Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 14 Oktober 2011

Video : Mesti Lihat !!! Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud




Ucapan Sultan Brunei yang mahu Undang2 Syariah Islam yang didalamnya termasuk Hudud dilaksanakan di negara itu.

Brunei yang merdeka pada 1984 ( 17 thn ) sudah bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya undang2 Allah.Adakah Malaysia yang sudah merdeka selama 54 tahun masih belum bersedia melaksanakan Hudud ??? Tidak ...Umno memang tidak mahu hukum ini dilaksanakan.

Memetik Ucapan Tuanku Sultan Brunei " Siapakah kita dihadapan Allah untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu sedangkan undang2 ini bukanlah baru digubal,tetapi telah termaktub didalam Al quran dan Al Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih "...sayu,sebak pun ada.

Bertuahlah rakyat Brunei yang dikurniakan pemimpin yang benar2 takutkan Allah,takbirrrr !!! Allahuakbar !!!

Fitnah : Mahkamah Arah Utusan Bayar Khalid Samad RM 60 000

Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu.

Wakil rakyat Shah Alam itu menang dalam kes saman ke atas akhbar milik Umno pada 30 September lalu.Artikel itu bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut”, disiarkan pada September 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi Komersial Dr Prasad Sandosham Abraham mengeluarkan perintah kepada Utusan dan Ketua Pengarang kumpulan itu Datuk Abdul Aziz Ishak agar membayar ganti rugi kerana menyiarkan tulisan tanpa mendapatkan pengesahan berkaitan kandungannya terlebih dahulu.TMI

Hudud: Malaysia patut contohi Brunei


KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan Islam.

"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan syabas di atas kesungguhan dan ketegasan Sultan Brunei dan ia seharusnya dicontohi oleh Raja-Raja yang lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Kelmarin, Sultan Brunei yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di negaranya berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.
Siti Zailah turut berkata, sekiranya sesebuah negara Islam itu berjaya melaksanakan undang-undang Islam dalam negaranya, ia dengan sedirinya akan memartabatkan golongan istana kerana Sultan merupakan ketua agama Islam.

"Sekiranya terlaksananya undang-undang syariah ini ,ia sebenarnya akan memartabatkan lagi kedaulatan Raja-Raja yang menerima mandat yang besar ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Undang-undang syariah pelihara wanita

Sementara itu, menurut Siti Zailah juga, umat Islam khusunya golongan wanita tidak seharusnya ragu-ragu dengan pelaksanaan undang-undang Islam kerana ianya adil kepada semua.

Katanya, melihat kepada kejadian jenayah yang kebanyakannya melibatkan wanita, dan seolah-olah tidak terbendung lagi, amat sesuai jika undang-undang Islam dilaksanakan ketika ini.

"Undang-undang Islam ini adil dan memelihara maruah wanita itu sendiri.

"Selama ini kita melihat ekspolitasi terhadap maruah wanita, dan purata dalam sehari 10 wanita dirogol dan kes-kes yang melibatkan rompakan, ragut, simbah asid, kebanyakan mangsanya ialah wanita.

"Dengan adanya undang-undang Islam akan menimbulkan rasa gerun orang untuk melakukan kejahatan," katanya sambil berkata skop Mahkamah Syariah di negara ini sangat kecil iaitu merangkumi hal-hal kekeluargaan dan rumah tangga sahaja.

Di samping itu katanya, orang bukan Islam akan turut berasa selamat dengan keadilan undang-undang syariah ini.

"Secara kasar, golongan bukan Islam banyak memiliki harta kekayaan jadi dengan adanya undnag-undang syariah yang dapat membendung kejadian curi dan rompak, mereka rasa selamat dalam menjaga harta benda," katanya.Hrkh

Hudud : Pang Chaw Akhirnya Akur

Hu berkata beliau tidak membantah hukum hudud, hanya ketidaksesuaian membawa isu tersebut pada masa ini. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw, yang kini turut menjadi fokus polemik isu hukum hudud berkata, beliau akan “akur” dengan keputusan parti Islam itu jika diarah memberi penjelasan formal mengenai pendiriannya sejak kebelakangan ini.

Sambil berkata beliau belum menerima sebarang panggilan agar berbuat demikian, Hu dari Kelantan berkata, beliau juga telah menjelaskan pendiriannya kepada beberapa pemimpin kanan PAS tiga hari yang lalu.

“Saya akan ikut apa yang diminta... sebagai ahli parti kita kena menghormati peraturan parti, saya akan akur apa yang diminta (jika diminta memberi penjelasan),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi.

“Semasa saya menemui beberapa pemimpin kanan di bangunan Parlimen dua hari lalu (Rabu), saya sudah memberi penjelasan. Dan, mereka faham pendirian saya,” kata beliau tetapi enggan menyebut pemimpin yang beliau bertemu.

Dalam reaksi terbaru ini, kata Hu, beliau tidak membantah dasar hukum hudud, cuma “saya mengatakan bahawa kini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan soal melaksanakan pendekatan ini”, lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Saya tidak bantah hudud, cuma masa perkara itu dibawa dan dibincangkan tak sesuai... itu sahaja. Kita ada banyak isu penting untuk diketengahkan bagi mencari sokongan dalam pilihan raya,” kata beliau.

Laporan media malam tadi menyebut PAS akan memanggil Hu dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataan beliau berkaitan isu hukum hudud yang kembali menjadi bahan kontroversi.

Hu menjadi perhatian ekoran pendirian beliau dalam isu hukum hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan. Beliau mahu bukan Muslim dalam parti itu diambil kira pandangan mereka.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun ruang demokrasi dalam parti itu besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, anggota parti disarankan supaya menyelesaikan secara bermesyuarat di dalam parti.

“Tidak dinafikan, PAS sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudah pun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

“Jangan jadikan isu dalaman isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau terkejut dengan laporan akan dipanggil memberi penjelasan, Hu berkata, “tidak, sebab saya sudah lama dalam politik.”

“Saya akan akur, saya akan beri penjelasan. Terserah kepada parti untuk menentukan tindakan selepas mendengar penjelasan saya,” katanya lagi.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....