Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 28 Februari 2011

Rupanya Calon Pas Dun Merlimau Anak bekas Ketua Umno

Oleh Angkasanuri

Bermula pengumuman Hj. Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS di Merlimau macam-macam fitnah dan serangan peribadi dilemparkan kepada beliau. Umno seperti tandus isu dengan terpaksa menyerang peribadi calon PAS.

Antara fitnah yang dilemparkan ialah Yuhaizad anak derhaka bertanding tanpa restu keluarganya. Semuanya terjawab apabila ibunya Fatimah Hassan dan adik beradiknya yang lain merestui menjadi calon Pas. Malah baru-baru ini keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran atas pemilihan Yuhaizad sebagai calon.

Ternyata tindakan blogger pencacai Umno memfitnah Yuhaizad turut memakan diri dan memberi kejutan kepada Umno apabila Yuhaizad mendedahkan bahawa beliau merupakan anak orang kuat Umno di Kampung Chinchin Jasin. Arwah bapanya, Abdullah Jumaat juga merupakan bekas sidang (ketua kampung) selama lima tahun. Jadi Yuhaizad bukan menderhaka kepada keluarganya tetapi sebenarnya menderhaka kepada Umno! Detikdaily

Skuad Kamera pantau kempen Umno BN ugut pengundi

JASIN, 28 Feb: Jentera Pakatan Rakyat di Merlimau menubuhkan Skuad Kamera bagi memantau setiap kempen Umno BN yang didakwa berunsur ugutan kepada pengundi.

Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, skuad ini telah menerima arahan semalam dan akan melaksanakan tugas mereka bermula hari ini.

Menurutnya, skuad ini akan mengekori ke mana sahaja pemimpin Umno BN berkempen dan mengambil gambar serta merakam pergerakan mereka.

"Kita jangkakan dalam hujung minggu ni sampai dekat hari mengundi Umno BN akan melakukan pelbagai perkara.

"Sebab itu kita sedia skuad kamera di setiap peti undi. Ke mana sahaja Umno masuk kita ambil gambar.

"Kalau rasuah pun kita ambil gambar. Siang malam, 24 jam," kata beliau pada sidang media di Markas Induk PAS, dekat sini hari ini.

Tambah beliau lagi, Umno BN ternyata masih menggunakan taktik kotor untuk meraih undi dengan mengugut pengundi-pengundi.

"Ada pihak tertentu dalam Umno mulai sekarang ini mengugut penduduk-penduduk jangan mengundi PAS. Sekiranya mereka mengundi Pakatan semua peruntukan di Merlimau ini akan ditarik balik.

"Ini cara jahat untuk mengugut pengundi supaya terus mengundi Umno.

"Segala peruntukan bukan dari Umno tapi duit rakyat. Kenapa mesti nak tarik?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Kata beliau lagi, pengundi-pengundi di Merlimau perlu berfikir dengan bijak sebelum memilih calon Pakatan Rakyat atau BN.

Ini kerana ujarnya, BN hanya akan mencurahkan pelbagai projek untuk memenangi hati rakyat apabila sesuatu kawasan itu dimenangi Pakatan Rakyat.

"Kalau penduduk di sini nak pembangunan dan ekonomi yang pesat dia kena mengundi Pakatan Rakyat kerana bila mengundi Pakatan Rakyat, calon kita menang, Umno akan usaha mencurahkan segala projek untuk menang balik dalam pilihan raya akan datang.

"Tapi kalau penduduk terus mengundi Umno, tak akan berlaku apa-apa.

"Kalau Umno kalah mesti dia curahkan segala projek untuk kembali memenangi hati rakyat," katanya.Hrkh

Krisis Libya : Istana Muammar Gaddafi Di Al-Baida Diselongkar Penunjuk Perasaan

BEBERAPA pokok menghiasi kawasan pekarangan istana milik Muammar Gaddafi di bandar Al-Baida, Libya.

AL-BAIDA - Sebuah istana milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di bandar ini diselongkar dan dirosakkan oleh kumpulan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya, lapor stesen televisyen Al-Jazeera semalam.

Istana itu dihiasi dengan tumbuhan hijau, sebuah kolam renang tertutup, sauna dan jakuzi untuk tetamu-tetamunya.

Menurut stesen televisyn itu, istana itu dilengkapi dengan kubu bawah tanah yang dibina untuk perlindungan selama beberapa bulan jika beliau diserang dengan senjata bukan konvensional.

Kubu bawah tanah itu dilengkapi dengan sistem penapisan udara dan janakuasa untuk tujuan kecemasan.

Alat penggera kebakaran, paip air dan tangga digunakan untuk membantu pemimpin tersebut melarikan diri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Dalam imej yang disiarkan stesen televisyen itu, beberapa orang merosakkan barang-barang yang terdapat di dalam istana tersebut.

Istana itu diceroboh selepas para penunjuk perasaan berjaya menguasai bandar ini daripada tentera upahan Gaddafi baru-baru ini.

Gaddafi kini berdepan dengan penentangan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya selama hampir 42 tahun kerana sumber kekayaan negara tidak digunakan untuk membantu kehidupan rakyat yang miskin.

Kebangkitan rakyat itu didorong oleh kejayaan tunjuk perasaan yang berjaya menyebabkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas hampir 29 tahun beliau memerintah.

Gaddafi sanggup menggunakan bedilan peluru berpandu dan tentera upahan untuk memerangi penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya namun beberapa buah bandar dilaporkan sudah jatuh ke tangan para penunjuk perasaan. - Agensi

Skandal PKFZ : Bekas Menteri Didakwa Di Mahkamah

PUTRAJAYA 28 FEB : Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan, lapor Malaysiakini.

Chan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Chan dibawa ke perkarangan mahkamah pada jam 2 petang tadi dengan kawalan polis. Beliau diiringi oleh isteri dan anak perempuannya.

Dengan memaki seluar kelabu dan baju putih, beliau kelihatan tenang.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tiba 10 minit kemudian.

Beliau adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelabagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....