Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 14 September 2010

Khairy Bidas Utusan

KUALA LUMPUR 14 SEPT - Keghairahan akhbar Utusan Malaysia mempertahankan Perkasa dibidas oleh pemimpin 'tuan'nya sendiri.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin hari ini mengecam tindakan akhbar milikan parti itu yang mendedikasi satu muka surat penuh mempertahankan NGO itu dalam akaun 'twitter'nya.

"Sebuah surat khabar perlu diingatkan siapa pemiliknya," tulis Khairy kira-kira lapan jam lalu dalam akaun twitternya yang diikuti 13,919 pengguna laman web sosial itu.

Beliau juga menambah: "Saya menyokong perubahan ke arah media yang bebas dan bertanggungjawab tetapi dalam paradigma kini, saya tidak boleh menerima arah editorial akhbar ini."

Walaupun tidak dinamakan, kenyataan itu jelas ditujukan kepada Utusan Melayu hari ini yang mendakwa majoriti orang Melayu menyokong Perkasa serta membidas keputusan pimpinan parti itu supaya Umno menjauhkan diri daripada Perkasa minggu lalu.

Utusan hari ini turut menyiarkan temu ramah bersama Ketua Penerangan Kerajaan NPerak, Datuk Hamdi Abu Bakar yang mendakwa ada pemimpin Umno 'syok' sendiri dan tidak memikirkan masa depan parti.

Kenyataan sinis itu mungkin ditujukan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansur dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengkritik hebat peranan Perkasa.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempertahankan NGO itu dengan mengatakan hubungan UMNO - Perkasa akan mengelakkan kehilangan sokongan orang melayu pada Pilihanraya Umum akan datang.

Kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri yang menguar-uar slogan '1 Malaysia' dilihat rakyat marhaen sebagai tidak berkesan apabila Perkasa yang dipimpin Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali terus mencetuskan ketegangan antara UMNO dan parti komponen BN lain seperti MCA dan MIC.

Malah 'perceraian' antara UMNO dan Perkasa dapat dilihat sebagai usaha menarik sokongan bukan Melayu kepada BN bagi persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Ibrahim Ali yang juga bekas ahli UMNO mendakwa beliau mewakili suara orang Melayu dan mempunyai lebih 50,000 ahli yang akan patuh arahannya apabila membuat undian dalam PRU ke-13.TVS

Laporan terkini kes bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya hari ke-3 : 14/9 /2010





BANTING, 14 Sept — Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira pukul 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.

Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu.

Peguam berumur 41 tahun itu merupakan seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan merupakan lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.

Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa. — Bernama

Perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan tidak boleh dicabar


KOTA BAHARU, 14 Sept — Seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada siding akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu. — Bernama

Video : Pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan

Pemilihan PKR : Anwar Enggan Terima Sebarang Pencalonan


SHAH ALAM 14 Sept - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.

Disamping itu beliau mengingatkan ahli yang menjadi calon bagi jawatan parti agar patuh kepada etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu daripadanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata KEADILAN telah memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik dan memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.

“Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan,” kata beliau di dalam posting terbarunya dalam blog www.anwaribrahimblog.com hari ini.

Anwar juga berkata adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti dan menginginkan persaingan yang sihat.

Sebelum ini Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini pada 9 September lalu.

Cadangan ini lantas mendapat sokongan Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali yang mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya pada Pemilihan Parti 200 November depan.SK

Video : Bukti Tengku Faris Memang Raja Yang Berjiwa Rakyat




Timbalan Presiden PKR,Syed Husin dijangka kekal pendirian

Syed Husin: Jika pucuk kepimpinan terima, saya akan melepaskan jawatan ini.

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Senator Dr Syed Husin Ali dijangka menjernihkan persoalan mengenai persaingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi ini — dijangka kekal dengan pendirian tidak mempertahankan kedudukannya — keputusan yang dijangka menjadi penentu ‘kehangatan’ saingan kerusi nombor dua itu.
“Saya sudah membuat keputusan, jika tidak saya tidak akan memanggil sidang akhbar,” kata Syed Husin tetapi enggan menyatakan sama ada beliau sudah berkongsi keputusannya dengan pucuk kepimpinan.
“Soalan itu boleh ditanya esok (pada sidang media hari ini),” kata beliau.
Difahamkan pucuk kepimpinan parti sudah menerima pendirian beliau yang tidak mahu mempertahankan kedudukannya kali ini.
Sebelum ini Syed Husin pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan — Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing penasihat dan presiden parti sebelum mengumumkan keputusannya kepada umum.
“Jika pucuk kepimpinan terima, saya akan melepaskan jawatan ini,” kata Syed Husin dalam pertemuan awal tahun ini.
Syed Husin dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel, beberapa pintu dari ibu pejabat PKR.
Beberapa pihak berkongsi mesej Twitter sebab Syed Husin memanggil sidang media untuk mengumumkan pendiriannya.

Laporan terkini kes bunuh/bakar Datuk Sosilawati Lawiya




Kes Bunuh Sosilawati: Suspek dibawa ke lokasi dibunuh, polis temui jam pemandu

Pasukan penyelam Polis Marin hari ini meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut di sini.

Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Imbang PenuhSepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada pukul 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.

Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Apabila operasi itu dihentikan pada 7 malam ini, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Pasukan penyelam Polis Marin menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati, 47, (gambar) dan tiga orang lain.

Semalam polis menemui jam tangan mewah milik Sosilawati pada salah seorang suspek yang ditangkap.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....