Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 Januari 2010

Isu Pas Selangor:Khalid disiasat lebih 2 jam, tiada keputusan


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad selesai mengemukakan keterangan lisan kepada jawatankuasa disiplin PAS berhubung dakwaan Dewan Harian PAS Selangor lebih dua jam tetapi tiada keputusan terhadap beliau hari ini.

“Saya gembira kerana mereka telah Imbang Penuhmemberi saya peluang untuk menjelaskan tentang kedudukan saya tetapi tiada keputusan dibuat kerana siasatan masih dijalankan,” kata beliau selepas lebih dua jam bertemu dengan jawatankuasa disiplin.

Gambar Terkini Dato Seri Nizar di Hospital


Keadaan Kereta Dato Seri Ir Hj Nizar yang terbalik di hadapan Hotel
Pandangan dari sisi

Kaji semula hubungan dua hala Malaysia-Mesir








PUTRAJAYA, 7 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendesak kerajaan mengkaji semula hubungan dua hala di antara Malaysia dan Mesir ekoran beberapa tindakan Kerajaan Mesir akhir-akhir ini yang dilihat mencabar kesabaran dan prinsip aqidah umat Islam di Malaysia yang mahukan rakyat Palestin dibela.

Desakan itu dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di pejabat Wisma Putra 1 siang tadi.

Gambar Kemalangan Kereta Datuk Sri Nizar





SUMBER IMEJ:Perak Ekspress&The Star

Anwar mohon tuntutan qazaf tidak dilengahkan lagi




KUALA LUMPUR, 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pagi ini untuk mendapat perintah terhadap Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (KPS) supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf.
Selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsudin Husin yang dinamakan sebagai responden pertama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Che Mat Che Min dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom dinamakan sebagai responden kedua dan ketiga.
“Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan di atas kesalahan jenayah qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997,” ujarnya dalam kenyataan media selepas memfailkan permohonan itu dan berharap tuntutan qazaf itu tidak dilengahkan lagi.

Isu Pas Selangor:Khalid hadap jawatankuasa disiplin PAS petang ini, Hasan Sabtu



PETALING JAYA, Jan 7 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan menghadap jawatankuasa disiplin PAS bagi memberikan keterangan lisan berhubung dakwaan dikenakan Dewan Harian PAS Selangor terhadap beliau, petang ini.
Seorang lagi pemimpin PAS dari Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula akan berbuat demikian pada pagi Sabtu ini.
Khalid akan hadir di ibu pejabat PAS di ibu negara pada pukul 3 petang manakala Hasan pula sekitar 9 pagi Sabtu ini.
Pengerusi jawatankuasa disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider pihaknya akan memberikan peluang kepada kedua-dua mereka untuk menjelaskan beberapa perkara berhubung tuduhan yang dikenakan.
Bagaimanapun beliau tidak menjangkakan dapat membuat keputusan hari ini juga bagi Khalid dan Hasan pada Sabtu ini.

Viva Palestina:Pengawal Mesir terbunuh, 10 rakyat Palestin cedera




Press TV

Pengawal Mesir terbunuh, 10 rakyat Palestin cedera

RAFAH – Tentera keselamatan Mesir dan rakyat Palestin bertempur di sempadan Genting Gaza semalam disebabkan kelewatan konvoi bantuan antarabangsa menyebabkan seorang pengawal sempadan negara ini terbunuh dan 10 rakyat Palestin cedera.

Isu Kalimah Allah: PAS memperlihatkan kesederhanaan

Oleh:Lim Hong Siang
PAS berjaya menampilkan imej yang "sederhana" ketika berdepan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah, berbanding dengan UMNO yang dianggap semakin "ekstrem" posisinya. Malah, pendirian yang diumumkan pada malam 4 Januari, selepas mesyuarat lajnah biro politik PAS itu menerima pujian daripada masyarakat bukan Islam.
PAS mengambil pendirian bahawa "penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi", tetapi mengingatkan bahawa "penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan", malah "dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat". 【Kenyataan media PAS
Pendirian sedemikian bukan sahaja meletakkan satu garis untuk membezakan antara PAS dengan UMNO, malah meletakkan parti komponen Barisan Nasional selain UMNO di satu kedudukan yang agak sukar. Misalnya, MCA dan Gerakan yang selama ini berkempen dengan "melabelkan PAS sebagai parti politik yang ekstrem", kini terpaksa berdepan dengan "sekutu" yang kelihatan lebih ektrem daripada "musuh".

Kecurian Enjin Jet F5E: Ramai Lagi Akan Didakwa


KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, ramai lagi yang akan didakwa di mahkamah berhubung kes kecurian enjin jet pesawat pejuang F5E yang dicuri dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dua tahun lalu.

“Ya, jika saya dapat bukti ada lagi yang terlibat, saya akan dakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan para pemberita sama ada terdapat lagi suspek yang akan didakwa berhubung kes tersebut.

Malah Abdul Gani berkata, pejabatnya akan melihat sebarang kemungkinan untuk memperolehi ekstradiksi jika mereka yang terlibat di dalam kecurian itu berada di luar negara sekarang.

Hari ini, seorang sarjan TUDM dan pengarah syarikat telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan terlibat dalam mencuri dan menjual enjin pesawat itu ke luar negara.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....