Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 20 Januari 2010

PKR Kuala Selangor Diketuai Khalid Ibrahim 'Lumpuh' Ramai AJK Letak Jawatan




MB S'gor nafi PKR Kuala S'gor pimpinannya lumpuh

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat cabang Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap "lumpuh" setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Malah menurut timbalan ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar, cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Bercakap kepada pemberita Rabu, beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lepas dan 18 Jan tahun ini.

Katanya mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.

Mereka mendakwa Abdul Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan "penuh kecelaruan" tanpa asas tadbir urus yang kukuh.

Arshad berkata sejak 14 bulan lepas, AJK cabang itu gagal mengadakan mesyuarat mengakibatkan tiada sebarang gerak kerja dan aktiviti parti dapat dijalankan.

Beliau berkata Abdul Khalid tidak mengambil inisiatif memperkukuhkan parti meskipun ada ahli bukan Melayu di Ijok dan Batang Berjuntai telah keluar parti.

Ketika diminta mengulas kenyataan Arshad itu, Khalid menafikan cabang PKR Kuala Selangor itu telah dibubarkan.

Bercakap kepada pemberita di sini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, beliau berkata tidak ada mesyuarat diadakan untuk membubarkan cabang itu.

"Pemilihan akan berlaku tahun ini untuk AJK baru pada Mac. Itulah sebabnya sesetengah nak berhenti," katanya.

Khalid berkata krisis seperti itu adalah satu perkara biasa kepada beliau.

"Mereka yang tidak sealiran dan tidak sehaluan lebih baik keluar daripada menyukarkan parti untuk diurus," katanya.

Khalid berkata bahawa pada awal 2007 PKR Kuala Selangor mempunyai tidak sampai 100 orang ahli tetapi sekarang bilangannya adalah 3,000 orang.

"Alasan hilang kepercayaan itu perkara biasa...ataupun ayat itu ditulis oleh Umno untuk dia (Arshad) cakap," katanya. Bernama

Demo Bantah Kedai Judi Haram



http://buletinonline.net/images/stories/berita20/demojudi3_.jpgKuala Nerus - Lebih 100 orang penduduk sekitar Kampung Batu Enam dekat sini telah keluar ke jalanraya dan menyatakan bantahan mereka terhadap dua buah kedai yang menjalankan operasi menjual ‘judi haram’.

Mereka telah berdiri dihadapan kedua-dua kedai 'ekor haram' yang terletak berhampiran jambatan Buluh Gading, setelah laporan dan makluman mereka kepada pihak berkuasa gagal menyekat operasi kedai tersebut.

Bantahan yang bermula jam 5.30 petang (hari ini) 20 Januari, 2010, berakhir sejam kemudian. BO


Hampir Sah: Pilihanraya DUN Perak Mac 2010.

Pilihanraya DUN Perak semakin hot. Zambry dan Najib sudah bertemu di Riyadh untuk membincangkan tentang pilihanraya DUN.
Zambry tak mahu DUN dibubarkan kerana takut kehilangan jawatan Menteri Besar. Najib sudah cuci tangan. Dia mau membersihkan imejnya di Perak dan mahu menyingkir Zambry dari jawatan Menteri Besar.
Semua orang tau, rampasan kuasa di Perak dirancang oleh Najib. Tiga ekor katak yang melompat, dibayar oleh Najib dan semasa perisytiharan mereka sebagai calon bebas, ketiga-tiga calon PR itu diapit oleh Najib.
Semasa mula-mula BN merampas kuasa di Perak, Najib telah berjumpa Sultan untuk menghantar nama Menteri Besar Perak pada pukul empat petang. Tetapi pada pukul enam petang, Pak Lah memintas perancangan Najib dengan mencalonkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Video:Lapan Lelaki Ditahan Berhubung Kebakaran Gereja




KUALA LUMPUR: Dua beradik dan bapa saudara mereka antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle Ag di Desa Melawati, Wangsa Maju di sini, baru-baru ini.

Kesemua mereka berumur antara 21 hingga 26 tahun ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi ini selepas 12 hari kejadian kebakaran gereja yang berlaku pada 8 Januari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam.

"Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pukul 3.30 petang, ketika menerima rawatan di hospital tersebut berikutan kecederaan di bahagian dada dan tangannya akibat melecur," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata susulan daripada penahanan lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu, polis kemudiannya menahan tujuh lagi lelaki di lokasi berasingan di sekitar Ampang, yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes tersebut.

"Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik tersebut yang berumur 26 tahun, manakala lima lagi adalah kawan mereka.

"Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di Desa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah," katanya.

Mohd Bakri berkata adik kepada suspek pertama yang ditahan turut mengalami kesan melecur di bahagian tangan kirinya dipercayai berikutan kejadian tersebut.

"Kesemua mereka bekerja dengan syarikat swasta antaranya sebagai kerani, penghantar surat dan kerja pejabat.

"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara," katanya.

Beliau berkata semenjak kes pertama kebakaran gereja di Desa Melawati dan beberapa kawasan lain, polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut.

Bagi kes gereja Metro Tabernacle Ag, katanya, polis Bukit Aman bekerjasama dengan polis Kuala Lumpur bagi menjalankan siasatan dan setakat ini polis tidak menemui kaitan kumpulan tersebut dengan pembakaran gereja lain yang berlaku di Lembah Klang.

"Kita minta orang ramai bersabar dan memberi peluang pada polis untuk menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan kita menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Jangan cuba kaitkan kumpulan yang ditahan dengan pembakaran gereja-gereja lain," katanya.

Mohd Bakri juga turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sama dengan melakukan tindakan yang boleh menjejeskan ketenteraman negara, kaum dan agama. -BERNAMA

Isu pasir: SPRM serbu pejabat Yaakob Sapari

SHAH ALAM, Jan 20 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakob Sapari di bangunan SUK di sini tengah hari tadi.

Pasukan lima anggota SPRM itu yang diketuai Superitenden Prem Raj Victor menyita beberapa dokumen berkaitan dengan perlombongan dan jualan pasir oleh kerajaan negeri.

Yaakob merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Sumber Alam dan Pembangunan Keusahawanan negeri.

SPRM juga mahu memanggil setiausaha eksekutif Yaakob, Hussein Ahmad ke ibu pejabat mereka untuk siasatan lanjutan.

Bagaimanapun kerajaan negeri hanya akan membenarkan beliau disoal siasat ketika waktu pejabat selari dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan sesi soal siasat hanya sah diadakan pada waktu pejabat.TMI

Husam nafi ada kaitan dengan Kickdefella


KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada blogger Kickdefella di dalam blognya.

Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi oleh penulisnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz terbabit.

“Kita ambil Kickdefella menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media. Kalau ikutkan blog dia...saya sendiri tidak puas hati. Tetapi dalam dunia blog, kita tidak boleh campur tangan dalam hak orang lain

GOSIP: Manohara Odelia Pinot mencari calon suami baru.

JAKARTA - Manohara Odelia Pinot (gambar) iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry telah membuka pintu hatinya untuk mencari calon suami, lapor akhbar RMBlitz semalam.

"Jika ada yang sesuai (jika terjumpa calon suami baru) kenapa tidak?" kata Manohara semasa ditemui di Jeruk Purut, Jakarta Selatan, baru-baru ini.

Menurutnya, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Mano di Indonesia tidak menetapkan syarat-syarat tertentu terhadap lelaki yang mahu menjadi bakal calon suaminya.

"Yang penting ialah dia menghormati Mano dan keluarga (Mano)," katanya.

Manohara yang berusia 18 tahun mengaku walaupun sudah didampingi ramai lelaki, dia masih belum menemui calon yang sesuai.

Bekas model itu menjadi popular selepas kisahnya didera oleh suaminya mendapat liputan meluas akhbar-akhbar di Indonesia. - Agensi

Giliran Para Guru Turun Ke Jalanraya?


COLA dan Elaun Rumah Sudah Pasti Akan Dipotong
KUALA TERENGGANU – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.
Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

OKU: Ketua Pesuruhjaya SPRM minta maaf kepada Karpal Singh




KUALA LUMPUR, 19 Jan: Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamad memohon maaf kepada Karpal Singh berikutan tindakan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dikatakan menghina orang kurang upaya (OKU).
Begitu juga Peguam Kanan Persekutuan Persekutuan yang mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadap OKU itu juga difahamkan telah memohon maaf.

Baru-baru ini, seorang Peguam Kanan Persekutuan didakwa mengeluarkan kata-kata menghina ke atas peguam Karpal Singh berkaitan dengan kecacatannya.

Mursyidul Am baru Ikhwanul Muslimun




Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

ARTIKEL SETERUSNYA DI SINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....