Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 1 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar: Tok Guru dan Najib

Foto:Bernama

KOTA BAHARU 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menerima saranan Perdana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjaga perasaan dan sensitiviti ahli UMNO dalam mengeluarkan kenyataannya sehingga menyinggung pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak berniat mengganggu perasaan hati mana-mana pihak, jika pihak terbabit tidak mengganggunya.

Beliau juga bersyukur kerana dapat menemui Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan walaupun pertemuan itu tidak dirancang.

“Walaupun perjumpaan ini secara mendadak, dan saya terpaksa membatalkan program lain tapi ia semacam jaminan memberi positif untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini yang meminta beliau menjaga perasaan orang UMNO dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak jika ingin mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

- BERNAMA

Inilah sikap Pemimpin Islam.Adakah sifat ini ada pada Najib dan kuncu kuncunya.Tidak mungkin bahkan mereka begitu sombong dan angkuh.Jika kamu ikhlas hai Najib berikan royalti minyak kepada Kelantan yang menjadi haknya,ini tidak lepas kaji, kaji.Begitu juga hak Kelantan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus diberi dan dilayan sama rata seperti negeri2 yang di perintah BN.18 tahun Kelantan di tindas adakah hanya mereka yang harus mengalah sedangkan kamu terus terusan meminggirkan Kelantan.Perbagai tohmahan di lemparka pada Tok Guru untuk meracuni fikiran rakyat Kelantan.Tapi rakyat tetap bersama Tok Guru.Berbagai kenyataan Tok Guru di putar belitkan oleh media suruhan kamu terbaru Utusan Melayu sehingga terpaksa melutut meminta ampun dari Tok Guru.Tapi Mursyidul Am Pas ini tetap tabah dan dapat mematahkan setiap serangan yang kamu lancarkan.Hidup Tok Guru.

Zamri lawan Nizar: Video Himpunan Anti ISA







Sumber: malaysiakini

ISA: 438 di tahan Polis


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, 438 orang ditahan sehingga pukul 6 petang tadi termasuk 37 wanita dan 38 pesalah juvenil hari ini berikutan perhimpunan haram pro dan anti-ISA.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, kira-kira 200 orang yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan di sekitar ibu negara sehingga pukul 4 petang ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu Bernama bahawa keadaan di ibu kota buat masa ini terkawal.

Mohammad Sabtu sebelum ini berkata, antara lokasi tangkapan ialah berhampiran Masjid Negara, Padang Merbok, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Istana Negara, Masjid Jamek dan kompleks membeli belah Sogo.

Badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undangundang itu mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 10,000 orang yang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) itu.

Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) yang sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Pasar Seni menyokong ISA dikekalkan, membatalkan perhimpunan mereka kerana akur dengan arahan.

Sumber: mstarOnline

Zamri lawan Nizar: Warna warni Demo Mansuh ISA 1 ogos 2009

ANTARA YANG DI TAHAN POLIS

.

Saudara Sarbani Ishak berkopiah, AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut turut ditahan polis




TINDAKAN PIHAK POLIS


ANTARA SEBAHAGIAN PESERTA








.


SUMBER: Malaysiakini,mstarOnline,MerdekaReview

Zamri lawan Nizar: Laporan Terkini Demo Mansuh ISA

Suasana di Masjid Jamek jam 2.10ptg
Cu tengok banner blake tu...
Dari pasar Seni menuju ke Masjid Negara jam 2.15ptg


Dari Masjid Jamek terpaksa mengubah haluan dengan menuju
ke SOGO kerana dihalang pihak FRU



Dari Masjid Jamek jam 2.20ptg
Foto oleh: Khairul YTL

Jam 2.50ptg: Ketika ini peserta yang berada di Masjid Jamek terpaksa menuju ke SOGO akibat dihalang oleh pihak polis. Pihak polis telah menggunakan water cannon dan gas pemedih mata bagi menghalang peserta himpunan mansuhkan ISA berarak beramai-ramai menuju ke Istana Negara. Peserta himpunan terbahagi kepada beberapa kelompok di Masjid Negara, Dataran
Merdeka dan SOGO.Jam 3.00ptg peserta dari SOGO mula berarak melalui Jalan Tunku Abdul Rahman(TAR) menuju ke Dataran Merdeka seterusnya berkumpul bersama peserta yang berada di sana untuk sama-sama menuju ke Istana Negara. Sementara itu, peserta yang telah dapat melepasi sekatan pihak polis kini berada di sekitar bangunan Polis Bukit Aman tidak dapat bergerak kerana dikepung. Dalam perkembangan lain, seorang AJK Pemuda Pas Kwsn Besut telah ditahan di Central Market dan sekarang berada di Ibupejabat PGA Kuala Lumpur. Jam 3.30ptg: Peserta berkumpul di depan Pejabat PAS Jalan Raja Laut untuk mendengar ceramah dari pimpinan Pakatan Rakyat. Jam 3.45ptg: TG Haji Hadi, DSAI, Lim Kit Siang, sampai di Pejabat Agung PAS setelah dikepung di Pertama Complex. Jam 4.00ptg semua bersurai setelah menerima arahan pimpinan Pakatan Rakyat.
Laporan dibawakan secara langsung oleh Admin http://pemudabesut.blogspot.com/
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: Demo ISA,suasana di terkini Kuala Lumpur


Oleh G. MANIMARAN
BERIKUT adalah gambaran suasana himpunan bagi dua kumpulan pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara hari ini:
11.20 pagi: Tiga lelaki termasuk seorang yang memakai jaket PAS ditahan di kawasan stesen LRT Masjid Jamek kerana enggan bersurai atau beredar.
11.10 pagi: Polis kelihatan menasihatkan orang ramai khususnya mereka 'disyaki' peserta himpunan ISA supaya meninggalkan kawasan Masjid Jamek. Jurucakap polis memberitahu mStar Online berkata, belum ada tangkapan, cuma ambil langkah cegah sebelum parah.
11 pagi: Suasana sekitar pusat bandar raya - Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman kelihatan tenang.
10.50 pagi: Beberapa penyokong kumpulan GMI yang anti-ISA ditangkap sejak 9.30 pagi tadi, kata Timbalan Pengarah Sekretariat Perhimpunan 100,000 Rakyat GMI, Kamaruzaman Mohamed.
10.30 pagi: Laluan ke ibu negara semakin sesak, pihak polis pertingkat sekatan lalu lintas
Sumber:mstarOnline

Zamri lawan Nizar: Menjelang Demo ISA,tiada tangkapan dibuat



KUALA LUMPUR: Polis tidak membuat sebarang tangkapan sehingga kini menjelang perhimpunan kumpulan membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijangka diadakan pagi ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Sabtu Osman, hari ini.Malah, katanya, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi tujuan perhimpunan itu dan menegaskan penghantaran surat daripada kumpulan tertentu untuk meneruskan perhimpunan itu bukan prosedur yang ditetapkan.Beliau berkata, prosedur yang ditetapkan adalah pihak yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan perlu membuat permohonan permit di daerah masing-masing."Kami sudah mengadakan 11 sekatan jalan raya sejak semalam dan berharap perhimpunan itu tidak diadakan serta tidak berlaku apa-apa hari ini. Bagaimanapun, polis sudah bersedia dengan jumlah anggota yang mencukupi bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan," katanya ketika dihubungi Berita Harian Online di sini, sebentar tadi.Selain itu, Mohamad Sabtu berkata, kawalan di lokasi tumpuan termasuk perhentian LRT turut dilakukan bagi menjamin keselamatan orang ramai.Beliau berkata, difahamkan perhimpunan itu akan diadakan di tujuh lokasi iaitu Masjid Negara, kompleks beli belah Sogo, Istana Negara, Pasar Seni, Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Padang Merbok.Antara lokasi yang diadakan sekatan jalan raya termasuk Jalan Duta, Jalan Ipoh, Lebuhraya Kerinchi, Jalan Sungai Besi susur Taman Desa, Jalan Sungai Besi susur Jalan Istana, Dang Wangi, Jalan Ipoh, Jalan Pahang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Batu 31/2 Cheras dan Lebuhraya Besraya.sumber, Berita Harian Online


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....