Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik - iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy - dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000.

Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang.

Mohamad Sabu Sahkan Bertanding Jawatan Tim. Presiden Pas

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan.

Mohamad (gambar) atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, surat rasmi penerimaan pencalonan akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan dalam tempoh terdekat.

Tarikh akhir menyerahkan borang makluman rasmi bertanding adalah 26 Mei ini.

“Saya seperti sebelum ini berkata bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

“Ya, saya sah akan bertanding dan borang maklumat rasmi bertanding akan saya serahkan esok atau lusa,” katanya pada sidang media di sini.

Ketika ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diperoleh, Mohamad bagaimanapun enggan memberikan jawapan, sebaliknya berkata, “ia memberangsangkan.”

“Kalau jawatankuasa pemilihan juga rahsiakan, saya juga akan rahsiakan, apa yang boleh saya katakan ia memberangsangkan.

“Saya bersedia bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya ada pertandingan sebab saya tidak tahu siapa yang akan bertanding,” katanya.

Difahamkan Mohamad menerima pencalonan yang paling tinggi bagi jawatan itu.

Seramai enam orang layak bertanding jawatan itu termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu, sebaliknya akan mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan yang disandang sekarang.

Mohamad pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas.

Sementara itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Ramli yang turut hadir pada sidang media hari ini berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden atau tidak.

“Saya belum menerima surat rasmi lagi, saya akan lihat jumlah pencalonan dulu.

“Kalau kehadiran saya bagi jawatan itu akan menaikkan PAS, saya akan bertanding,” katanya.

Setakat ini hanya Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad sudah mengesahkan akan bertanding jawatan itu.

Seramai 14 orang layak bertanding jawatan itu.

Ketua Penerangan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh memutuskan untuk tidak turun gelanggang dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain.TMI

Pemilihan Pas : 5 Nama Tercicir,JK Pemilihan Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf ekoran lima nama yang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahun ini tercicir dari senarai awal yang diedar kepada media 17 Mei lalu.

Lima calon tersebut adalah termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS Keningau Hishamuddin Sulaiman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husin.

"Keciciran ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan sewaktu memindahkan nama-nama calon ke dalam senarai untuk diedarkan kepada media sahaja.

"Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Bagaimanapun katanya, kelima-lima calon tersebut telah pun dimaklumkan akan kelayakan mereka untuk bertanding dan surat juga telah pun dihantar.

Sebelum ini, hanya nama Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dikesan tertinggal dari 82 nama yang disenarai kepada media dan pembetulan telah dimaklumkan 18 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas membuat semakan secara keseluruhan, empat lagi nama trurut tercicir.

Dengan pembetulan tersebut, bermakna jumlah keseluruhan calon yang layak bertanding jawatan AJK PAS Pusat untuk sesi 2011-2013 adalah seramai 87 orang.

Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan.

"Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum.

"Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi.

Kesemua mereka yang layak bertanding perlu menyatakan persetujuan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum jam 5.00 petang 26 Mei ini .

Pembetulan AJK Dewan Pemuda dan Ulama

Sementara itu, pembetulan juga turut dibuat terhadap senarai calon yang layak bertanding bagi jawatan AJK Dewan Pemuda dan Dewan Ulama.

Untuk pemuda, daripada 68 nama yang layak bertanding sebelum ini diperbetulkan menjadi 63 orang ekoran lima dari mereka melebihi umur yang yang dihadkan iaitu 40 tahun ke bawah.

Mereka yang dikeluarkan adalah Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Kamal Ashaari, Taufiq Ghani, Dr. Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah.

Untuk AJK Dewan Ulama pula, daripada 26 senarai asal sebelum ini dikurangkan menjadi 24 orang ekoran terdapat dua nama yang disenarai dua kali dengan ejaan berbeza.

Mereka adalah Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga disenarai dengan nama satu lagi iaitu Ustaz Abdullah Abu Bakar dan Ustaz Shuib Din yang juga disenarai dengan satu lagi nama Ustaz Shuib Mat Amin.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....