Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 24 Mac 2014

FBI Siasat Isteri Juruterbang Pesawat MH370

Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah

Isteri kepada juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Faizah Khan akan disoal siasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal tersebut.

Daily Mirror melaporkan ejen perisikan Amerika itu akan menerajui siasatan berhubung latar belakang juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah (gambar) dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

Bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, yang bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

"Nampaknya tiada apa dalam kehidupan Fariq yang dapat menjurus kepada motif rampasan."Bagaimanapun kehidupan peribadi Zaharie jauh lebih rumit dan kami dalam proses untuk membongkarnya,” kata sumber kepada Daily Mirror.

Siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungannya terhadap politik, menurut laporan itu.

FBI juga berminat untuk menyiasat panggilan telefon yang diterima Zaharie oleh seorang wanita misteri yang menggunakan identiti nombor telefon bimbit palsu dua minit sebelum berlepas.

Tiga simulator penerbangan di rumah Zaharie iaitu Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X-Plane 10 diharap dapat menjadi petunjuk kepada FBI, kata Daily Mail.

Katanya, cakera keras simulator berkenaan turut diperiksa FBI bagi mendapatkan petunjuk mengenai apa yang berlaku atau fail yang dipadamkan.
Polis Diraja Malaysia pada Ahad menafikan laporan akhbar British, Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata.‎TMI

PRK Kajang : Undi Melayu bertambah, Cina kekal

KAJANG: Pertambahan undi Melayu serta golongan muda, selain kekalnya pengundi Cina pada pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang semalam merupakan objektif yang selama ini memang ingin dicapai Pakatan Rakyat.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata keadaan tersebut sememangnya ingin dicapai Pakatan Rakyat, dan hasilnya terbukti 'Langkah Kajang' itu sangat memberi jaminan dan pengukuhan untuk meneruskan langkah ke Putrajya.

"Kita berjaya menambah undi Melayu, selain sokongan anak muda yang meningkat serta kekalnya undi Cina kepada Pakatan Rakyat sangat memberi jaminan dan pengukuhan hingga mereka memberikan kepercayaan kepada kita untuk langkah seterusnya," kata beliau ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi, di Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi, malam tadi.

Tambah beliau, apa yang paling penting apabila sokongan daripada pengundi Melayu meningkat, bukan sahaja di kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno, malah di kawasan yang masih kuat hari ini Pakatan Rakyat dapat menurunkan majoriti BN.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Kajang semalam.

"Kemenangan yang sangat manis bagi Pakatan Rakyat. Tidak timbul isu majoriti menurun kerana peratus kalau berkadarnya memang tidak ada apabila peratusan keluar mengundi hanya 72 peratus.

"Bahkan, jika kita lihat secara perinciannya, majoriti meningkat dengan melihat kadar peratusan keluar mengundi berbanding pilihan raya umum lalu," tegas beliau lagi.

Pada PRK semalam, Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi setelah memperoleh 16,741 undi manakala calon BN mendapat 11,362.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Dun Kajang merosot kepada 72.1 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 88.4 peratus atau 34,290 pada PRU13 lalu.Hrkh

Generator Tidak Berfungsi, Penerbangan MAS Ke Seoul Dilencong Ke Hong Kong

 Gambar fail

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Isnin mengesahkan pesawat MH006 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam Ahad, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi.

Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

"Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat," katanya.

MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain.

"Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur," katanya.Mstar

Video : Bungkus Anak Dalam Plastik Untuk Seberangi Sungai


TINDAKAN penduduk sebuah kampung di Vietnam membungkus anak mereka dengan beg plastik ketika menyeberangi sungai semasa musim banjir merupakan satu kaedah diluar pemikiran orang ramai khususnya di negara maju.

Amalan yang menjadi kebiasaan penduduk kampung itu didedahkan sebuah siaran televisyen ketika membuat liputan mengenai tindakan berisiko itu.

Walaupun menyedari mengenai sesuatu yang buruk mungkin boleh berlaku, namun ia dianggap sebagai kaedah terbaik bagi mengelak seragam sekolah pelajar basah.

Bagaimanapun tindakan itu dilihat masih berisiko tinggi jika kumpulan lelaki yang membawa beg plastik untuk menyeberangi sungai tersebut terlepas bungkusan berkenaan dan dibawa arus.Dalam rakaman video tersebut kelihatan seorang pelajar perempuan mengalami kesesakkan nafas selepas dibungkus di dalam beg plastik berkenaan.Mstar


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....