Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 21 Januari 2013

LISTEN !! Tok Guru Nik Aziz Tunjukkan Terjemahan Al Quran Pada Bawani


Tok Guru Nik Aziz menunjukkan terjemahan al-Quran kepada Saudari Bawani KS, siswi Universiti Utara Malaysia yang mencetuskan fenomena LISTEN di ruang maya.

Bawani mengunjungi Tok Guru di Pejabat Menteri Besar pagi tadi.Sumber gambar FB Tok Guru.

Najib bertaubat atau bersandiwara?

 Antara kain rentang menyambut lawatan Najib ke Kelantan, semalam

KUALA LUMPUR: Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bertaubat sepenuhnya daripada kesilapan lampaunya dan hanya bersandiwara terhadap rakyat.

“Belum sampai beberapa hari dan air matanya belum kering lagi apabila beliau meminta maaf kepada rakyat, kini beliau menipu pula rakyat Kelantan.

“Dalam keadaan pilihan raya umum ke 13 sudah dekat, beliau mudah menabur janji. Janjinya melangit tinggi dan lumayan harganya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Najib yang telah menabur janji baharu yang lebih menarik kepada rakyat Kelantan iaitu untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu.

Turut diumumkan Najib adalah enam lagi projek mega khusus untuk menambat hati pengundi Kelantan supaya menyokong beliau.

Selain lebuh raya, beliau menjanjikan membina Sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memuatkan 5,000 pelajar, membina  stadium baharu,  masjid terbesar serta projek menyelesaikan masalah air.

Namun demikian, kata Riduan semua itu diyakini hanya tinggal harapan jika BN ranap di Kelantan.

Baginya, Najib mahu menjadi seperti Santa Claus yang akan memberi apa sahaja yang diingini oleh rakyat, namun pemberiannya semua itu bersyarat iaitu mengundi BN pada PRU13.

“Rakyat beliau ibaratkan barang yang tidak berharga, boleh dijual beli, diugut dan diumpan sesuka hati,” ujarnya.

Beliau berkata, sebenarnya tawaran yang beliau jual kepada rakyat Kelantan sebagai sikap paling kejam dan keji bagi pemimpin negara.

Anwar menang saman terhadap Utusan

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.Keputusan penghakiman itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).Singham memutuskan artikel itu bersifat fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin politik.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira fakta dan bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan, menunjukkan Utusan dipunyai oleh Umno.“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” kata Singham dalam penghakimannya.

Keputusan itu merujuk artikel bertajuk ‘Tolak Anwar-Hassan’ yang disiarkan muka depan akhbar kawalan Umno itu pada 17 Januari 2012.“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata beliau.Menurutnya, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Wartawan dan editor mempunyai hak untuk menyiarkan berita, tapi bukan fitnah, atau berita palsu,” tempelak Singham dalam penghakimannya.Katanya, hakim memainkan peranan penting dalam memastikan kebebasan badan kehakiman.

“Keadilan perlu dilaksanakan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak mahupun parti politik, semua keputusan perlulah selari dengan fakta yang dibentangkan,” jelas Singham.Beliau menetapkan gantirugi kos sebanyak RM45,000 manakala pampasan damage (teruk) ditetapkan ke satu tarikh kemudian.KD

Anak Samy Vellu Kritik Mahathir

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategik MIC S Vell Paari.

Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi “back-fire” kepada BN.

“Kenyataan Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi ‘back-fire’ buat BN, beliau langsung tidak membantu (BN),” kata Vell Pari (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Beliau cuba memusnahkan imej BN yang cuba dibangunkan Najib yang baru menjadi perdana menteri lebih kurang dua, tiga tahun ini ...  ianya bukan perkara yang mudah,” tegasnya lagi.

Beliau turut berkata adalah lebih baik untuk perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu “bersara” seperti mana mantan perdana menteri sebelum beliau.

“Beliau patut sedar rakyat Malaysia sudah semakin matang, kenapa perlu gunakan isu perkauman untuk memecah belahkan rakyat?” katanya.

“Saya generasi ketiga, ini negara kita, adakah satu hari nanti bila kita selisih di tengah jalan kamu mahu satu keluar parang, dan satu lagi keluar keris?” soalnya, sebagai respon kenyataan perkauman yang dikeluarkan Dr Mahathir dikhuatiri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Menurutnya lagi setiap individu rakyat Malaysia jelasnya adalah penyumbang kepada negara ini, dan tidak seharusnya isu perkauman itu dimainkan.“Dr Mahathir langsung tidak membantu,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh di negara ini seringkali mengeluarkan kenyataan membidas pembangkang, dan sesetengah pihak menganggap Dr Mahathir seringkali mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman.

“Dr Mahathir sudah bersara, sepatutnya jangan ganggu pemerintahan negara dengan kenyataan-kenyataan perkauman yang tidak membantu kerajaan.“Jika Dr Mahathir tidak boleh menolong, janganlah bising-bising,” tegasnya lagi.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....