Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 9 April 2011

Polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak



BATU NIAH: Sebaik sahaja Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berakhir 6 April lalu, polis semakin galak mengganggu program ramah mesra yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim..
Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena.
Gangguan polis itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Polis kemudian membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan tetapi dihadkan kepada 15 minit sahaja.
Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, di DUN Semariang dan Satok minggu lalu.

Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman.“Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini,” kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan.

“Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan,” sindir Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin.
Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi.
Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi DUN N61 Bekenu.
Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai,Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari.Keadilandaily

SPRM VS Kastam,Apa Kata Mereka...



SPRM kata,kami jumpa jutaan ringgit dalam akaun pegawai2 Kastam...


Dipetik Dari The Malaysian Insider...

KUALA LUMPUR, 9 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.
Akhbar The Star dan Utusan Malaysia melaporkan bahawa pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.
“Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.
“Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam,” kata sumber itu.
Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada Rabu lalu.
“Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.
“Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara,” katanya.
Seramai 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat termasuk seorang wanita ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.
SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.
Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.
Bagaimanapun kesatuan dan persatuan pegawai kastam mempertikaikan operasi dan siasatan SPRM.

Solat hajat bersama Tok Guru Nik Aziz malam ini


KUALA LUMPUR, 9 April: Markaz Siswazah Kelantan (MSK) menjemput seluruh mahasiswa Kelantan di seluruh kampus di Lembah Klang menghadiri majlis solat hajat bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Stadium Melawati, Shah Alam, malam ini.

Program yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam ini akan bermula dengan minum petang disusuli dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan berakhir dengan ucapan beberapa pimpinan Kelantan.

Selain Nik Aziz, pimpinan yang akan hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.

Maklumat lanjut dan pendaftaran awal, layari http://himpunanmahasiswakelantan2011.blogspot.com atau melalui SMS dengan menaip HAMKA
NAMA KAMPUS send ke Zul Amirul (013-3196286) atau Faradila (013-2001925).

Gambar : 10 000 Penduduk Miri Banjiri Ceramah PR,Beri Isyarat Untuk ' Ubah Sarawak '

Semangat penduduk Miri untuk merubah begitu bernyal-nyala
Pimpinan bersemangat mempromosi manifesto PR Sarawak
Kehadiran pimpinan Pakatan khususnya Anwar sentiasa dinantikan rakyat Miri

MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi.
Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah.
“Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi.

Video : Ceramah DS Anwar & DS Nizar Di Sarawak









Rahim Thamby Chik ‘kalah’ kali kedua

TANJUNG KARANG: Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul menyifatkan salah seorang dalang trio ‘Datuk T’, Tan Sri Rahim Thamby Chik kalah kali ‘kedua’ berturut-turut kepada beliau, apabila gagal meyakinkannya Anwar terlibat dalam video fitnah.

Berucap di majlis pelancaran Buku Jingga di sini malam tadi, Johari berkata kekalahan pertama Rahim adalah semasa beliau tewas kepada Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan sebagai Ketua Pemuda Umno pada 1996.

Semasa itu katanya, beliau bekerja di bawah Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengurus kempen.

“Kekalahan’ kali pertama Rahim Thamby Chik kepada saya adalah sewaktu saya bertindak sebagai pengurus kempen kepada Menteri Pertahanan sekarang, Datuk seri Zahid Hamidi sewaktu zahid bertanding jawatan Pemuda Umno Malaysia,” kata Johari yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Zahid Hamidi kemudian berjaya mengalahkan Rahim Thamby Chik pada pemilihan itu, jelas Johari.

Dalam ucapannya, Johari berkata pengalaman beliau berada dalam Umno menjadikan beliau sedar bahawa kebajikan rakyat adalah agenda terakhir yang diperjuangkan parti itu.

“Budaya Umno, isu-isu kebajikan rakyat adalah “agenda lain-lain” dalam mesyuarat mereka,” kata Johari.

Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman video fitnah, yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan dan editor kanan terpilih di sebuah hotel 21 Mac lalu.

Bagaimanapun Johari menafikan sekeras-kerasnya lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar, malah menyifatkan tohmahan ini sebagai satu fitnah paling jahat dan dasyat yang dilakukan Umno, bertujuan menjatuhkan Anwar.

Menurut Johari, bentuk tubuh badan dan lenggok lelaki di dalam video berkenaan langsung tidak menyerupai Anwar seperti keadaan perutnya yang lebih buncit dan dadanya yang lebih berisi.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....