Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 Disember 2009

Laporan Bedah Siasat Beng Hock Belum Diperolehi




Peguam mewakili keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Doe masih menunggu laporan hasil bedah siasat ke atas mayat mantan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri itu.

Katanya sehingga ke hari ini, pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung laporan itu.

“Tidak ada apa-pa perkembangan lagi, saya masih belum terima laporan itu,”katanya.

Gobind berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru inkues kematian Beng Hock.

Prosiding inkues bagi menyiasat kes kematian Beng Hock yang sepatutnya didengar di Mahkamah Majistret Shah Alam 17 Disember lalu terpaksa ditangguhkan ke 7 Januari tahun depan.

Penangguhan itu dibuat bagi menunggu laporan bedah siasat mayat Beng hock disiapkan oleh pakar patalogi dari Hospital Sungai Buloh.

Penangguhan ini merupakan penangguhan kedua selepas Koroner Azmil Munthapa Abas menetapkan 9 Disember lalu sebagai tarikh untuk meneruskan prosiding selepas bedah siasat kali kedua dijalankan.

Pada 22 November lalu, sekumpulan pakar patologi di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh yang diketuai Ketua Unit Patologi HSB, Dr Shahidan Md Noor selesai melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang digali semula sehari sebelum itu.

Mayat Teoh dikebumikan semula pada 24 November di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih.

Gobind berkata, beliau tidak tahu bila laporan itu dapat dityerima namun berharap pakar patologi dapat menyiapkannya sebelum prosiding diteruskan 7 Januari depan.

“Ya kita masih menunggu, saya tidak tahu (bila) tetapi harap sebelum kes pada tarikh yang akan datang,”katanya.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Bedah siasat kali kedua ke atas mayatnya dibuat setelah Pakar Patalogi dari Thailand, Dr. Pronthip Rojanasunand yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan 80 peratus kemungkinan mendiang dibunuh. -TVS

UMNO Pulau Pinang Lebih Layak Jadi Pembangkang Berwibawa

Gembira dan bersyukur rasanya apabila UMNO Pulau Pinang menuntut jawatan Pengerusi BN (sebut Barisan Nasional) dari Gerakan (Parti Gerakan Rakyat) atas prestasi Gerakan selama tiga dekad gagal dalam mentadbir negeri itu sehingga jatuh ke tangan pembangkang.

Di dalam sebuah Negara demokrasi, pembangunan mestilah berdasarkan kepada pembangkang yang mampu bersifat kritikal bagi memberi check and balance dalam urustadbir baik. Pembangkang perlu bersikap proaktif dan memantau setiap langkah pemerintah. Namun, perkara ini tidak diperlihatkan di Pulau Pinang.

Masalah yang berlaku di Pulau Pinang ialah bila mana Pengerusi BN sebagai pembangkang ialah dari Gerakan manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dari UMNO. Ini kerana Gerakan tidak mempunyai wakil DUN di Pulau Pinang.

Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin UMNO Negeri dengan alasan jawatan itu telah disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Kenyataan tersebut sememangnya telah memakan diri sendiri. Zahid Hamidi menyangkal kenyataan Koh dengan mengatakan bahawa Negara ini bukannya coup d'etat (pengambilan kuasa dengan tidak berlandaskan perlembagaan).

Selepas cadangan itu diperbesarkan oleh media, Gerakan mula cuba menunjukkan taring mereka yang tumpul. Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow memberi amaran untuk jangan memperlekehkan pihaknya dengan menuntut agar diserahkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang disandang mereka sejak lebih tiga dekad lalu. Beliau juga berkata pihaknya kini memainkan penting dalam usaha merampas balik kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat.

Alasan UMNO untuk ambil alih

Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi yang menuntut jawatan tersebut berkata bahawa tuntutan itu wajar kerana UMNO mempunyai bilangan Adun terbanyak di peringkat negeri iaitu 11 orang dan tiada wakil dari komponen BN yang lain termasuk Gerakan.

Di dalam politik, sungguh banyak kebetulannya. Zahid Hamidi bersuara mengenai hal ini hampir setiap hari sehinggakan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO menasihati supaya kedua-duanya, Zahid dan Tsu Koon tidak lagi membincangkan perkara itu lagi.

Gembar-gembur ini berlaku apabila umum didedahkan dengan berita kehilangan enjin General Electric J85-21A untuk pesawat pejuang 1-penumpang F-5E Tiger dari Lapangan Udara Sungei Besi baru-baru ini. Kita juga dikejutkan bahawa rupa-rupanya bukan sebuah tetapi dua telah kehilangan pada tahun 2007 di Butterworth ketika Najib Razak menyandang portfolio Menteri Pertahanan.

Tiba-tiba kedua-duanya bersuara tentang isu Pulau Pinang. Umum ketahui bahawa Gerakan tidak mahir dalam politik rabun-merabun dan menjadi seekor lagi kambing hitam UMNO.

Apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Gerakan akan memakan diri sendiri. Pemangku Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar kiri) berkata kepada media pada 21 Disember, "Jadi, untuk mengatakan Gerakan tidak aktif adalah satu kenyataan sangat mengarut".

Persoalannya, apakah desakan drastik yang dibuat Gerakan sejak tumbang pada 8 Mac? Antara lain, mereka mendesak Kerajaan Pulau Pinang menghormati bangsa lain dengan mempamer tanda jalan dalam pelbagai bahasa. Adakah itu desakan terbaik yang dapat dilakukan Gerakan? Apakah tugas semudah itu tidak dapat dibuat Gerakan selama bertakhta selama 35 tahun? Sekelip mata sahaja Timbalan Ketua Menteri, Ramasamy mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggantikan tanda-tanda jalan kepada bahasa lain. Dan Gerakan terus senyap.

Beza Gerakan dan UMNO

Gerakan sebuah parti berbilang kaum manakala UMNO parti untuk bangsa Melayu dan membuka keahlian kepada mamak seperti Senator Shahrizat Abdul Jalil yang kemudiannya diberi jawatan tertinggi dalam sayap wanita.

Oleh itu, Gerakan akan mempunyai masalah untuk bersaing dengan Pakatan Rakyat. Sekiranya rakyat memilih parti berbilang kaum, apakah rasionalnya menukar pangkah kepada Gerakan? Pengundi akan ternyata memangkah UMNO sekiranya mereka bersifat perkauman.

Gerakan juga mempunyai pendirian berbeza mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (sebut akta zalim) yang meminta agar akta tersebut dipinda. UMNO mahu ianya dikekalkan. Gerakan telah membuat pendirian selamat tetapi mereka tidak menyedari pendirian tersebut tidak kuat memenangi hati rakyat. Mereka seharusnya bersifat tegas; kekal atau mansuh terus.

Begitu juga dengan pendirian mereka tentang kebebasan bersuara. Mereka kononnya menyokong prinsip kebebasan tetapi bersetuju beberapa buku diharamkan. Kes yang jelas ialah apabila buku Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism terbitan Sisters in Islam diharamkan.

Koh Tsu Koon (gambar kiri) yang kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui pintu belakang dengan memasuki Dewan Negara juga menghadapi masalah sebagai menteri.

Beliau yang tidak menyedari bahawa beliau hanya seorang senator cuba menunjuk kehebatan dengan bersuara di Dewan Rakyat. Tetapi tidak menyedari di dalam Peraturan Tetap Dewan, senator tidak dibenarkan berucap sekiranya bukan mengenai portfolionya. Dia dikritik hebat kerana tidak muncul di Dewan Rakyat untuk menjawab masalah kementeriannya dan beliau juga jarang hadir di sessi Dewan Negara. Beliau ternyata gagal dalam KPI-nya sendiri.

Lihat bagaimana reaksi UMNO. Mereka sanggup mendesak Koh Tsu Koon, Teng Hock Nan (Pengerusi Perhubungan Negeri Gerakan) dan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera Chia Kwang Chye untuk memohon maaf kepadanya. Kes merujuk kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail yang menyifatkan kenyataan bukan Melayu sebagai pendatang.

Ahmad Ismail didapati bersalah oleh Jawatakuasa Disiplin UMNO dengan digantung selama tiga tahun selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi ditarik balik awal bulan ini. Inilah permainan kabur-mengabur yang dikehendaki dalam Parti seperti UMNO dalam memenangi Melayu.

Pada waktu itu, penyokong Ahmad Ismail (gambar kanan) secara berani mengoyakkan poster Pengerusi BN tanda marah.

Jadi, bagi memperkuatkan kerajaan dan manfaat rakyat, Gerakan gagal dalam mempamerkan sifat proaktif mereka dan memberi kesenangan amat kepada kerajaan negeri yang ada sekarang. Khuatir dengan kelemahan Gerakan akan menjadi seperti Kerajaan Persekutuan yang berkuasa lebih separuh abad dan dibusukkan dengan pelbagai amalan rasuah.

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

Merdeka Review

Notis sudah diserah, jangan ungkit lagi-Ariffahmi

KOTA BARU, Dis 24 — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abdul Rahman (gambar) sudah menyerahkan notis letak jawatan seperti yang diumumkan beliau awal bulan ini.

Beliau mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider hari ini.

Notis tersebut telah diserahkan kepada pengerusi PMBK, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan semalam.

"Sebenarnya semalam lagi saya serahkan notis itu kepada tok guru,” kata Ariffahmi yang juga menantu kepada Nik Aziz.

Dengan penyerahan notis tersebut bermakna peletakan jawatan Ariffahmi akan berkuat kuasa 90 hari kemudian iaitu 23 Mac.

Notis tersebut selaras dengan syarat dan terma pelantikannya ke jawatan CEO sebelum ini.

Ariffahmi dilantik sebagai CEO PMBK pada 20 September, namun dinasihat letak jawatan lebih kurang dua bulan kemudian ekoran kontroversi yang didakwa kononnya melibatkan dirinya.

Sehubungan itu beliau berharap tidak ada lagi sebarang spekulasi atau persepsi berhubung perkara berkaitan ke atasnya.

"Notis rasmi sudah pun diserah, tiba masanya berkuatkuasalah ia.

"Jadi tak ada gunanya jika ada lagi pihak-pihak yang cuba ingin perbesar-besarkan isu ini,” katanya.

Ketika menjawab visi dan misinya sama ada dalam kerajaan mahu pun politik lewat pengalaman dilaluinya sebelum ini beliau hanya berkata, "tiada komen."

Tetapi dalam perjuangan sesebuah parti atau pun politik, katanya, para jemaah diwajib memperjuangkan kebenaran.

"Justeru saya akan tetap setia bersama parti,” katanya.

Menyentuh mengenai kenyataan yang ditulis isterinya, Nik Amalina Nik Abdul Aziz melalui blognya semalam, Ariffahmi berkata itu hak beliau untuk bersuara.

"Saya tak nak komen sama ada tentang tulisannya (Nik Amalina) atau pun pengkritik-pengkritik tulisannya. Mungkin itu satu keperluan baginya.

"Secara ringkas boleh saya katakan begini saja, hanya jauhari mengenal manikam” ujarnya.TMI

Kerajaan Malaysia Hilang Enjin Jet,Kerajaan Terengganu Hilang Kereta!!!

Pembaziran wang rakyat oleh rejim BN terus berlaku dan kali ini di Terengganu yang melibatkan kehilangan tiga buah kereta Proton Perdana V6 untuk kegunaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilaporkan hilang di tiga tempat berasingan sepanjang tahun lalu.

Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.

Wakil rakyat PAS/PR, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempertikaikan kehilangan itu yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.

''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.

Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.

''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.

''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.

Sebuah dari kereta itu telah ditemui manakala dua lagi kekal hilang.

Sementara itu, turut dilaporkan hilang awal tahun ini ialah sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang hanya dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan.

Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang tambahan pula harganya mencecah RM1 juta. - erapakatan

Enjin F5E TUDM Yang Dicuri Ditemui di Argentina


KUALA LUMPUR: Enjin jet pesawat supersonik F5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri dalam satu sindiket dalaman dua tahun lalu telah ditemui - di Argentina. Sehubungan dengan itu, beberapa pegawai kanan TUDM, termasuk jeneral dijangka akan disoal siasat oleh pihak polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berkata, pihaknya masih perlu menyoal siasat beberapa pegawai tinggi TUDM termasuk beberapa jeneral walaupun empat orang termasuk tiga dari kalangan staf rendah telahpun ditahan (dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin).

“Kita perlu menyoal siasat pegawai-pegawai tinggi kerana bukanlah mudah untuk menyeludup keluar enjin yang sebegitu besar tanpa perlepasan atau dokumentasi yang betul.

“Pihak polis setakat ini telah merampas dan menemui beberapa dokumen berkaitan dengan penjualan enjin pesawat itu termasuklah dokumen berkaitan penghantarannya keluar dari negara ini,’’ kata beliau.

Adalah difahamkan, enjin turbo jet General Electric J85-21A itu -- untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye - telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Difahamkan juga kesemua dokumen yang berjaya dirampas oleh polis adalah dokumen asal dan asli dan bukannya dipalsukan untuk tujuan penjualan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, enjin yang dicuri itu telah disedari hilang dari Pangkalan Udara Sungai Besi sewaktu rutin pemeriksaan penyelenggaraan. Turut hilang ialah rekod penyelenggaraan dan juga servis enjin berkenaan.Mstar

UMNO Perak Menderhaka Sultan Lagi

7 Muharram 1431H
Sumber : http://usahmadawang.blogspot.com

Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ

الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ

أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ

إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat: 12)

DYTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Perak

Pura-pura Taat

UMNO yang berpura-pura taat setia menjunjung titah Raja dengan slogan “Daulat Tuanku” sekali lagi menzahirkan sifat derhakanya kepada DYMM Sultan Perak, apabila beria-ia membantah perlantikan AJK kariah (masjid) negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2009-2012.

UMNO yang terlucut kuasanya di negeri Perak pada 8 Mac 2008, dan kembali berkuasa melalui rampasan kuasa pada 5 Februari 2009, tidak pernah berubah perangai dengan sifat tamaknya untuk membolot kuasa di semua bidang dan ruang, hatta di bidang pentadbiran kariah masjid di seluruh negeri Perak yang tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan. Sudahlah ketua-ketua kampung yang dipilih dengan suara rakyat secara demokrasi semasa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR), kesemua mereka dipecat sebaik sahaja Zambry menjadi MB kerajaan rampasan kuasa UMNO.

Kini AJK kariah yang telah dipersetujui perlantikannnya bagi seluruh negeri Perak oleh persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, hendak dirampas kuasa pula oleh UMNO, terutamanya di beberapa daerah pentadbiran agama seperti Slim River, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Lenggong dan Bagan Serai.

Jahil Perlembagaan

Saya tak fikir pemimpin-pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan Negeri begitu jahil hingga tidak mengetahui langsung Perlembagaan Negeri Perak yang memperuntukan DYMM Sultan adalah ketua agama Islam negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, dipengerusikan sendiri oleh DYTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Zambry sendiri menjadi ahli Majlis itu bersama beberapa orang besar istana dan pegawai-pegawai kanan kerajaan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.

Zambry sebagai MB sepatutnya menasihati anak buahnya supaya tidak membantah keputusan yang telah dibuat oleh persidangan Majlis itu.

Akan tetapi beliau tidak bersuara mengingatkan orang-orang UMNO, bahkan dia sepatutnya memberi amaran kepada mereka bahawa perbuatan orang-orang UMNO membantah perlantikan AJK kariah yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda itu adalah bererti menderhaka kepada Sultan, kerana Tuanku Raja Dr Nazrin Shah adalah mewakili Paduka Baginda Sultan Azlan Muhibbudin Shah yang menjadi ketua agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Langgar Undang-undang

Sebenarnya UMNO sejak lebih 50 tahun berkuasa tidak pernah mematuhi kehendak Enakmen atau Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri yang mereka buat sendiri dalam Dewan Undangan semasa mereka berkuasa. Undang-undang itu dibuat hanya untuk menghalang pihak-pihak lain, sekiranya kedudukan kuasa mereka boleh terjejas. Zambry MB UMNO itu tahu bahawa senarai AJK kariah yang dikemukakan partinya tidak dibuat berdasarkan Kaedah-kaedah J/kuasa Kariah 1998, iaitu mengikut kaedah 3 (1) yang memperuntukkan bahawa Pegawai Tadbir Agama (PTA) dan Penghulu, setelah berunding dengan Orang Besar Jajahan (OBJ) hendaklah mencadangkan kepada Majlis, melalui Pengerusi J/kuasa Agama Islam (kini Zambry sendiri penjawatnya) senarai nama cadangan AJK kariah bagi jawatan yang dinyatakan dalam sub-kaedah (2) yang berkaitan.

UMNO selama-lamanya menyalahguna kuasa dengan mengemukakan senarai AJK kariahnya sendiri tanpa melalui PTA dan Penghulu apatah lagi OBJ, padahal UMNO pun tahu bahawa sebahagian mereka yang berkenaan itu tak kurang juga semangat UMNOnya, namun yang penting bagi UMNO bersikap: “Pergi jahanamlah” dengan prosedur atau kaedah-kaedah perundangan itu. Sikap UMNO sedemikian itu mereka cuba tunjukkan juga pada masa kerajaan PR dahulu hingga menyebabkan senarai AJK kariah yang dikemukakan oleh rakyat yang mewakili pelbagai kelompok masyarakat dan aliran politik tidak sempat diluluskan oleh Majlis Agama Islam kerana hendak melayani kerenah UMNO.

Merujuk kepada kenyataan rasmi mengenai permasalahan perlantikan AJK kariah berkenaan yang dikeluarkan oleh pengarah Jabatan Agama Islam Perak Dato’ Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz bertarikh 21 Disember 2009, jelaslah membuktikan bahawa UMNO Perak cuba hendak menimbulkan permasalahan dan fitnah terhadap pentadbiran Agama Islam Perak khususnya terhadap PTA yang kononnya memandai-mandai menukarkan nama-nama dalam senarai AJK yang telah diluluskan dengan menggantikannya dengan nama-nama baru yang tidak disenaraikan. Padahal apa yang sebenarnya berlaku bahawa senarai yang dikemukakan UMNO tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, maka kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah 1998 digunakan bagi mengemukakan senarai nama cadangan AJK kariah yang kemudian diluluskan oleh Majlis.

Memohon Ampun

Bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh bantahan UMNO Perak dan tuduhan yang tidak berasas ini, Zambry selaku MB UMNO dan Kerajaan BN hendaklah mengeluarkan kenyataan mempertahankan keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak mengenai perkara ini dan menyeru orang-orang UMNO supaya memohon ampun kepada DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak atas perbuatan derhaka mereka itu dan janganlah lagi sibuk merebutkan jawatan AJK kariah atau jawatan pegawai-pegawai masjid seperti jawatan imam dan bilal. Zambry sendiri patut sedar dan menyedarkan orang-orang UMNO bahawa amalan mempertikaikan keputusan Majlis dalam perkara-perkara seperti ini boleh memesongkan fokus atau tumpuan Majlis daripada tugasnya yang lebih utama seperti perancangan memakmurkan masjid-masjid itu dan mempertingkatkan kerja-kerja dakwah terutama dalam menghadapi dan menangani gejala sosial dan murtad di kalangan masyarakat Islam di negeri Perak.

Dalam isu yang terang-terang mempertikai kuasa mutlak DYMM Sultan seperti ini SS Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Hj Harussani Hj Zakaria sewajarnya orang yang pertama mendokong dan mempertahankannya. Setakat ini nampaknya belum kedengaran suaranya yang selalunya amat peka dan cepat memberi kenyataan dalam isu-isu yang melibatkan pakatan politik yang tak serasi dengan UMNO/BN. Beliaulah orang yang sepatutnya menasihatkan UMNO supaya jangan menghabiskan masa berebut-rebut jawatan AJK kariah dan tidak mahu pula berebut-rebut datang ke masjid untuk berjamaah atau mengikuti kuliah pengajian. Tan Sri Dato’ Mufti Perak itu tentu bersetuju dengan saranan ini kerana beliau sendiri pernah memberitahu saya yang beliau sendiri pernah dihalang menyampaikan kuliah pengajian di sebuah masjid di kawasan Ipoh yang AJKnya terdiri dari orang-orang UMNO yang menganggap masjid itu sebagai hak mereka.

Di‘blog’ oleh Ustaz Ahmad Awang pada 23:32

SPR Berbohong Mengenai Pembeli Dakwat, Rakyat Boleh Saman


KUALA LUMPUR - Parti Islam Se-Malaysia (SPR) mahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mendedahkan semula dakwaan mereka pada tahun lepas bahawa terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat khas (kekal) untuk tujuan
pilihanraya secara haram hingga menyebabkan SPR terpaksa membatalkan pengunaannya bagi Pilihanraya Umum 2008.

Telah lebih setahun setengah dakwaan dibuat oleh pihak SPR namun tiada sebarang khabar berita, bukti, mahupun sebarang tangkapan mengenainya.

PAS melihat bahawa SPR berbohong kepada rakyat dan sanggup membazirkan dakwat bernilai RM 2.4 juta untuk cerekarama yang sengaja dicipta bagi menafikan tuntutan rakyat melalui Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) yang mahu dakwat kekal digunakan.

PAS menuntut SPR mendedahkan siapakah individu yang didakwa mereka itu atau SPR perlu bersedia untuk menerima dakwaan dan saman rakyat dimahkamah kerana menyebabkan Kerajaan kerugian RM 2.4 juta diatas pembohongan yang sengaja dicipta itu.

PAS mengesa para pengundi tampil kehadapan untuk sama-sama menuntut SPR membuktikan dakwaan itu atau bersama menyaman SPR kerana mencipta maklumat palsu dan berbohong kepada rakyat serta membazirkan wang rakyat begitu sahaja dengan membeli dakwat yang sengaja tidak digunakan bagi memenuhi arahan Menteri Kabinet BN ketika itu.BO

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bumi Besut, Bumi Ulul Albab?~ (1)


Selepas 'Impian Tidak menjadi Realiti' dan gagal merealisasikan hasratnya di peringkat negeri Terengganu, Mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh mengalihkan sasarannya kepada dua daerah politik yang masih dikuasainya sebagai pangkalan kepada projek ulul-albab.

Selepas setahun di pecat dari jawatan yang sepatutnya menjadi milik beliau, selaku Pengerusi Perhubungan negeri Terengganu, selepas pilihanraya umum 'Tsunami' Mac tahun lalu, Idris masih 'membebel' tentang Ulul-albab.

Beliau terus bercakap tentang perkataan-perkataan baru rekaannya, yang tidak sempat popular semasa menjadi MB Terengganu iaitu, Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Jadi PEMUDABESUT akan 'menyelongkar' dalam beberapa siri adakah benar 'Bumi Besut, Bumi Ulul Albab' @ sebaliknya...

Malangnya, impian Idris mahu menjadikan Besut sebagai satu daerah penghasilan 'produk' ulul-albab mengikut kerangka pemikirannya juga semakin meleset kebelakangan ini.

Ia adalah disebabkan kejadian jenayah yang semakin meningkat berlaku di daerah Besut, yang sememangnya dikenali sebagai daerah 'gedebe' sejak dahulukala.

Siri Pertama PENDEDAHAN ini ialah

Pelajar curi keluar jumpa kekasih mengaku selalu berzina
(Bharian Online ~24 Dis 2009)

"BESUT: Selepas beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, kegiatan remaja berusia 15 tahun di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, dihidu keluarga kerana pulang ke rumah pada awal pagi, Khamis lalu.

Selepas ditangkap keluarganya ketika menyelinap masuk ke rumah pada dinihari, pelajar Tingkatan Tiga terbabit tidak dapat berselindung lalu mengaku sudah terlanjur."


"Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan kejadian itu, jam 9.30 malam, kelmarin.

Katanya, kejadian pertama berlaku di bilik rumah mangsa, di taman perumahan kos rendah di Nyiur Tujuh jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.

Kamaruddin berkata, mangsa selalu keluar rumah melalui pintu belakang, termasuk pada kejadian kira-kira jam 2 pagi, 17 Disember lalu untuk bertemu teman lelaki sebelum membonceng motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.

Beliau berkata, mereka mengadakan hubungan di kedai makan itu sebelum dihantar pulang.

Kamaruddin berkata, suspek berusia 19 tahun sudah dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, Kelantan.""

SUMBER

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....