Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 27 April 2010

MCA mahu BN jauhi Perkasa

KUALA LUMPUR, 27 April — MCA menyelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.
Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan anggota Parlimen Pasir Mas itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.
“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Anak Ghafar Baba Sertai PAKATAN ?

KUALA LUMPUR, 27 April — Anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Thamrin Ghafar dilaporkan telah menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah “kecewa” dengan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) selama lebih 50 tahun mentadbir negara.
Akhbar PKR, Suara Keadilan memetik Thamrin berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
“Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap,” kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi Mara.

Janji-janji politik BN di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR : Selepas kemenangan tipis BN di Hulu Selangor pada 25 April lalu, kini adalah masa bagi parti itu menunaikan semua janji yang ditaburkan sepanjang kempen tersebut.
Puluhan janji politik yang ditaburkan dengan setiap penceramah BN seolah-olah sebagai menteri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu yang dilihat paling kotor apabila jelas melanggar Akta Pilihan Raya 1957.
Berikut ialah janji-janji tersebut yang dituntut untuk ditunaikan termasuklah janji pemberian RM49,000 terhadap peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya.
Pertama berkaitan janji politik oleh BN untuk membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah jika menang dalam PRK itu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya bersedia memberikan tanah untuk pembinaan itu dengan syarat segala peraturan dan prosedur dipatuhi oleh yang memohon.
Turut dijanjikan oleh BN ialah kononnya untuk menaik taraf prasarana dan kemudahan pasar Peladang yang beroperasi sejak lima tahun lalu.

BN Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Zaid


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang menuduh BN membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tuduhan yang dilakukan oleh calon PKR itu adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat.
Malah, katanya dakwaan itu adalah sebaliknya kerana berdasarkan pemantauan sepanjang pilihan raya kecil Hulu Selangor itu, pembangkang dilihat 'membeli undi' apabila mengagihkan RM200 kepada pengundi serta barang-barang makanan, beras dan sebagainya.
"Saya hairan kenapa mereka sanggup menuduh kami yang melakukan perkara-perkara yang telah mereka lakukan. Mereka yang mengagihkan wang, dikatakan kita yang mengagihkan wang.

Hulu Selangor : Analisa Keputusan Mengikut Dun


Pakatan Rakyat, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor kelmarin, telah mencatatkan peningkatan kelebihan undi membabitkan kawasan Dewan Undangan (DUN) Kuala Kubu Baru, yang majoriti pengundi merupakan masyarakat Cina.
Peningkatan ketara undi itu dikatakan telah menghalang Barisan Nasional (BN) daripada memperoleh majoriti lebih besar.
BN mengharapkan majoriti lebih 6,000 undi.
Calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperoleh lebih 2,030 undi berbanding calon BN P. Kamalanathan.
Zaid dan Kamalanathan masing-masing menerima 7,194 dan 5,164 undi daripada pengundi bahagian DUN Kuala Kubu Baru.
Dua tahun lalu calon Pakatan Rakyat, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad hanya mencatatkan lebih 344 undi dari bahagian itu.
Pada 8 Mac 2008 Allahyarham Zainal memperoleh 6,146 undi untuk menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menerima 5,802 undi.
Kuala Kubu Baru merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN yang terdapat dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan pilihan raya kecil ekoran kematian Zainal bulan lalu.
Di DUN Kuala Kubu Baru, 45.1 peratus daripada 18,040 pengundi adalah kaum Cina dan diikuti oleh Melayu 30 peratus, India (22 peratus) dan Orang Asli pula 1.7 peratus.

Keputusan Hulu Selangor: Koleksi komen/kenyataan pimpinan Pakatan rakyat



Politik beli undi (rasuah) kalahkan kita

“Kita kalah kerana mereka (BN) menggunakan taktik kotor dengan membeli undi daripada pengundi...Kita perlu atasi masalah ini kerana apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang..Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalakan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam." - Datuk Zaid Ibrahim

Terus berjuang tumbangkan BN

"Kalau sekiranya sekali kita menang, maka kita akan ingat kita akan menang untuk yang seterusnya, kita silap. Adakah saudara fikir kita akan berada di sini tanpa melalui kesusahan, kepayahan? Tanpa melalui semua itu, kita tidak akan kuat untuk berada di sini dan meneruskan perjuangan kita. Sekali kita kalah tidak bermaksud kalah selamanya." - Fuziah Salleh

Hulu Selangor tidak jejas komitmen Pakatan Rakyat 'ke Putrajaya'

“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang..Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja" - Ustaz Nasharudin Mat Isa

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....