Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 11 Februari 2010

Rampasan Kuasa Perak : Kajian Zentrum Menunjukkan Rakyat Masih Bersama Nizar Dan Pakatan


KUALA LUMPUR : Walaupun mahkamah memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun sokongan dalam bentuk peratusan undi rakyat di negeri itu masih memihak kepada Mohammad Nizar, demikian kata Pengasas Zentrum Future Study Malaysia Dr Abu Hassan Hasbullah.

"Ulasan media perdana ke atas isu-isu mahkamah membabitkan Anwar dan Mohammad Nizar tidak akan banyak menukar pola pemikiran rakyat terhadap Pakatan Rakyat," kata beliau ketika ditemui erapakatan.com baru-baru ini.

Beliau turut merujuk kepada lebih 60 peratus undi popular yang menurutnya masih jelas memihak kepada pakatan pembangkang itu.

Anwar beri amaran, MP Zul tetap mahu Pakatan ‘gugur’ DAP


KUALA LUMPUR, Feb 11 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dihadapkan kepada lembaga disiplin terus mengulangi kenyataannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) perlu mengkaji semula hubungan dengan DAP, salah satu komponennya atas sembilan alasan termasuk pendiriannya memperkenalkan konsep “Middle Malaysia” bulan lalu.
Zulkifli menyatakan pendirian itu meskipun semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PR berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan merujuk beliau kepada lembaga disiplin sekali lagi kerana mengkritik DAP dalam siaran langsung program Soal Jawab Isnin lalu.
Kata beliau tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, cauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman dalam PR.
“... dan bertentangan dengan dasar dan matlamat reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, khususnya oleh Datuk Seri Anwar,” katanya.

Kapal Selam Malaysia " Boleh Menyelam,Tapi Tak Di Benarkan Menyelam "




KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.

"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."

"Kita mengesan kecacatan pada 17 Januari lalu semasa ia timbul. Ia boleh diperbaiki sekali gus menjalani ujian air tropika pada 18 Februari ini selepas mendapat sijil kelayakan," katanya pada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar The Malay Mail semalam yang melaporkan kapal selam berkenaan gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kerosakan itu dikesan ketika ia dilabuhkan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.

"Ia adalah kecacatan biasa dan berlaku pada sub-sistemnya, dan bukan sistem utamanya.

"Bagaimanapun, kita ingin memastikan ia benar-benar okey dan tidak membahayakan anggota TLDM yang mengendalikan kapal itu," jelasnya.

Abdul Aziz berkata, anggota-anggota TLDM beria-ia dan bersemangat tinggi untuk menjalani ujian air tropika apabila ia diperbaiki sepenuhnya.

KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.

Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.Mstar

Najib Boleh Hilang Jawatan Tanpa Undi Tidak Percaya





P
rofesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,” katanya. _TVS

Video&Gambar : Kereta " 1Malaysia Lotus F 1 Team "





PELUMBA Malaysia Fairuz Fauzi memandu Lotus F1 dalam percubaan pertama di litar Silverstone kelmarin. Ini merupakan kali pertama kereta Lotus F1 muncul selepas 16 tahun.Mstar
Company Name: 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd
Team Name: Lotus F1 Team
Country: Malaysia
Team Principal: Tony Fernandes

Driver : Hekki Kovalainen,Jarno Trulli
Test Driver : Fairuz Fauzy

Apakah berbaloi bagi Malaysia menyertai Sukan termahal dunia ini.Tepuk dada tanya selera.Terserah kepada pembaca untuk menilainya...

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

80.8% rakyat Kelantan tolak wang ehsan


KOTA BHARU, 11 Feb: Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.

Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.

Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.

Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.

Gambar : Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia



Daripada sumber yang boleh dipercayai, saya dapat tahu yang Sultan dapat membeli kereta tanpa dikenakan sebarang cukai(memang ada peruntukan sebegitu). Kalau ikutkan deretan kereta mewah seperti di bawah, faham-faham jela tax kat Malaysia ni berapa, jadi mereka beli kereta mewah ini  tidak sama harga dengan orang biasa beli. Lagipun sultan diberikan keistimewaaan mendapat 1 AP kereta setiap tahun.
Asyik-asyik politik dan isu semasa. Okey, kali ini  saya nak kongsikan beberapa gambar yang tersimpan  yang mana memaparkan koleksi kenderaan mewah yang dimiliki orang kenamaan(VVIP) di Malaysia.

Kereta Rasmi Memanda Menteri
Land Cruiser Khairi Jamaludin(KJ)

Hummer ini milik Bos Mutiara Motors Datuk Md Kemin

Video : Pesanan Dato Seri Nizar kepada rakyat Perak




Malam selepas keputusan Mahkahmah 9 Februari, DSN berpesan kepada semua rakyat supaya bertenang dan jangan timbulkan sebarang provokasi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....