Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 14 Mac 2012

Video : Isu Israel gamatkan Sidang Parlimen


Sidang Parlimen hari ini kecoh apabila Menteri Luar Datuk Anifah Aman hanya membaca sebahagian kenyataan Anwar berkaitan isu Israel dalam Asian Wall Street Journal : “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel).

Sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disebut.Ini menimbulkan kemarahan Ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat.

Ribut sudah reda, MB yakin kekalkan Kedah

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu mengekalkan Kerajaan Negeri pimpinan perikatan tiga parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan ada kekuatan Pas dan dua lagi rakannya dalam PR serta sokongan rakyat yang diterima selama ini."Insya-Allah, kita akan terus mengekalkan kuasa di Kedah.

"Ribut dalam cawan pun dah reda dan selesai. Begitu juga banjir pun dah surut," kata beliau secara kiasan kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengenai kemungkinan mengadakan pilihan raya awal di Kedah atau serentak dengan pembubaran parlimen seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk semua negeri ditadbirnya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata:

"Kita tengoklah macam mana nanti. Kalau saya rasa boleh menang, tidak mustahil saya adakan pilihan raya dengan segera atau dalam tempoh terdekat ini."Tetapi jika saya rasa tidak boleh menang lagi, saya akan lanjutkan tempohnya," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala-galanya terserah kepada kuasa ALLAH untuk menentukannya."Dengan izinnya, saya boleh kekal berkuasa di Kedah. Segalanya boleh berlaku. Mungkin juga selepas ini ada orang lain pula yang berkuasa.

"Dahulu saya jadi pembangkang di Kedah dan tidak pernah termimpi untuk menjadi kerajaan. Siapa sangka sekarang dah jadi Menteri Besar," katanya.Diminta mengulas lanjut mengenai mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU13 peringkat pusat, Azizan berkata, segala-galanya terserah kepada Pas Pusat untuk menentukannya.

"Saya hanya ikut arahan Pas Pusat. Kalau mereka kata kita adakan pilihan raya serentak dengan negeri lain, saya akan patuh."Jika mereka kata kita buat secara berasingan, saya akan akur. Biarlah mereka berbincang dengan rakan PR lain dan buat keputusan muktamad. Kita hanya ikut apa yang sudah dipersetujui dalam perbincangan itu kelak," katanya.

Bagaimanapun, Pas Pusat akan mendapatkan pandangannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad kerana lebih mengetahui keadaan di negeri ini."Mereka mesti tanya kepada saya sebab saya berada di medan perang. Saya lebih tahu kedudukan dan keadaan semasa di Kedah," katanya.

Ditanya mengenai sokongan akar umbi terhadap pemerintahannya, Azizan yang juga Adun Sungai Limau berkata, setakat ini ia amat menggalakkan dari setiap peringkat dan lapisan rakyat.

"Setiap kali turun padang, saya dapat lihat sokongan itu. Mereka beri sokongan padu kepada saya dan Kerajaan Negeri."Sambutan yang menggalakkan. sampai nak minum kopi secawan pun tak habis sebab ramai sangat yang mai jumpa dan beri sokongan. Sampai kopi sejuk dan tak sempat nak minum," katanya.SH

[Video] Ust Azhar Idrus : Bila Pilihanraya ? Ust Undi Apa ?

Shahrizat dicabar pulang ke Pulau Pinang

PULAU PINANG, 14 Mac: Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dicabar meletakkan kedua-dua jawatanya serentak bukan hanya dalam kerajaan sahaja sekaligus bertanding di mana-mana parlimen di Pulau Pinang bagi mengukur pengaruhnya masih diterima atau tidak.

 Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak ketika sidang medianya pagi tadi menegaskan, bagi KMPP jika Shahrizat menang sebagai ahli Parlimen bermakna beliau masih kuat.

"Sharizat kena lepas kedua dua jawatan penting itu bagi menampakan slogan melalui teladan," jelasnya pada media.

Sebagai NGO Melayu di Pulau Pinang sambungnya, perasaan malu terus terpalit kerana kenyataan Shahrizat kononnya peletakan jawatannya demi parti dan kerajaan.

Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada hakikatnya bukan peletakan jawatan sebagai menteri  sebaliknya tamat tempoh sebagai Senator pada 8 April depan.

KMPP, tambahnya mendapati cara Shahrizat bertindak umpama melepaskan batuk di tangga dan sekiranya masih berada di kerusi tertinggi Wanita Umno 'gred liabiliti' terhadap Umno akan bertambah.Hrkh

Video : Sidang Parlimen Kecoh Bila Najib Elak Jawab Soalan

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Di Majlis Perkahwinan Malek Nor




Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....