Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 15 Januari 2012

Ugut Najib Di Facebook.Pelajar USM Ditahan Polis


GEORGETOWN - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.

Antaranya penuntut itu menulis, "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah.

"Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong," katanya dalam kenyataan media hari ini.Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.SH

PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa termasuk DAP


KUALA LUMPUR, 15 Jan — PAS menegaskan parti itu tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana pihak termasuk parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP seperti yang didakwa.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala masalah diselesaikan dengan baik.Menurut Ahli Parlimen Marang ini, konsep ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya dikuasai oleh Umno.

“Mereka kata kita berpakat dengan DAP yang kononnya anti-Melayu, tetapi Umno pun berpakat dengan MCA yang terang menolak hudud dan MIC.

“Kita tidak tunduk-menunduk antara satu sama lain, tidak seperti MCA yang tunduk kepada Umno, Umno tunduk kepada MCA dan MIC yang tunduk kepada Umno dan MCA,” katanya ketika berucap pada program Rapat Rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ketiga di Alor Setar, Kedah.

Dipetik Sinar Harian, Hadi (gambar) berkata Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mewakili umat Melayu Islam dan memerintah negara ini sejak merdeka seharusnya menunjukkan sifat-sifat pemerintahan Islam.

“Mereka seharusnya menjadi contoh pemimpin Islam unggul, tapi ada pemimpin Umno yang buruk perangainya,” katanya.

Beliau turut mendesak kerajaan supaya memperkasakan bahasa Malaysia serta menjadikan kelebihan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai daya saing tambah negara.

“Bahasa Malaysia terus dihimpit, sepatutnya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di negara ini dan jadikan bahasa lain sebagai aset, tetapi hari ini keadaannya jauh berbeza,” katanya.TMI

Video : Ceramah Mat Sabu Dan DS Anwar Di Kedah

Ceramah Mat Sabu di Kampung Baru Pokok Sena Kedah :




Ceramah Anwar Ibrahim di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Alor Setar Kedah :



Exco Selangor : Presiden PAS putuskan pengganti Hasan Ali hari ini

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membuat keputusan hari ini calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor esok.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Semalam, Dewan Harian PAS Pusat bermesyuarat di Alor Setar. Antara topik yang dibincangkan adalah pengganti Hasan Ali.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam tadi Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.Media hari ini menyiarkan keputusan Hasan itu.

Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Ceramah Rapat Rakyat Di Alor Setar




Panas !! Tok Guru Nik Aziz Dedah Tawaran Sertai Umno

ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal.

Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Mereka ini datang tanpa malu, dan mengaku wakil pemimpin tertentu, ada juga mendakwa mereka tidak mewakili mana-mana individu," kata beliau pada sesi penggulungan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.

Beliau yang secara konsisten menentang usaha ke arah kerajaan perpaduan menegaskan: "Saya tidak akan membiarkan Pas dikhianati."

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas komited bersama dengan DAP dan PKR sehingga PR mendapat mandat menjadi kerajaan.

Katanya, beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku pada tahun 1977 apabila dikhianati lalu bertindak keluar daripada kerajaan campuran Umno dan BN ketika itu.

"Ketika mereka mengajak semula sertai Umno, saya berkata cis. Saya tahu anda semua siapa. Tak perlu untuk menyatakannya.

"Saya yakin penggabungan yang ditawarkan itu pasti mereka mahukan 'pulangan', jika tidak kenapa ia berlaku," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, dalam politik pelbagai ragam akan berlaku.
Oleh itu, katanya, terpulang kepada indivdu terbabit untuk menyuarakannya.

Tambah beliau, jangan mudah terpengaruh dengan apa jua tawaran kerana "kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku."SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....