Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Jun 2010

Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha a/p Rama, Jadi Tumpuan


KOTA BHARU, 10 Jun: Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS, Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati apabila beliau sering mengaitkan agama dalam ucapannya.
Kerana semangatnya yang melahirkan rasa syukur berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam bersama kepimpinan ulama, kedengaran anggota perwakilan bertakbir.
Kumutha dalam ucapan penangguhannya menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul.Menurutnya, sebagai seorang muslimat etika perlu dijaga.
“Sebagai seorang muslimat kita kena sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,”ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan.

Mahkamah arah bekas tahanan ISA dibayar pampasan RM3.3 juta

PUTRAJAYA, 10 Jun – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan agar RM3.3 juta dibayar kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ditahan menyalahi undang-undang atas dakwaaan terbabit dengan pengeluaran permit dan pasport palsu kepada pekerja asing.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata mahkamah bersetuju dengan plaintif seorang ahli perniagaan Badrul Zaman P.S. Mohamed bahawa penahanannya di bawah ISA 1994, menyalahi undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.
Mohd Hishamudin dalam penghakimannya berkata mahkamah telah mempertimbangkan kos kecederaan terhadap reputasi plaintif dengan memerintahkan untuk membayar tuntutan ganti rugi am dan teladan dengan kos kepada beliau.
Beliau berkata setelah membaca dengan teliti autoriti itu, satu ganti rugi sebanyak RM20,00 sehari adalah adil dan saksama untuk dibayar kepadanya dengan mengambilkira fakta plaintif yang dialami semasa dalam tahanan.

Dr Hasan Ali Fail Saman Fitnah RM20 Juta

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hasan Mohamed Ali memfailkan saman fitnah bernilai RM20 juta terhadap empat defendan termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengandungi fitnah terhadapnya berhubung larangan berpolitik di masjid.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom dan dua syarikat akhbar, iaitu Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd dan Agenda Daily.Com Sdn Bhd.
Hasan Ali selaku plaitif memfailkan saman itu pada pukul 12.30 tengah hari hari ini, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi Tetuan Nazri Saad Associates.
Selain ganti rugi pampasan yang bernilai RM20 juta, plaintif turut menuntut ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan mahkamah, faedah, kos serta lain-lain relif yang difikirkan sesuai.
Plaitif yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan defendan turut memohon injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada melafazkan atau menerbitkan kata-kata yang memfitnahnya.

Gambar : Dr Asri Hadir Pada Muktamar Pemuda Pas


Semoga dibuka pintu hati Dr Asri untuk menyertai Pas dan sama2 memperjuangkan Islam melalui wadah yang sudah bertapak di Malaysia lebih dari setengah abad ini.Dr Asri mungkin hadir sebagai pemerhati atau sebagai Jemputan Khas dari Dewan.Entahlah ambo pun kurang pasti...

Gambar : Sekitar Majlis Perasmian Muktamar Dewan Ulama',Pemuda Dan Muslimat Pas

Putik,tempat berlangsungnya perasmian Muktamar Dewan2
Bilik Pameran...
Kaunter Pendaftaran
Perbarisan Unit Nisa'
Perbarisan Unit Amal
Pimpinan Pemuda Pas Pusat,antaranya Suhauzan,Ust Nik Abduh,Ust Misbahul Munir dan Ust Ridhuan

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....