Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 24 September 2012

DS Anwar Perjelas Isu Jet Peribadi

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik 'rakannya'.

Menurutnya, rakannya itu meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.

“Pemilik jet itu membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kata Anwar lagi, sebelum menggunakan jet peribadi itu, beliau bertanya dahulu kepada pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) 'rakannya' itu menafikannya.

“Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, “katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa jet tersebut berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Katanya lagi, jet tersebut digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur.SH

PRU 13 : Artis Aishah Mungkin Bertanding atas Tiket Pas ??

 Antara peminat dan orang ramai yang datang berdialog dengan Aishah

BUKIT MERTAJAM: Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik.

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.

"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.

Ketua pemuda Umno parah ditikam

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

“Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.

“Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.

“Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah,” katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.

Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.

“Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. — Bernama

Foto Berbicara : Antara Bini Pemimpin Malaysia Dan Isteri Kerabat Diraja Brunei

 "Isteri Najib,Rosmah Mansor (kanan) bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud (dua, kiri) dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib hadir pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini di Istana Nurul Iman.Foto Bernama.


Hanya bini PM Malaysia dan bini Taib Mahmud lain dari yang lain... mintak Rosmah lihat sekeliling!!Sultan Brunei juga tidak dayus... menjaga aurat tanggungannya....


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....