Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 12 Mac 2010

Nik Rohana mengaku fail tuntutan sahkan lafaz cerai Sultan Kelantan

KOTA BARU, 12 Mac — Nik Rohana Abdul Rahman, individu yang didakwa bertanggungjawab memfailkan tuntutan pengesahan lafaz cerai talak tiga Sultan Kelantan terhadap isteri keduanya Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin tidak menafikan perkara itu, tetapi enggan mengulas kedudukan sebenar.
“Saya minta maaf, tolong jangan tanya saya pasal itu,” kata Nik Rohana.
“Saya tidak nafikan. Memang saya tahu perkara itu. Tapi saya tak boleh, tak tahu nak buat kenyataan berhubung kes itu,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Beliau ditanya mengenai kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan-Tinggi, Abu Bakar Abdullah Kutty semalam yang mengesahkan bukan , Sultan Ismail Petra memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut.
“Bukan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebenarnya yang mengemukakan permohonan tersebut sebagaimana dikeluarkan (dalam) akhbar, tetapi ia dipohon oleh seorang wanita yang bernama Nik Rohana Abdul Rahman,” kata Abu Bakar.

Video&Gambar:Alhamdulillah..Hujan Turun Sebaik Saja Tok Guru Nik Aziz Imamkan Solat Sunat Istisqa’




Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”. -MI

Mari Belajar Melompat !!!

BERITA BERGAMBAR



Nota:
Bekas Setiausha Agung Parti Keadilan Rakyat
sedang memberi kusus melompat kepada ahli
parliment Bangan Serai. Kursus ini penting
untuk memastikan ada fulus masuk. Besar dan kecil fulus
yang masuk beragntung kepada luas tangan
yang meloncat kah kah kah.



INI CARA MELOMPAT SEKOR SEKOR - BAYARAN LUMAYAN




nota:
ini meloncat dengan kangkang yang besar.
dua dua kaki perlu dibuka luas kah kah kah



INI CARA MELOMPAT DENGAN BAYARAN SERINGGIT




nota:

ni meloncat kangkang kecil
kaki tak perlu luas
tapi tangan mesti sedia menerpa kah kah kah


Gambar : Koleksi Kereta Mewah Kerabat Diraja Sultan Brunei Part 1


Kekayaan Sultan Brunei memang tidak boleh disangkal lagi. Jikalau sebelum ini kita sudah lihat koleksi kereta mewah, Roll Royce yang selalunya menjadi kereta rasmi/sinonim dengan golongan diraja dari Malaysia termasuk Sultan Brunei. Hari ini kita lihat beberapa lagi kereta milik keluarga diraja Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Kadang-kadang kekayaan Sultan Brunei membuatkan saya terfikir, apakah akan terjadi kepada negara Brunei yang sememangnya kaya dengan hasil minyak jika Brunei menjadi sebahagian daripada Malaysia? Adakah akan menjadi seperti negeri Kelantan atau negeri Sabah dan Sarawak?
Anda boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini. Kita teruskan sahaja layan terus koleksi kereta mewah  kerabat diraja Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah :
Kereta Keluarga Diraja Brunei, Mercedes Benz S320
Kereta Keluarga Diraja Brunei, Bentley Imperial
Kereta Diraja Brunei, Bentley Arnage RL

Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu 11/3/2010

Tazkirah ringkas oleh naqib Ust Abd Aziz
Memberi sepenuh perhatian kepada tazkirah yang di sampaikan naqib
Perbincangan isu semasa
S/U,saudara Saperi 4 dari kiri mencatatkan apa yang di bincangkan dalam isu semasa

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....