Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Mac 2011

Samakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin,Laporan Polis Dibuat Terhadap Farahhana Jamaludin

Laporan Polis terhadap Farahhana dibuat Pas Kuala Kedah di Balai Polis Anak Bukit

ALOR SETAR - Kira-kira 20 ahli Pas Kuala Kedah membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Mohammad.

Laporan terhadap Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin( gambar kiri ) itu dibuat di Balai Polis Anak Bukit, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam.

Setiausaha Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, kenyataan Farhana bertajuk ‘Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?’ yang disiarkan sebuah akhbar mingguan 6 Mac lalu berniat jahat dan cuba menjejaskan imej Nik Abdul Aziz sebagai tokoh politik dan agama sejak hampir lima dekad lalu.

Menurutnya, kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz dan juga ahli Pas adalah golongan sesat yang perlu dibanteras seperti pengikut Ayah Pin di samping menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Kenyataan ini telah memfitnah Tuan Guru Nik Aziz sebagai orang yang mengangkat diri ke tahap yang suci dan tidak boleh ditegur seperti Ayah Pin.

“Sepanjang lebih 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Tuan Guru Nik Aziz sentiasa membuka pintu untuk berbincang dengan pelbagai pihak bagi tujuan mencari kebenaran dan dakwaan ke atas beliau adalah berbaur hasutan,” katanya sewaktu ditemui :Sinar Harian sejurus selepas laporan polis dibuat.

Ridzwan berkata, tindakan akhbar berkenaan yang memberi ruang kepada kenyataan provokatif ini juga amat biadab yang boleh terus menimbulkan pergeseran dan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

“Kedua-dua pihak (Farahana dan akhbar berkenaan) perlu disiasat berkenaan dengan kenyataan berbaur hasutan dan menjurus kepada permusuhan.

Himpunan PGU 2 Di Besut,Pas Edar Pelekat Motosikal Dan Kereta

KUALA TERENGGANU - Sembilan hari menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno' (PGU) Kali kedua akan diadakan, PAS Terengganu mengedarkan pelekat motosikal dan kereta berlogokan PGU secara percuma.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut (gambar), ia akan diedarkan di tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Besut, di mana PGU 2 akan diadakan, Parlimen Kuala Nerus dan Parlimen Kemaman.

Beliau berkata, edaran pelekat tersebut adalah bertujuan menyemarakkan lagi PGU kali ke 2 yang telah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemamn, pada Januari lalu.

"Ini pelekat kereta dan motor yang kita akan (mula) edarkan esok (Jumaat 11 Mac) (sebagai) usaha gempur kita bagi menyemarakkan, memberi awasan dan pemakluman kepada suluruh rakyat Terengganu tentang program (PGU2),"katanya ketika ditemui selepas mesyuarat politik d Pejabat Perhubungan PAS Khamis 10 Mac.BO

Bayar Tanah RM 1.4 Juta,Saifuddin Nasution Dedah Nama Ahli Parlimen Lompat PKR



KUALA LUMPUR, 10 Mac: PKR menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat kewangan ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa mampu membayar segala hutangnya secara tiba-tiba.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang merujuk kepada Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR Januari lalu mempersoal keupayaan kewangannya selepas keluar parti, sedangkan beliau sebelum ini diketahui mempunyai masalah kewangan.
Menurut Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang, Gobalakrishnan secara tiba-tiba dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah di antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd beralamat 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort, Kedah dengan Kumpulan Pertanian KElantan Bhd bernilai RM1,401,250,00.
Katanya, bayaran cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM7,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011 jelas menunjukkan kemampuan kewangan Gobalakrishnan yang secara berterusan menyerang PKR.
"PKR menggesa Lembaga hasil Dalam Negeri memulakan tugas 'bertanya khabar' keupayaan kewangan beliau yang membolehkan bayaran berjuta ringgit dibuat terhadap urusniaga ini. Dari mana sumbernya? Siapa yang 'bermurah hati' menolong? Urusniaga apa yang dilakukan beliau yang memungkinkan wang sebanyak ini diperoleh?
"Januari dan Mac 2011 adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah ahli Parlimen Padang Serai terhadap PKR. Ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1,401,250 untuk bayaran tanah ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Gobalakrishnan pernah menjual rumahnya sendiri, kedai kek isterinya terpaksa ditutup dan kesukaran menjelaskan pelbagai bil-bil lain.
Beliau tabah dan sabar menghadapi situasi itu sehingga memenangi kerusi Padang Serai dengan tiket PKR.
Namun dakwa Saifuddin, Gobalakrishnan mula berubah apabila tiga tahun bersama PKR akibat masalah kewangan dan beliau mua tidak berpuas hati akibat tidak dilantik menduduki jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri yang difikirkan menjanjikan pulangan lumayan.
PKR tegasnya mengulangi pendirian bahawa pengkhianatan keluar parti sejumlah ahli-ahli Parlimen PKR didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh mereka jika kekal dalam PKR.
"Kerana dorongan inilah ramai tewas. Ralatnya mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan khianat mereka.

Benarkah Mahathir Tidak Berkuasa Semasa Menjadi PM ???

KOMENTAR : Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “Doctor in the house”.

Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku “A doctor in the house” dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Semalam, ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....