Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 11 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:PRK Permatang Pasir,calon Pas 14 ogos


Basiron Abdul Wahab

BERA,11 Ogos (Hrkh) - Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak.


Demikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.

Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.

Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.

Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.

"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya. - mks. _harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Umno bertanggungjawab keselamatannya-Anwar



PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

"Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya," kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini sebentar tadi.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut "perkaumman."

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Semalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Muhyiddin itu.

Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.

Kumpulan itu berhimpun kirakira sejam setengah dengan membawa beberapa sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin serta menyelar Anwar.

Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.

Yang Dipertua DPMP, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, angkara Anwar sejak kebelakangan ini menghakis perpaduan orang Melayu dan kaum di negara ini.mstaronline

Zamri lawan Nizar:Saudara dua negara,dekat tapi jauh

Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi mengingatkan ambo pada peristiwa yang begitu mengguris perasaan yang berlaku pada bulan ramadhan 2 tahun lalu.Dalam kita begitu sibuk dengan kes Beng Hock,kita tidak seharusnya lupa pada saudara sebangsa dan seagama kita di seberang sempadan sana yang teruk di tindas oleh pihak berkuasa mereka.Sehingga kini keadaan di sana masih tidak menentu.Di manakah kita?dan apakah tindakan kita?
Walaupun hanya sesudu darah Pattani mengalir dalam tubuh Ambo,tapi menjadi kewajipan Ambo mengingatkan kembali kepada kita semua tentang penderitaan mereka.Apakah sumbangan kita?hulurkanlah sekurang kurangnya kiriman doa untuk mereka semoga Allah memperteguhkan dan menyelamatkan imam mereka dari dugaan yang maha hebat ini.Catatan dibawah ini Ambo perturunkan kembali ketika ramadhan bakal menjelma untuk renungan bersama dan sedikit sebanyak mungkin ada kaitan dengan peristiwa yang berlaku.AL FATIHAH untuk mangsa mangsa kekejaman di selatan Thailand.






Hj Harun bersama isteri,saudara kami dari Pattani Selatan Thailand
Meraikan saudara yang jauh tapi dekat di hati kami
Menceritakan perjalanan hidup masing2 setelah hampir 11 tahun tidak berjumpa


Hari ini merupakan hari yang agak ceria bagi ambo sekeluarga terutama mertua ambo kerana dikunjungi saudara kami dari negara jiran,Thailand.Mereka tinggal di Kg Hutan Berangan Wilayah Pattani Selatan Thailand.Kunjungan ini adalah demi memelihara perhubungan kekeluargaan yang telah sedia terjalin.Perjalanan dari rumah mereka di Selatan Thailand ke Besut lebih kurang sejam setengah.Secara logiknya mereka dipisahkan dengan kami di Besut cuma sejauh perjalanan dari Besut ke K.Terengganu.Tapi jaraknya terasa terlalu jauh bagi kami akibat dipisahkan sempadan dua negara.Inilah kesan daripada tindakan penjajah British yang memisahkan umat melayu islam di dunia melayu kepada beberapa negara.Tujuan mereka tidak lain hanya ingin melemahkan kedudukan islam di alam melayu.Tindakan ini masih terasa sampai sekarang.Kita semakin jauh dengan saudara kita di seberang sempadan sana.Setahu ambo ramai penduduk Besut,nenek moyangnya berasal dari Pattani atau wilayah lainnya di Selatan Thailand tapi hubungan kekeluargaan terputus akibat sempadan dua negara.Moyang ambo sendiri menurut To'ki ambo juga berasal dari Pattani berhijrah dan berkahwin di Kelantan kemudian merantau dan tinggal di Besut.Tapi nasib keluarga ambo tidak sebaik mertua ambo yang mana hubungan kami dengan keluarga di sebelah sana terputus terus.

Berbalik kepada cerita keluarga mertua ambo,sudah sebelas tahun mereka tidak berjumpa.Kali terakhir mereka berjumpa,ketika mertua ambo berkunjung ke sana sempena perkahwinan salah seorang anggota keluarganya.Mereka mungkin generasi terakhir di kalangan keluarga mertua ambo yang masih meneruskan hubungan kekeluargaan dua negara.Jika suatu tindakan tidak di ambil,apabila mereka tiada nanti ambo rasa hubungan ini kemungkinan besar akan terputus terus.Menurut Hj Harun(2 pupu mretua ambo dari Pattani) ini mungkin kunjungan terakhirnya ke Malaysia akibat masaalah kesihatan dan pergolakan politik disana akhir2 ini.

Ya, kita makin melupakan saudara sebangsa dan seagama kita diseberang sana.Tercapailah cita2 musuh2 islam yang mahu melihat umat islam di nusantara ini terus lemah dan berpecah.Kita tidak lagi prihatin dengan nasib mereka,masing2 hanya menjaga kepentingan negara masing2 tanpa menghiraukan nasib saudara seagama disekeliling kita.Peristiwa di Takbai dan terbaru pembunuhan jemaah dimasjid Selatan Thailand seolah olah tidak mendatangkan apa2 kesan kepada kita,apakah tindakan kita? tepuk dada tanya selera.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT.

Zamri lawan Nizar:Isu arak,kata dua Pas Selangor

PETALING JAYA: PAS Selangor memberi tempoh sebulan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar memberi penerangan lanjut berhubung kawalan kendiri dan mekanisme berhubung isu jualan minuman keras di negeri itu, khususnya di kawasan majoriti penduduk adalah beragama Islam.

Sehubungan itu, PAS Selangor menegaskan, ia akan mengemukakan cadangan-cadangan yang ia fikirkan sesuai jika tiada sebarang kemajuan dalam tempoh sebulan ini.

"PAS Selangor sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh Menteri Besar berhubung kawalan kendiri terhadap jualan arak ini dan memohon agar Menteri Besarmemberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itubeserta mekanisma.

"Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya, maka PAS Selangor akan mengemukakancadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali dalam satu kenyataan berhubung pendirian pihaknya dalam isu jualan minuman keras di negeri itu.

Pendirian itu dibuat pada mesyuarat tergempar Badan Perhubungan PAS Selangor, Sabtu lalu.


KENYATAAN PENUHPAS SELANGOR

Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor, PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor initidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak sama adaindividu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umnodan Barisan Nasional.

Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yangpositif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinanrakyat terhadap isu ini.

Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatansendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengantuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.

Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah "total ban" ataularangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demimembentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Sebaliknya apa yangdituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Menteri Besar sendiri atau mana-mana Exco lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikanoleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebutdidapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

10 Ogos 2009

YB DATUK DR HASAN MOHD ALIPesuruhjaya PAS Negeri Selangor

mstaronline

Zamri lawan Nizar:Sinar kemenangan di Permatang Pasir

Oleh Ketua Pemuda PAS Pusat

1. Bulan Ramadhan adalan bulan suci dan mulia bagi Ummat Islam justeru ia adalah bulan ibadah sekaligus meletakkan hamba - hamba Allah yang beriman semakin dekat kepadaNya justeru Taqwa adalah ramuan utama untuk sajian sepanjang Ramadhan

2. Ramadhan juga adalah Bulan Jihad dan Bulan Kemenangan yang telah menyaksikan pelbagai peristiwa besar di sepanjang sejarah dan tamaddun Islam khasnya perang atau Ghazwatul Badr al Kubra yang berlangsung pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah




3. Ramadhan juga adalah bulan Nuzul al Quran sebagai kitab suci dan pekeliling khas yang diturunkan oleh Allah swt untuk memandu hidup manusia agar selamat di dunia dan akhirat
4. Ramadhan jugalah bulan yang menyaksikan segala ganjaran dilipat ganda buat insan yang muttaqin , pintu syurga yang terbuka luas untuk menanti sang pejuang yang ikhlas menegakkan perjuangan Islam dan kebenarannya , pintu neraka yang tertutup rapat agar tidak menjerumuskan hamba - hamba Allah yang berpeluang untuk memohon ampun dan taubat di atas dosa yang dilaku serta segala syaithan iblis yang menghasut dan mengadu domba akan dibelenggu .

5. Justeru Ramadhan adalah bulan yang paling damai dan kondusif untuk sang pejuang untuk beraksi semaksima mungkin guna mencari keredhaan Allah swt dengan seikhlasnya tanpa ragu dan teragak - agak akan pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah Rabbul Izzati .

6. Bukankah Ramadhan bulan yang diberkati segala amal , dirahmati segala aktiviti dan diperkenan segala munajat asal saja segalanya itu dipusatkan untuk mencari redha Allah swt . Inilah bulan yang menjadikan insan muslim mukmin muttaqin tampil gagah dengan ibadah puasanya sementara dibebankan ke atas musuh - musuh Islam rasa gerun dan tidak yakin terhadap keupayaan mereka untuk mendepani kemaraan tentera - tentera Islam .

7. Saff para pejuang Islam akan lebih kemas , bergaya dan perkasa turun ke medan justeru Ramadhan akan mendisiplinkan mereka dengan akhlak mulia , semangat kemanusiaan yang tinggi berpaksikan fitrah yang suci dan kesabaran yang mantap melepasi ujian yang dipraktis . Disiplin menjadikan saff para pejuang Islam akan kelihatan lebih kukuh dan mantap serta sukar untuk digugat .

8. Pemuda PAS dinasihatkan agar memaksimumkan peluang ini untuk meningkatkan segala keupayaan yang dimiliki untuk :

Pertama : Mendekatkan diri kepada Allah swt bagi mencari redhaNya dan sekaligus memudahkan nusrah dan maunahnya kepada perjuangan yang kita dokong ini .

Kedua : Mendekatkan diri kepada masyarakat khasnya pengundi agar mereka memberi sokongan padu kepada perjuangan kita untuk mengangkat martabat ummah serentak itu memperjuangkan islam agar mampu ditegakkan di atas tanahair kita pada satu masa kelak , Insyaallah .

9. Pemuda PAS diarahkan agar tidak leka dan lalai apalagi terjebak dalam perkara mungkar agar tidak dimurkai Allah Azza wa Jalla . Sebaliknya mendatangkan segala amal ibadah dengan penuh rasa ubudiyyah sesuai sebagai anggota Gerakan Islam .

10. Pemuda PAS adalah harapan dan sandaran Jamaah untuk membawa pulang kemenangan . Kemenangan buat ummah dan kemenangan buat perjuangan suci ini agar ianya terus gah dipersada politik tanahair . Sedetik kalian asyik dan seketika kalian lelap , bermakna kekalahan kian menghampiri kita dan kebinasaan menguasai kita . Ayuh Pemuda , di seluruh negara dan di mana sahaja anda berada , saya menyeru anda agar bangkit dengan segala keizzahan kalian sebagai Pemuda kebanggaan Rasulullah saw ! - daftar diri dan turun bertugas di Permatang Pasir , bantu perjuangan Islam ini agar ia tegak membela ummah !

Takbir ! Takbir ! Takbir !:::detikdaily

Zamri lawan Nizar:Loke nafi hina Kerabat,Islam


PETALING JAYA: Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook sama sekali menafikan yang beliau ada menulis artikel berunsur menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah serta agama Islam menerusi blognya.

"Saya dengan tegas menafikan tuduhan bahawa saya ada menulis artikel untuk menghina Sultan Perak, Raja Nazrin. Saya tiada sebarang pengetahuan tentang apa jua kandungan dalam blog http://sjsandteam.worldpress.com.

"Satu-satunya blog saya ialah lokesiewfook.blogspot.com," kata beliau dalam komennya pada blog Rocky's Bru hari ini.

Loke menambah, "saya tidak pernah menghasilkan sebarang tulisan yang menghina kerabat diraja, kaum Melayu ataupun Islam sepanjang hidup saya."

Oleh itu, tegasnya, sudah ada usaha untuk memfitnah Pemuda DAP dan diri beliau dengan menyebarkan pembohongan bahawa mereka anti-Islam dan antikerabat.

"Saya tidak tahu siapa di belakang blog itu dan saya tiada apa-apa kaitan dengannya," kata beliau lagi.

Loke menjelaskan akan membuat laporan polis hari ini untuk menafikan yang beliau terlibat dalam penerbitan artikel sedemikian.

"Saya berharap anda boleh menerbitkan penjelasan saya untuk menjernihkan keadaan," katanya.

Selasa lepas, Loke mengeluarkan kenyataanmembidas penceramah bebas Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang didakwa beliaubersifat perkauman.

Menurut Loke, kenyataan penceramah bebas itu yang merujuk taraf anak dalamkandungan tunang mendiang Teoh Beng Hock sebagai anak luar nikah adalahmenjejaskan emosi keluarga setiausaha politik kepada seorang exco kerajaannegeri Selangor itu.

Terdahulu pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak meminta pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berunsur hasutan terhadap seorang penceramah bebas oleh pemimpin muda parti pembangkang baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, jika didapati ada asas pihak yang terlibat boleh didakwa menerusi Akta Hasutan memandangkan kenyataan sedemikian boleh membangkitkan ketegangan di antara kaum.

"Dalam apa-apa pun kita ada undang-undang dan salah satu undang-undang itu adalah (Akta) Hasutan, dan hasutan ini bukan saja menghala kepada (agama) Islamtapi untuk semua agama dan kaum dalam negara kita.

"Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan maka tindakan boleh diambil di sisi undang-undang hasutan di negara kita,"kata beliau dipetik.mstaronline

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....