Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 1 Mac 2013

[ KEMASKINI ] : Dua Komando Malaysia Dan Sepuluh Penceroboh Terbunuh Di Lahad Datu

 LAPORAN DARI BERBAGAI SUMBER :


KUALA LUMPUR 1 MAC: Beberapa orang terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu, menurut laporan media Filipina.(Gambar PhilStar.com)

Bagaimanapun tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.Akhbar The Philippine Star melaporkan, pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata, terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Sementara itu laporan Bernama menyebut dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu.
  
Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari ini.Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.
  
Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan, menurut wartawan Bernama di hospital itu.– Malaysiakini.

KEMASKINI 1

 Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.
  
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
  
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
  
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut - Bernama 

Video & Gambar : Sifat Mulia Tok Guru Nik Aziz Terserlah


BUKAN NIAT NAK MENGAIBKAN TETAPI SEKADAR MEMBERI PENCERAHAN MINDA MENCERITAKAN KISAH YANG BENAR.

Foto menunjukkan Tok Guru Nik Aziz mengimamkan solat jenazah arwah Zaidi Mohamad @ Zaidi Buluh Perindu, antara pendikir terkenal di Kelantan, yang meninggal pagi semalam.

Arwah dipercayai meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ketika sedang membuat persembahan di Tumpat dimana beliau sedang menyampaikan sebuah lagu khas untuk Menteri pertanian dan Asas Tani, Noh Omar yang menjadi tetamu DISINI.

Semasa hidupnya cukup kuat mengutuk Tok Guru Nik Aziz dan  Pas dalam setiap persembahan yang dianjurkan Umno.Tapi Tok Guru Nik Aziz tidak ambil pusing itu semua DISINI.Sanggup mengimamkan solat jenazahnya.SUBHANALLAH !!! ~ Tinta Hijau DKB

Antara video dikir barat yang mengutuk Tok Guru Nik Aziz dan Pas :

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....