Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 30 Oktober 2012

Tok Guru Nik Aziz Tak Layan Desakan Umno

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak khususnya pihak yang disifatkannya sebagai ‘Umno buangan’ yang tidak putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui pemerintahan negeri itu.

Mengulas lanjut, Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.

Katanya, sekiranya seorang pemimpin itu berkerusi roda sekalipun sebaliknya  tidak bermasaalah dengan idea atau pemikiran, ianya tidak mempunyai sebarang masaalah.

Menurutnya lagi, tugas menjaga negeri bukan hanya tertumpu pada Menteri Besar, sebaliknya turut menjadi tanggungjawab anggota-anggota exco kerajaan negeri juga.

“Bila Menteri Besar, bererti ada dia ni adalah ketua dan bila ketua pula tentu ada pegawai di bawahnya, bila orang gelarkan saya ni Menteri Besar, bererti ada menteri kecil,”ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS Kelantan masih memerlukan Tuan Guru untuk terus menerajui pentadbiran negeri.

PKR lapor polis, desak siasatan pembalakan haram MB N Sembilan

KUALA LUMPUR 30 Oktober: KEADILAN akan membuat laporan polis Khamis ini mendesak siasatan terhadap pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram yang dilakukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan.

“Sehingga kini Mohammad masih belum memberi sebarang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri. Oleh itu, saya dan pimpinan Pakatan Rakyat serta aktivis NGO akan membuat laporan polis di Seremban pada 1 November ini jam 3 petang agar siatan dapat dimulakan segera,” kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Mohammad perlu mendedahkan segera semua maklumat skandal konsesi pembalakan di negeri itu melibatkan kuota 4,800 hektar.

“Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini, berapa hasilnya kepada kerajaan negeri dan status hak milik tanah-tanah ini setelah diterokai.

“Sebaliknya jika keadaan ini tidak berlaku, KEADILAN akan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat ‘durian runtuh’ dari kegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka dengan pimpinan Umno BN,” kata Rafizi.

8,616 hektar hutan simpan dibatalkan status  

Menurut Rafizi, pendedahan tersebut berdasarkan Laporan Audit 2010 yang menegur kerajaan negeri berhubung penggantian kawasan hutan simpan.

“KEADILAN menyemak dokumen-dokumen rasmi secara jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan, mempunyai rekod paling buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang diambil untuk kegunaan lain.

Foto Berbicara : Umno Yang Bangang !!!


Lihat dengan mata kepala sendiri bukan nak mengata atau mencaci. Perangai UMNO yang cukup jijik apabila mempolitikkan Sekolah dan Surau serentak dalam satu masa disuatu majlis.

Seru pihak lawan supaya tidak menggunakan premis Sekolah dan rumah ibadat tempat menjaja politik tetapi berlaku sebaliknya.Kalau tak bangang bukan umno namanya.Sumber

Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini sasar 50,000 peserta

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.

“Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan,” kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.“Warna-warna tersebut terdiri daripada merah, kuning, hijau dan oren,” jelasnya.

Beliau berkata, warna kuning mewakili Himpunan Bersih yang menuntut lapan perkara, manakala hijau berkaitan dengan alam sekitar yang membantah projek Lynas serta Pengerang.

“Warna merah mewakili tuntutan royalti rakyat Kelantan, manakala oren mewakili tuntutan peneroka Felda. Jadi terserah kepada peserta untuk memilih warna baju untuk dipakai pada himpunan itu nanti,” jelas Mat Sabu dipetik Harakah.

Tambahnya, himpunan itu adalah ekoran sikap kerajaan yang masih tidak melayan tuntutan lapan perkara pada Himpunan Bersih sebelum ini termasuk membersihkan senarai daftar pemilih.

“Kita lihat daftar pemilih masih tidak dibersihkan sepenuhnya, terdapat terlalu banyak nama pengundi meragukan, sebab itu kita mengambil keputusan mengadakan himpunan ini bagi mendesak kerajaan memenuhi tuntutan kita,” tegasnya.

Program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu.

Isnin, 29 Oktober 2012

Tok Guru Nik Aziz Jawab Tohmahan Soi Lek

KOTA BHARU: “Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun.

“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru  Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

“Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

“Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat,” ujarnya.Hrkh

Semua Negeri Pakatan Tangguh Pemasangan Kamera AES

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.

“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu tanah.

Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang penggunaan kamera tersebut, kata Lim.“Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan.”

Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.“Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul,” kata beliau lagi.TMI

Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Di Selangor




Islam tergugat bukan kerana DAP

KUALA LUMPUR: Episod penghinaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuktikan tohmahan Umno selama ini bahawa DAP bahaya kepada Islam terbukti silap.

"Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Namun, katanya, senjata Umno untuk membiarkan  MCA yang diketuai oleh Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memperlekehkan Islam telah mengakibatkan senjata makan tuan.

Isu ini, katanya,  telah menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika  Pakatan Rakyat memerintah.

Bagi beliau, tindakan pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata.

Pertama hendak melihat supaya DAP melatah dan keluar PR.

Kedua untuk menarik sokongan orang Cina kepada MCA, kerana sokongan orang Cina kepada MCA dan Gerakan hampir sudah tidak ada.

"Pada mulanya pemimpin Umno mampu senyum walaupun penghinaan di hadapan pemimpin Umno kerana  demi kuasa dan sokongan undi orang bukan Islam.

"Sekarang pemimpin Umno sudah resah tektik ini tidak menjadi. Harapan untuk melihat DAP melatah tidak berlaku," katanya.

Manakala itu, tambah beliau, usaha untuk mendapatkan sokongan orang Cina masih tidak berhasil.

"Orang bukan Islam sudah memahami bahawa isu ini dibangkitkan untuk memancing undi dan memecahkan sokongan kepada PR," katanya.

Bagi Idris, semua fitnah ini dijawab dengan amalan bukan dengan ucapan oleh kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS.

Mereka sudah melihat keharmonian yang begitu terjalin sehingga tidak ada sikap prajudis dan penindasan atas nama agama dan kaum  selama 22 tahun di Kelantan.
Umno dan MCA hanya mampu gigit jari sahaja, kerana strategi  ini tidak menjadi.

Manakala imej Umno semakin tercalar di hadapan pengundi Melayu, seolah-olah Umno hanya seperti singa tua yng tidak ada gusi ketika MCA memperlekehkan Islam, sehingga Umno sudah berada di zon yang kurang oksigen untuk bernafas, tegas beliau.Hrkh

Ahad, 28 Oktober 2012

Gambar : Rumah Terbuka Aidiladha Tok Guru Nik Aziz

 YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan bergambar kenang-kenangan dengan rombongan pelancong dari Kuala Lumpur serta Pulau Pinang bersama DurianF.M


BN telah gagal dalam 6 ujian anti rasuah

MELAKA: BN telah gagal dalam 6 ujian anti-rasuah iaitu pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender tebuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, menggugurkan pemimpin BN yang hidup mewah, melindungi peniup wisel yang tulen dan berterus terang tentang sumbangan politik.

Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia kecewa kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul dan juga menolak dakwaan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Lagi satu kes, ujarnya adalah kehidupan luar biasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod.

“Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000,” ujarnya dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Melaka di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP mencadangkan enam langkah untuk membanteras rasuah.

Pertama, ujar beliau pengisytiharan harta secara terbuka hendaklah diinstitusikan.

Ini, katanya telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan seluruh barisan Exco negeri telah mengisytiharkan harta secara terbuka, malah diiktiraf oleh firma akauntan antarabangsa.

“Jika Pulau Pinang boleh melakukannya, kenapa Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan atau Ketua Menteri Sarawak dan barisan Exconya tidak boleh buat yang sama?” soal Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tutup Perniagaan Hari Jumaat,Titah Sultan Brunei Sempena Aidiladha

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei Darussalam telah bertitah supaya semua premis perniagaan ditutup sementara untuk tempoh solat Jumaat, Borneo Bulletin melaporkan.

Titah Baginda sempena Hari Raya Aidiladha ini menekankan agar diambil tindakan segera dalam usaha menegakkan imej Islam negara.

Baginda juga berkata sembahyang bukanlah perkara yang biasa kerana 'ia adalah tanda kesyukuran terhadap nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita.'

"Jika kita berterima kasih kepada Allah SWT di atas apa yang telah diberikan, Allah menjanjikan untuk memberi dengan lebih banyak, dan jika kita tidak lakukan, Allah SWT mempunyai hak untuk mengenakan hukuman ke atas kita."

Baginda turut bertitah bahawa bersyukur kepada Allah SWT tidak cukup dengan sekadar kata-kata sahaja kerana ia mesti juga mesti ditunjukkan melalui tindakan kita.

"Apabila kita mendapat kekayaan, kita mesti mengatakan 'Alhamdulillah' dan Allah yang Maha Berkuasa juga melihat bagaimana kita menguruskan kekayaan itu. Jika ia digunakan ke arah jalan yang benar, kata-kata syukur kita diterima, jika sebaliknya bukan sahaja ia (syukur) akan ditolak oleh Allah swt, tetapi kesengsaraan akan menunggu kita dan ini adalah keadilan Pencipta kami," titah Seri Baginda berkata.

"Setiap hari dalam kehidupan kita, kita menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT - udara segar untuk bernafas, bumi untuk kita tinggal dan air yang kita minum -  tanpa semua ini bagaimana dengan nasib kita?" tanya Baginda.

Baginda menambah bahawa semua orang mesti bersyukur kerana berkat dan rahmat ini serta mesti berazam untuk melihat ia berterusan sehingga ke generasi akan datang.

Calon: Pas dan DAP tak umum awal

SHAH ALAM - Pas dan DAP tidak akan mengikut rentak Barisan Nasional (BN) yang akan mengumumkan nama calon mereka dua minggu lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun pendekatan berbeza diambil oleh PKR, yang sudah pun berbuat demikian di beberapa kawasan secara tidak rasmi oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan yang lalu.

Pas, PKR dan DAP merupakan anggota Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, parti itu lebih selesa mengambil pendekatan tidak mengumumkan nama calon mereka lebih awal dan hanya berbuat demikian  jika perlu.

"Pas tidak akan umum kecuali perlu. Contohnya dalam kes Salahuddin Ayub yang akan bertanding di Johor. Umumnya memang kita tidak akan umum awal," katanya.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan calon Pas sudah maklum bahawa nama mereka akan dicalonkan di kawasan-kawasan tertentu dalam misi merampas Putrajaya pada PRU yang dianggap getir ini.

"Kita tidak beritahu secara menyeluruh. Secara umum mereka boleh agak (dicalonkan)," ujar beliau.

Diminta mengulas sama langkah BN yang berhasrat menamakan calon lebih awal, Mustafa berkata, "ada pro dan kontranya juga umum calon awal ini."

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, parti itu mungkin melakukan perubahan pada pilihan raya kali ini.

Beliau juga berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya.

“Saya akui memang ada kebaikan dan keburukannya. Kita kena membuat pertimbangan yang sewajarnya. Kalau difikirkan kebaikannya lebih banyak untuk menamakan calon lebih awal, maka terserahlah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membuat keputusan muktamad," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, parti itu tidak akan mengambil langkah sama seperti BN."Kita tidak akan terpengaruh dengan cara BN.

Rabu, 24 Oktober 2012

Video : Himpunan bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA



Pemuda Pakatan gesa Musa Aman jawab skandal RM40 juta

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Pemuda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Umno dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menjawab mengenai RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan untuk Umno Sabah.

Ia ekoran penafian Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam perbahasan Dewan Rakyat Isnin lalu dan mengatakan dakwaan itu adalah ‘imaginasi’ Pakatan yang berterusan mempertegas isu berkenaan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sejak tahun 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah sekalipun menafikan skandal tersebut.

“Apakah Umno Sabah bersedia untuk diaudit secara profesional untuk membuktikan penafian mereka?” soal Shamsul.

Beliau turut mempersoal kemungkinan wang RM40 juta tersebut sebenarnya adalah wang haram yang dialirkan kepada Umno melalui Yayasan Sabah menggunakan pemalsuan pelan kawasan pembalakan.

“Sekiranya wang tersebut merupakan wang Umno Sabah, apakah wang sejumlah USD90 juta yang didakwa dimiliki Musa dalam proses pembekuan aset oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland ke atas bank UBS, juga merupakan wang Umno Sabah?” soal beliau lagi.

“Bagaimana Umno Sabah begitu produktif menerima tajaan mencecah puluhan juta ringgit seolah-olah ada skandal tersembunyi di sebalik penindasan berterusan kepada rakyat Sabah,” kata Shamsul.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Pemuda Kebangsaan DAP (DAPSY), Anthony Loke dan Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria.KD

Ganjaran Kerajaan Kelantan Buat Pemain Bolasepak TRW

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini telah mengumumkan ganjaran menunaikan umrah kepada para pemain The Red Warriors (TRW) setelah berjaya menjuarai Piala Malaysia Sabtu lepas.
Keputusan kerajaan tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas mesyuarat exco bertempat di Pejabat Exco negeri sebentar tadi.

"Kerajaan Kelantan mengambil kira kesungguhan pemain dalam memastikan kejayaan pasukan Kelantan dan kita kira amat layak kerajaan memberi sebarang bentuk ganjaran dan kali ini untuk kali kedua kita telah memilih untuk memberi pemain untuk menunaikan umrah" ujar beliau.

Bagi pemain yang bukan beragama Islam pula, mereka akan diberi ganjaran berupa wang tunai.Sabtu lalu pasukan Bolasepak Kelantan berjaya mengalahkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 - 2, sekaligus menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, buat kali pertama juga kerajaan bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat tanda kesyukuran pada 3 November ini akan datang.Ianya akan melibatkan rakyat serta anggota pasukan TRW bagi meraikan kemenangan bersejarah itu.

" Kami harap peminat dan rakyat kelantan dapat hadir untuk menikmati jamuan rakyat yang akan diadakan di perkararangan stadium Sultan Muhammad ke IV nanti yang akan bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang" katanya lagi.

Selain Kerajaan Negeri, ganjaran lot tanah juga menanti pemain TRW yang akan disumbangkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ekoran kejayaan itu.

Difahamkan, setiap lot tanah itu bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000, dengan membabitkan kos keseluruhan mencecah hampir RM2 juta.Hrkh

Pakatan ulangi jaminan beri pendidikan percuma, hapus PTPTN dan tol

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) sekali lagi mengulangi jaminan akan mereformasi sistem pendidikan negara dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan mempunyai beberapa pendekatan untuk mengurus ekonomi antaranya mereformasi pendidikan, meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurus sumber dengan baik tanpa ketirisan.

“Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif. Caranya adalah mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN,” katanya dalam forum “Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH), kelmarin.

Rafizi berkata, untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Pakatan berhasrat melaksanakan gaji minima RM1,100 yang dijangka dapat melepaskan rakyat daripada garis kemiskinan.

Menurutnya, Pakatan juga akan mengurangkan kos sara hidup antaranya penurunan harga minyak, cukai kereta serta penghapusan tol.

“Sebahagian besar pendapatan rakyat dibelanjakan untuk membayar ansuran kereta, membayar tol dan minyak. Jika kita dapat mengurangkan beban ini kita dapat meningkatkan lebihan daripada pendapatan mereka,” katanya.

Selasa, 23 Oktober 2012

Kenyataan Penuh Permohonan Maaf Khir Toyo Pada Ronnie Liu

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo( gambar ) telah memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berkaitan tuduhannya yang mendapat Ronnie menyekat usaha menutup premis pelacuran.

Penyataan minta maaf ini dibuat Khir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Khir Toyo:

Saya, MOHAMAD KHIR BIN TOYO, dengan ini memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW , Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Pandamaran dan juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menyebabkan dicetak dan disiarkan di suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 sebuah Artikel bertajuk “Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam UrusanMenghapuskan Kegiatan Pelacuran ” di mana saya merujuk YB RONNIE LIU TIAN KHIEW sebagai telah menghalang pegawai-pegawai MPSJ dan polis dalam operasi menutup sebuah hotel di Puchong di mana saya gambarkan sebagai sebuah pusat pelacuran.

Saya juga memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW kerana terus menggambarkan beliau terlibat dalam kegiatan seumpama itu gambaran yang mana adalah tidak benar sama sekali.
Saya benar-benar menyesal kerana menyebabkan YB RONNIE LIU TIAN KHIEW mengalami kesusahan yang amat akibat penyiaran Artikel tersebut.

Saya dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadap beliau sepertimana terkandung dalam Artikel tersebut dan memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau.Hrkh

Khalid Ibrahim MB Selangor paling berjaya

SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.

Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.

“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menggunakan pendekatan fitnah atau berunsur negatif dalam memenuhi misi menawan

Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, sebaliknya mereka berhasrat menang berdasarkan fakta.

Beliau berkata, fakta itu boleh dilihat menerusi kejayaan empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah yang diterajui PR, sekali gus membuktikan mereka mampu mentadbir negara.Katanya, mengambil contoh Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri itu dikatakan menyediakan peruntukan kira-kira RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah.

Video : Ahli Parlimen DAP Pertahan Tok Guru Nik Aziz Di Parlimen




Semalam semasa sidang Dewan Rakyat, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dengan nada tegas bangun mempertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataan yang dibuat Timbalan Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang menuduh Nik Aziz membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", ahli parlimen Rasah itu menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang disokong Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap"."Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.Jalan Pulang

Video : Ceramah Mat Sabu Di Shah Alam




Ucapan Mat Sabu sempena Majlis Makan Malam PKR Selangor di Shah Alam Selangor pada 21/10/2012 lalu..

Sabtu, 20 Oktober 2012

Panas !! MT Umno terima laporan BN tumbang pada PRU13

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Motogp Sepang : Sejarah Tercipta,Pelumba Malaysia Bermula Dipetak Pertama


Tahniah !!! Sejarah tercipta apabila pelumba Moto 3 Malaysia,Zulfahmi Khairuddin akan memulakan perlumbaan di Motogp Sepang esok di petak pertama.

Zulfahmi mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia yang memulakan perlumbaan di petak pertama dalam kategori Moto 3 yang menggantikan kategori 125 bermula awal tahun ini.

Aku cuti berblog esok kerana akan berada di Sepang untuk menyokong Zulfahmi.Harap Zulfahmi dapat tempat pertama esok atau sekurang kurangnya podium.

Go Fahmi go...go 63 go...Berikut catatan masa kelayakan pelumba Moto 3 yang baru tamat sebentar tadi :

MALAYSIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX
Moto3 Qualifying Practice Classification 2012 
Sepang, Saturday, October 20, 2012

Pos. Num. Rider Nation Team Bike Km/h Time Gap 1st/Prev.

 1 63 Zulfahmi KHAIRUDDIN MAL AirAsia-Sic-Ajo KTM 221.2 2'13.885
2 94 Jonas FOLGER GER Mapfre Aspar Team Moto3 Kalex KTM 219.1 2'14.151 0.266 / 0.266
3 11 Sandro CORTESE GER Red Bull KTM Ajo KTM 219.8 2'14.599 0.714 / 0.448
4 96 Louis ROSSI FRA Racing Team Germany FTR Honda 214.9 2'14.681 0.796 / 0.082
5 39 Luis SALOM SPA RW Racing GP Kalex KTM 217.5 2'14.817 0.932 / 0.136

Video : Movie Trailer Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Di Sabah




Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim Di Sabah 12/10/2012

Hina Orang Asli : NGO Tuntut MB Pahang Mohon Maaf


KUANTAN – Gabungan Tukar MB Pahang (Tukar) tidak bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob yang didakwa menghina Orang Asli ketika berhimpun di pekarangan Wisma Sri Pahang, tiga hari lalu.

Penyelarasnya, Lee Chean Chung berkata, sebagai pemimpin, beliau seharusnya lebih terbuka serta tidak mengeluarkan kata-kata negatif yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

“Jika beliau (Adnan) marah sekalipun, tidak perlulah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Tindakannya itu seolah-olah tidak menghormati golongan bawahan.

“Mereka juga sebahagian daripada rakyat Pahang dan mungkin juga salah seorang daripada pengundi beliau. Jadi, mereka sepatutnya mendapat layanan yang sebaiknya,” katanya pada sidang media semalam.

Turut hadir, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang, Kamarul Hatta Mohamed Ali, Ahli Jawatankuasa Sunflower Electoral Education Developement (Seed) Pahang, Toh Chin Hong dan wakil Stop Lynas, Arumugam.

Video : Menarik !! Jom Tengok Dr Wan Azizah Masak Kek




Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini membawa kempen kesedaran ke atas peningkatan kes jenayah ke dapur rumahnya sendiri -- melalui demonstrasi memasak kek keju kepada sekumpulan kaum ibu.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Video : Gempar !! PM Jatuh Tersembam ketika Lawatan Ke India



PM Australia Julia Gillard jatuh tersembam ke tanah ketika lawatan ke India .Berita penuh DISINI.

KDN digesa umum siasatan kes anak Nazri

KUALA LUMPUR 19 Oktober: Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengumumkan hasil siasatan jenayah melibatkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Surendran mengulas kenyataan Hishamuddin di Parlimen bahawa  kejadian memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 dilakukan bekas pengawal peribadi Mohd Nedim Nazri, dan kes itu ‘diselesai secara baik’.

“Kenyataan itu terang-terangan menunjukkan Hishamuddin mengabaikan proses undang-undang dan integriti sistem perundangan jenayah,” tegas Surendran.

“Di bawah sistem perundangan kita, jenayah tidak boleh ‘diselesai secara baik’, ia boleh membawa kepada kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
Menurutnya, rakyat berhak tahu bentuk ‘penyelesaian’ dalam kes itu.

“Adakah ia melibatkan polis, Nazri atau Hishamuddin? Adakah keadilan wujud dalam penyelesaian tersebut?” soalnya.

“Paling penting, apakah hasil siasatan ke atas Nedim di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan? Hishamuddin sendiri tidak menjelaskan sama ada Nedim bersih dari tuduhan tersebut,” katanya lagi.

23 Mac lalu, seorang penyelia keselamatan kondominium mewah di Mont Kiara membuat laporan polis dan mendakwa dirinya diserang oleh Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz bersama pengawal peribadinya.

Ia bermula dengan pergaduhan kecil apabila Mohamad Nedim enggan memberi butiran dirinya sebelum memasuki kawasan kondominium itu, selepas diminta pengawal terbabit.KD

Husam Musa Bidas Kenyataan Bangang Menteri Umno

KOTA BHARU - “Kalau asyik tunggu pertimbangan, sampai bila Kelantan nak dapat lebuh raya” tegas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan pihaknya tidak pernah membatalkan projek pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, terdapat kekeliruan mengenai kenyataan Shaziman mengenai kos yang dikemukakan bagi jajaran 77 kilometer itu yang didakwa tinggi.

“Saya kurang jelas apa yang dinyatakan, mungkin, (pembaikan jalan Kota Bharu-Kuala Krai) jika itu maksudnya sudah tentu RM1.6 bilion itu besar jumlahnya, tetapi apa yang kita laksanakan ini adalah lebuh raya (baru), ia dua perkara yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin Shaziman ketika menggulung  Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat menyatakan, pihaknya tidak membatalkan projek itu sebaliknya menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding cadangan asal.

Terdahulu beliau mahu Kerajaan Kelantan menumpukan usaha menyelesaikan isu air bersih di negeri itu berbanding mengutip derma bagi membina lebih raya.

Husam berkata pihaknya tidak menunggu lebih lama untuk mengetahui pertimbangan Kerajaan Pusat kerana keperluan lebuh raya itu kini penting untuk rakyat Kelantan.

“Itu baru pertimbangan, belum tahu lulus tidak lulus lagi dan jika lulus pula berapa lama untuk memulakan projek itu,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Shaziman yang bersedia untuk memberi bantuan teknikal dalam pembinaan lebuh raya itu, Husam berkata, beliau tidak percaya dengan kata-kata sahaja, malah mahu menteri itu beri surat pengesahan kepada Kerajaan Negeri.

Semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berakhir Rabu lepas, Husam berkata, pihak kontraktor akan mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat itu selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku November dan Disember ini.SH

Soi Lek : Kenapa Umno Dan Perkasa Diam

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkenal dengan dua benda iaitu aksi lucahnya bermukah dengan perempuan yang bukan isterinya dan mempersendakan Islam terutama hukum hudud.

Terbarunya, konon menerima SMS tentang negara bakal kehilangan 1.2 kerja akibat hukum hudud kerana penutupan rumah urut, pusat judi, kilang arak dan tempat maksiat.

Kita melihat kesemua benda yang Soi Lek membela dan mempertahankannya adalah yang bersangkutan dengan aktiviti samseng, gangster, kongsi gelap, pembunuhan dan dadah.

Juga kesemuanya adalah punca berlaku keretakan rumah tangga, anak isteri kehilangan  kasih sayang, bapa pemabuk, ibu bapa tahi judi, isteri mangsa sepak terajang suami, anak mangsa penampar suami. Mengapa Soi Lek begitu bersemangat mempertahankan aktiviti begitu?

Kita lihat tiada paderi, sami Buddha dan sami Hindu yang sokong langkah Soi Lek ini. Apakah agama Soi Lek?

Jika Soi Lek bertindak demikian demi untuk tunjuk bahawa dirinya dan MCA membela non muslim, itu langkah yang silap. Soi Lek tidak mewakili non muslim. Beliau hanyalah mewakili golongan kapitalis dan gangster mafia yang siang malam mengaut keuntungan hasil penipuan terhadap rakyat marhaen.

Percayalah, penyokong Soi Lek hanyalah mafia, gangster, kapitalis, tahi judi, tahi arak dan golongan yang menyebabkan anak isteri dan keluarga merana kerana judi, arak dan pelacuran.

Peliknya, sampai kini Umno dan Perkasa serta NGO Melayu pro Umno diam dan sunyi dengan aksi Chua Soi Lek.Diam dan senyap bermakna setujulah tu!Hrkh

Video : Panas !!! MB Pahang Bertengkar Dengan Orang Asli




Sekumpulan orang asal yang terdiri daripada 500 orang penduduk Pahang dari Rompin, Bera, Temerloh, Cameron Highland, Maran dan tempat-tempat lain hadir di Wisma Persekutuan pada untuk menghantar memorandum bagi pihak orang asal berkenaan dengan isu tanah.

Sebelum memorandum dihantar kepada pihak MB, MB bertengkar dengan salah seorang lelaki yang hadir.

Solat dahulu sebelum tonton bola – TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemain dan penonton menjaga solat dan berdisiplin sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 20 Oktober ini.

Menteri Besar berkata, waktu Maghrib begitu singkat, hendaklah dilaksanakan dahulu solat sebelum menonton perlawanan bola.

“Mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun. Kita kena menjaga disiplin kita dengan Allah Taala bersesuaian dengan sifat kita sebagai seorang hamba-Nya.“Selain itu bagi pemain hendaklah jaga disiplin ketika beraksi di padang,” ujarnya di sini.

Kelantan akan bertemu ATM pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kelantan pernah muncul juara pada 2010.Kerajaan negeri juga mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini.

Menteri Besar berkata, melatih pemain bola sepak supaya mengingati tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah Taala adalah suatu kewajiban. “Kita akan mendapat kebaikan yang lebih sekiranya memenuhi tuntutan itu,” tambahnya.

Beliau juga turut mencadangkan supaya perkataan “bermain bola” ditukar kepada istilah lain memandangkan bola sepak sekarang suatu kerjaya sehingga boleh menghasilkan rezeki.

“Perkataan main sebenarnya tak comel, nampak hanya main, sedangkan bola kini sudah menjadi mata pencarian. Patut kita tukar mentaliti bermain kepada satu kerja halal,” ujarnya.Hrkh

Khamis, 18 Oktober 2012

Pensyarah Hina Rakyat Kelantan Mohon Maaf Secara Terbuka


Benarlah kata orang tua, hati-hati bermain api kelak merana diri. Inilah yang dihadapi Shafiei Rosli. Semalam ( kmarin bagi ore Kelate ) ada menghubungi pihak I ♥ KELANTAN untuk membantunya untuk menyiarkan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di mana jua berada.

Hasil konsultasi dengan beberapa admin lain, pihak I ♥ KELANTAN menggariskan prosuder permohonan maaf yang mana mestilah mengeluarkan satu kenyataan rasmi ( bertaip dan bertandatangan beliau sendiri ) untuk dipaparkan disini.

Alhamduillah, beliau mengaku akan kesilapannnya dan tidak akan mengulangi kenyataan berbaur 'hasutan dan anti-Kelantan' di laman FB , ditambah pula atas kapasiti beliau seorang warga akademik Tutor Sambilan di UTM Skudai.

Jika permohonan itu adalah langkah selamat untuk beliau mahu 'menyelamatkan' kerjaya beliau di UTM, sememangnya kami warga Kelantan amat mengecam sekeras-kerasnya. Namun melalui tulisannya, ada menyebut nama Allah pihak kami juga berharap benar-benar beliau meminta maaf atas kapasiti seorang Islam.

Walaubagaimanapun, isu ini sudah sampai kepada orang no 1 UTM, Skudai iaitu Naib Canselor UTM, Prof Zaini Ujang.

Lagi Penghinaan Soi Lek Terhadap Islam

 Chua Soi Lek bercakap melalui Video Blog menyerang hudud habis-habisan

KUALA LUMPUR: Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih menaikkan kemarahan pelbagai pihak.

Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.

“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.

Usul potong RM10 gaji menteri pengangkutan

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Atas kedegilan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini telah memfailkan usul untuk memotong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10.

Jelas Mahfuz (gambar), usul itu adalah ekoran kedegilan kementerian dan kerajaan untuk berbincang bagi mencari mekanisme lain selain penggunaan AES, kerana menurutnya kelajuan bukan punca utama kemalangan maut.

“Kelajuan bukan faktor utama kemalangan maut ... kedegilan menteri untuk  menangguhkan penggunaan AES amat mengecewakan.

“Sehubungan itu saya telah memfailkan usul memotong gaji menteri pengangkutan sebanyak RM10 atas kedegilan beliau,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malah, jelasnya, beliau juga akan mengemukakan beberapa bukti bahawa kelajuan bukanlah faktor utama kemalangan maut, sebaliknya sikap manusia itu sendiri.

“Alasan kerajaan gunakan AES adalah kerana mahu mengurangkan kadar kemalangan maut ... tapi bukan kelajuan yang menjadi punca kemalangan,” tambahnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menjelaskan, beliau sendiri tidak menggalakkan pengguna jalan raya memandu secara laju, tetapi isu yang dibangkitkan beliau adalah pelasnaan dan penguatkuasaan AES itu yang seharusnya diberi penelitian mendalam oleh kerajaan.

PRU 13 : PKR Serah Kerusi Parlimen Kepada Pas

 Sambut baik serahan PKR  kepada PAS Kawasan
 Hero & Redho( Klik untuk besarkan imej )

16 Oktober 2012, tercatat suatu deklarasi bersejarah buat seluruh warga Parti Islam Semalaysia (PAS), Kawasan, Negeri dan Pusat apabila persetujuan Parlimen Pasir Salak kini milik PAS dicapai daripada JK Tertinggi Cabang PKR Pasir Salak( Rujuk foto kiri-Klik untuk besarkan imej ).

Persetujuan ini berlaku sekaligus menjadikan tambahan kerusi parlimen yang dipertandingan menerusi PAS kini bertambah satu lagi. 

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat barisan kepimpinan parti PKR khususnya yang menjadi Hero dalam Redho untuk bertindak sedemikian.

 Sesungguhnya persepakatan sebegini menunjukkan bahawa segala-galanya boleh berlaku dan terjadi asal dengan ada kerjasama dan permuafakatan erat antara Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya.

Kewangan S’ngor membanggakan, pelaburan naik RM1.55 bilion

KUALA LUMPUR 18 Oktober: Prestasi kewangan Selangor membanggakan apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan prestasi itu yang diyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.

“Kenaikan pelaburan pada tahun lalu sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM928,61 juta.

“Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun kelima berturut-turut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam semalam.Mengikut LKAN, Khalid berkata, Selangor turut mencatatkan kejayaan dalam beberapa aspek.

“Ia meliputi peningkatan hasil sebanyak RM62.5 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011.

“Kumpulan wang disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada 2010,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Selanjutnya, beliau berkata, kerajaan negeri turut menerima pujian dari segi peningkatan hasil wang simpanan.

“Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil pelaburan dan pengurusan kewangan.

“Sembilan daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung. Pembayaran hutang awam sangat baik. Projek pembangunan juga sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus,” jelasnya.TVS

Penjelasan Shahnon Ahmad Buat Musuh Politik Pas Kantoi

 Laporan penjelasan Shahnon yang dipetik.

Masa Pak Shahnon Ahmad keluar dalam sebuah telivesyen (tv) penjilat buntut, yang kononnya melahirkan rasa kesal dengan Pas yang berkawan dengan DAP dan takut kepada parti Cina itu, saya terus membuat catatan di dalam blog menjelaskan apa sebenar yang berlaku dari pengamatan saya. Tujuannya supaya tidak ada yang 'terbolah' terus marahkan Shahnon dengan laporan berkenaan yang jelas berunsur jahat dan khianat.

Saya mengamati butiran kata-kata Shahnon dan melihat mimik wajahnya semasa bercakap dan disuluh oleh camera tv berkenaan. Saya amat dan depnuh cermat.

Sebagai orang yang ada sedikit ilmu dalam bidang wartawan, dan juga memahami ilmu dan keadah puter belit (spin) saya menasihat orang Pas agar jangan tidak marah kepada Shahnon. Saya sudah mengagak bahawa bukan semua yang Shahnon ucapan disiar oleh tv berkenaan dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Saya yakin beliau ikhlas ketika mengeluarkan pendapatnya itu.

Saya juga ada masuk tv beberapa kali dan menghadapi masalah sama. Saya faham sangat dengan perangai tv atau media Malaysia yang tidak bersikap profesional dan menjadi pentaksub melampau kepada pihak tertentu. Mereka akan eksploikan apa saja asalnya boleh menggembirakan hati taukeh mereka. Sikap inilah menyebabkan bergemanya laungan mengatakan media negara ini tidak bebas dan telus.

Rabu, 17 Oktober 2012

Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu

KUALA LUMPUR 17 OKT: Kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai.

Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat.

“Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum itu, dalam perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembinaan lebuh raya itu.

Bagaimanapun Shaziman berkata, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang Exco Negeri Kelantan mengenai majlis pecah tanah untuk projek itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan menutup janji Kerajaan Pusat untuk projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-8(RMK-8).

“Kami tidak berpuas hati dengan jawapan menteri itu, dulu Kerajaan Pusat pernah janji pada tahun 1996.“Oleh kerana kami sedar, jadi PAS Kelantan mengambil inisiatif itu,” katanya.

Beliau menambah setakat ini Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengutip RM4juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya itu.TVS

Full Video : Ceramah Anwar Dan Mat Sabu Di Permatang Pauh







Jelajah Merdeka Rakyat, Permatang Pauh 14/10/2012

PR lancar Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban 3 Nov

KUALA LUMPUR 17 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan melancarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Seremban 3 November ini, disusuli program jelajah ke seluruh negara.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata, majlis yang bermula 4 petang hingga 12 malam itu bersempena program jelajah yang akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain.

“Kelima-lima negeri tersebut akan diketuai pemimpin tertinggi Pakatan membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Manakala, di negeri-negeri lain pula akan dihadiri lain-lain pimpinan Pakatan tanpa  melibatkan pimpinan di atas,” jelasnya ketika dihubungi.Sebelum ini, Pakatan memutuskan untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Bukit Jalil pada 3 November.

Bagaimanapun, ia diubah untuk memberi laluan kepada program jelajah ke seluruh negara.Himpunan itu bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mat Sabu berkata, kemuncak jelajah himpunan itu diteruskan di stadium yang sama pada pertengahan Januari nanti.“Kemuncak jelajah akan diadakan di Bukit Jalil, sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kita berhimpun di stadium,” katanya.“Tak dapat dalam stadium, kita buat luar stadium,” tegas Mat Sabu lagi.KD

Foto Berbicara : Sambutan Hebat Di Ceramah Umno


Hebatnya sambutan kerusi kerusi merah yang kosong pada program anjuran umno ini. Ceramah Lokman Nor Adam (exco pemuda umno) di Dewan Simpang Durian. Anda nilailah sendiri foto ini.Biar foto berbicara wakakakaka...~ Tinta Hijau DKB

Selasa, 16 Oktober 2012

Tarikan Baru Pada PGU 6.0

KUALA TERENGGANU - Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Induk (Panitia) memutuskan Program Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-6 (PGU6.0) akan diadakan di bandar Paka, berhampiran Simpang Santong pada 1 Disember, 2012 bersamaam 7 Muharram 1433H.

Pengarahnya, Ariffi Deraman berkata, cadangan tarikh tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Menurutnya, Panitia turut menyenaraikan 16 acara sepanjang PGU6.0 yang akan bermula dengan acara Pidato Khas & Ceramah Pra Perasmian PGU6.0 pada Jumaat 30 November.

"Kita (Panitia) sudah putuskan, PGU6.0 akan datang di Paka, tapak yang pernah di adakan program PGU peringkat DUN Paka tak lama dulu bertentangan dengan Simpang Santong,

"InsyaAllah, kesemuanya ada 16 acara bermula dengan Pidato dan ceramah pra-perasmian pada Jumaat 30 November,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berkata dua acara baru dicadangkan pada PGU6.0 kali ini bagi menarik minat para pemuda dan pemudi iaitu pertandingan bot laju dan juga pertandingan 'Cub Prix'.
Selain itu, menurutnya, sekurang-kurangnya ada tiga orang tokoh masyarakat peringkat negeri dan nasional yang akan menyerahkan borang dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ahli PAS.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....