Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 10 Ogos 2012

[ Video inside ] Apa hukum MCA dan Umno yang tolak hudud?


KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."

(MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud)

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.

Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam.

(Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA)

Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud.

"Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan. Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini.

Gambar : Sekitar Kuliah Ust Azhar Idrus Di Istana Negeri Kubang Kerian





Gambar : Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan



Kes Rais : Blogger dipenjara 3 bulan

KUALA LUMPUR: Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati
 
bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

“Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,” katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukansatu perkataan yang boleh diterima.“Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,” katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: “Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham”.

Sedikit terkejut

Zabariah berkata jika tidak faham mengenai perintah mahkamah, Amizudin sepatutnya bertanyakan kepada peguamnya terutama apabila membabitkan kes pelanggaran perintah mahkamah.

Lagi Pemimpin Sabah Bakal Sertai Pakatan Rakyat ???

Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan akan berlaku lagi satu kejutan dari Sabah pada 12 Ogos ini.

Katanya, bakal menyaksikan seorang lagi pimpinan Sabah akan ‘menyertai’ Pakatan Rakyat bagi meneruskan perubahan yang berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)

Bercakap dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat, beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menjelaskan setakat ini perkembangan di Sabah sangat menggalakkan dan beberapa program penerangan dan majlis bersama pemimpin akan dibuat.

Ketika ditanya adakah lebih banyak kejutan selain penyertaan terbaru pimpinan Anwar berkata semua kejutan daripada rakyat.

“Yang penting dan saya ulang kejutan itu daripada rakyat. Ini kebetulan dengan judul buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi yang bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’.

“Kejutan itu adalah kebangkitan rakyat. Kebetulan beberapa tokoh turut serta. Kita bersiap sedia untuk menghadapi Umno pada PRU-13,” katanya.

Menurut Anwar beliau akan kembali ke Sabah bagi memenuhi undangan beberapa program di Kota Marudu dan Kota Belud.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan tindakan meninggalkan Umno-BN Sabah.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....