Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Disember 2010

Mahfuz Omar Letak Jawatan

ALOR SETAR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan Kedah berkuatkuasa serta merta.

Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

"Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum."Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...," katanya.

Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata:

"Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya," katanya.

Desas desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan. -BERNAMA

Selproa Gesa Sidang DUN Tolak SUK Lantikan Pusat

SHAH ALAM 29 DIS: Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor menggesa kerajaan mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri bagi menolak Ketua Setiausaha Negeri lantikan Kerajaan Pusat.

Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, berkata langkah ini perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.

Razak berkata demikian mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Mohd Khusrin Munawi ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan.

"Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat ," kata Abdul Razak Ismail.

Razak menegaskan peristiwa ini adalah bukti manipulasi istana oleh Barisan Nasional.

"Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Selangor," katanya.TVS

Gempar !!!Dokumen Lengkap Laporan Menteri Rogol Amah Warga Indonesia

Berikut adalah laporan lengkap kes pemerkosaan seorang menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya (amah) warga Indonesia tahun 2007 yang lalu..


LAPORAN 1


LAPORAN 2


LAPORAN 3

Di bawah pula adalah kenyataan rasmi oleh badan NGO Indonesia, 'Migrant Care' yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pembantu-pembantu rumah dari Indonesia berkaitan isu ini...



Sila klik pada gambar atau SINI untuk melihat secara jelas dan lengkap..

Artikel Lengkap Baca DISINI

Khusrin: Pusat cuba 'guling' Selangor

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme.
Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak seideologi dengan kerajaan pusat, namun Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya.
Menurut beliau, sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.
"Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan-kerajaan negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan 27 Disember lalu bahawa Khusrin, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari 2011.
Sementara itu, kerajaan Selangor dalam satu kenyataan terbaru mereka memberitahu perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu belum muktamad.
Mereka mendakwa cadangan melantik Khusrin ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ancak: Zambry kelirukan Harussani?


IPOH, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kesal dengan keterangan yang mengelirukan daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung majlis ancak.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali menyatakan demikian setelah meneliti surat jawapan balas Zambry kepada Harussani berhubung dengan perbuatannya menghadiri majlis ancak tiang seri dua bulan yang lepas.

Katanya, hujah menteri besar itu tidak diperkukuhkan dengan nas Al-Quran dan Sirah Nabi bagi menjelaskan kepada ummat Islam hukum sebenar terhadap majlis yang diadakan tersebut.

“DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry tidak berkata benar setelah Tan Sri Harussani ingin mendapatkan penjelasan.

“Jelas Datuk Seri Zambry yang baru menunaikan ibadah haji tidak memperjelaskan perkara sebenar apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut di Kampung Guar, Manong,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPN Pk amat kesal sikap berdalih Zambry kerana masih mengelirukan umat Islam di negeri ini khasnya dan negara amnya.

Sehubungan itu, tegasnya DPPN Pk mendesak Zambry agar menjelaskan perkara sebenar supaya tidak terus mengelirukan umat Islam.

Ini, tambahnya kerana Zambry yang memegang jawatan penting berkaitan agama Islam tidak sepatutnya menghadiri atau membenarkan majlis seumpama Majlis Ancak Tiang Seri dijalankan serta diamalkan kembali di negeri ini.

“DPPN Pk meminta kepekaan Datuk Seri Zambry agar berterus terang di dalam perkara ini agar ummat Islam tidak terus mengamalkannya,” ujarnya.Hrkh

100 Hari Di Putrajaya: Selangor Telah Laksana, Muhyiddin Ketinggalan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan betapa cetek semangat beliau terhadap kepedulian kepada rakyat apabila beliau membayangkan Malaysia akan jatuh bankrap jika program 100 Hari Pakatan Rakyat dilaksanakan. Ia juga menunjukkan betapa beliau tidak yakin dengan kemakmuran hasil mahsul Negara yang dikurniakan Allah SWT.

Apa-apa pun, saya tidak terperanjat apabila beliau berpendirian sedemikin walau sedikit kecewa kerana orang no. 2 negara gagal meletakkan kebajikan rakyat sebagai asas mentadbir Negara. Ini menunjukkan UMNO-BN sememangnya akan meneruskan corak pemerintahan sejak 52 tahun dahulu yang tidak meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai keutamaan walau terpukul teruk pada 2008 yang lalu.

Kerana kedangkalan pemikiran pemimpin BN terhadap keperluan rakyat, Pakatan Rakyat mempersembahkan program 100 hari untuk rakyat Malaysia bagi melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pentadbiran; perundangan, ekonomi dan pendidikan. Sebagaimana yang dijangka, tanpa berfikir panjang Muhyiddin melahirkan keraguan terhadap kemampuan Negara dan mempersenda pula jasa para guru apabila menyatakan Negara akan bangkrap jika imbuhan RM500 diberikan kepada mereka. Dengan gelojoh pula mencabar negeri Pakatan melaksanakannya.

Terbukti Muhyiddin dan BN telah menjadi mangsa kepada perbuatan mereka sendiri yang menggunakan arus perdana alat propaganda untuk memutar belit fakta sehinggakan mereka jelas tidak tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telahpun melaksanakan lebih daripada 60% daripada 9 program yang disenaraikan di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Bajet Selangor Hasil Negeri Untuk Rakyat begitu komprehensif telah melaksanakan agenda Pakatan tersebut.

Kemelut Perlantikan Khusrin Sebagai SUK Selangor Berpanjangan

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Kemelut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat akan berpanjangan dengan hasrat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menghadap Sultan Selangor hari ini terpaksa ditangguh kerana baginda sedang bercuti.
Laporan media memetik Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah bercuti sejak minggu lalu.
“Untuk makluman, Tuanku sekarang sedang bercuti dan kembali ke istana pada 3 Januari ini.
“Jadi soal Menteri Besar hendak menghadap hari ini tiada sebab pelantikan itu OK dan tiada masalah,” kata laporan Sinar Harian.
Kenyataan Pejabat Menteri Besar kelmarin menyebut Khalid bercadang menghadap Sultan Selangor hari ini.
“Jadi jika ada sebarang pertemuan dengan baginda, ia hanya akan berlangsung selepas itu,” kata beliau dipetik Umno Online.
Munir juga dipetik berkata, dalam perlembagaan negeri Selangor tidak ada peruntukan yang menyatakan mesti dapat cadangan dari Menteri Besar.
“Pelantikan memang dari JPA dengan suruhanjaya berkenaan, ini kena dapat perkenan Tuanku sebab kuasa eksekutif negeri ada hak Tuanku,” kata beliau.
Menurut Munir, beliau telah menyembahkan kepada Sultan Sharafuddin mengenai permintaan Khalid untuk menghadap baginda.
“Tetapi surat Menteri Besar (untuk menghadap) itu dihantar lambat,” katanya.
“Jadi mungkin Khalid boleh menghadap selepas itu,” kata beliau.
Tambah Munir, surat mempersembahkan nama tiga calon SUK juga hanya diterima selepas Sultan Selangor memberi perkenan atas pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Hasrat BN Rampas Selangor Berkecai

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/Dr%20Mariah2.jpgHasrat UBN Selangor untuk merampas Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat awal-awal lagi sudah berkecai.

Sekali pun dimomokkan kononnya akan ada perubahan kepada kepimpinan dikalangan anak negeri untuk mengambil alih Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tapi itu hanya jadi angan-angan Mat Jenin sahaja dikalangan pimpinan negeri. Hakikatnaya pada pandangan pimpinan Umno Pusat "hampir tiada @ langsung tiada" dikalangan pimpinan negeri yang mempunyai kelayakan walau pun sekadar minimum untuk mengambil alih jawatan tersebut selepas Khir Toyo.

Pengumuman oleh Ku Nan hari ini tentulah amat mengecewakan pimpinan Negeri yang diketuai oleh Noh Omar serta menjatuhkan maruah keseluruhan Umno Selangor kerana sumbangan mereka selama ini tidak nampak walau sebesar kuman pun oleh pimpinan Umno Pusat.

Sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan sama sekali pimpinan Umno sedia ada termasuk Noh Omar dan Khir Toyo. Umum mengetahui bahawa Umno Selangor beriya-iya bekerja kuat dan menunjuk-nunjuk kepada DS Najib kesediaan mereka untuk mengambil alih jawatan PPUS (Pengerusi Perhubungan Umno Selangor), termasuk menggunakan Ezam Sesumpah untuk membantu anak negeri menunjukkan kekuatan menentang kerajaan Pakatan Rakyat.

Menjelang Final Piala AFF Suzuki,Rajagopal Minta Media Indonesia Henti Provokasi Melampau


JAKARTA, 29 Dis — Media Indonesia diminta menghentikan provokasi melampau dalam laporan mereka yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat kesukanan antara Malaysia dan Indonesia dalam keghairahan pertandingan Piala Suzuki AFF 2010.
Jurulatih bola sepak Malaysia K. Rajagopal yang membuat gesaan itu berkata tidak ada pihak yang mendapat keuntungan daripada provokasi berkenaan.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, Rajagobal berkata pertemuan Malaysia dan Indonesia di gelanggang bola sepak selama ini sering diberi perhatian yang signifikan dalam erti hubungan akrab kedua-dua negara.
Beliau turut meminta semua pihak menerima hakikat bahawa menang dan kalah adalah lumrah dalam pertandingan sukan.
Merujuk kepada kekalahan 1-5 Malaysia kepada Indonesia pada peringkat kumpulan, Rajagopal berkata beliau menerima kekalahan itu dengan tenang dan sabar sekalipun dikritik pedas oleh media Indonesia.
“Pasukan Malaysia pernah tewas 5-1 kepada pasukan Indonesia dan kami menerimanya dengan cukup tenang biarpun kami dikritik teruk oleh media di sini (Indonesia).
“Apabila Indonesia tewas 3-0 baru-baru ini, kenapa pula ia menjadi isu kepada anda (media) di sini? Saya mahu anda menjawab soalan saya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan Indonesia mengenai isu pancaran laser yang kononnya menjadi punca kekalahan ‘Garuda’ pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Rajagopal berkata beliau sentiasa mengamalkan profesionalisme yang tinggi dalam membimbing anak buahnya dan berharap penyokong serta media Indonesia mengamalkan prinsip yang sama.
Beliau juga mengulangi keyakinan bahawa pasukan Malaysia mempunyai peluang untuk menang pada perlawanan akhir kedua malam ini.
“Seperti jurulatih Indonesia yang yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya, saya juga optimis dengan kemampuan pemain-pemain bimbingan saya. Sehingga ke hari ini mereka mempamerkan skil permainan yang cukup baik.
“Saya juga berkali-kali mengingatkan pemain-pemain saya agar sentiasa fokus pada permainan dan jangan diganggu oleh faktor-faktor luaran yang negatif khususnya menjelang hari perlawanan nanti,” katanya.
Rajagopal bagaimanapun tidak menafikan kemampuan pasukan Indonesia yang dianggapnya cukup cemerlang ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. — Bernama

Pandangan Pakar Perundangan Berikutan Kontroversi Perlantikan Khusrin Sebagai SUK Baru Selangor

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pakar perundangan Prof A Aziz Bari berpendapat pelantikan Pengarah Jais Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru perlu dielakkan memandangkan sudah wujud konflik awal antara negeri dan pusat.
“Dalam keadaan Khusrin telah sedia berkonflik dengan pentadbiran negeri, pelantikannya perlu dielakkan. Apatah lagi apabila kerajaan negeri telah pun mengemukakan nama-nama lain,” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Nama Khusrin disyorkan oleh Putrajaya manakala kerajaan negeri pula telah mencalonkan tiga nama hasil temu duga khas yang diadakan iaitu ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majis Daerah Sabah Bernama.
Malah Aziz juga berpendapat Sultan Selangor juga perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dalam soal pelantikan penyandang jawatan tersebut.
“Soalnya sekarang ialah apakah memang selama ini khususnya ketika pentadbiran BN... memang Sultan mempunyai kata putus? Apa pun melihat kepada apa yang berlaku di Perak dan Selangor, khususnya dalam kes Khusrin, sepatutnya istana bertanya dan berbincang dengan kerajaan negeri,” kata Aziz lagi.
Malah menurut Aziz, perbincangan seumpama itu perlu kerana setiausaha kerajaan negeri ialah ketua pentadbiran negeri dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi kerajaan.
“BN sendiri, khususnya di zaman pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), begitu tidak selesa dengan campur tangan istana.
“Jadi sekarang BN tidak harus, kalau ia benar-benar memegang prinsip campur tangan. Apa yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan memberi isyarat campur tangan.
“Sepatutnya, kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan negeri dahulu,” kata beliau yang menegaskan, pelantikan Khusrin perlu dielakkan bagi mengelakkan konflik.
Aziz menambah, kontroversi yang melibatkan Khusrin dengan sendirinya tidak melayakkan beliau diletakkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Sepatutnya dicari pegawai lain. Meletakkan Khusrin memberi isyarat yang istana tak peduli soal itu.
“Kerajaan persekutuan, yang dipimpin oleh Umno, tidak sepatutnya dibiarkan oleh istana. Keputusan istana mengesahkan Khusrin meletakkan istana dalam kontroversi sebagaimana di Perak dan Kelantan.
“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....