Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 28 Februari 2014

Khalid Ibrahim bakal cabar Azmin jawatan Timbalan Presiden PKR?

Spekulasi mengatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) bakal mencabar Mohamed Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden PKR, kata satu sumber.

Menurut sumber itu, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKR yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini dalam satu majlis bertajuk "Majlis Kasih Bertaut", bagaimanapun jemputan rasmi tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid bakal mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Sumber mengatakan terdapat satu "jemputan tidak rasmi" beredar di kalangan pemimpin parti yang mengatakan Khalid akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua PKR itu.

Bagaimanapun, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan akan adanya pengumuman bahawa Khalid akan bertanding malam ini."Saya tidak tahu tentang apa-apa pengumuman.

"Apa yang saya tahu, majlis malam ini diadakan untuk pemimpin PKR yang sudah dirancang sejak sekian lama," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz kepada The Malaysian Insider.

Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan kemungkinan Khalid bertanding dalam jawatan nombor dua PKR dengan sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganjaran melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor.

"PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti," kata satu sumber dalaman parti.Malah, sumber mendedahkan, sehingga kini Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.

"Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi."Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk memaksa Anwar untuk menyokong dia," katanya sumber itu lagi.

Tidak menolak sokongan akar umbi masih lagi memihak kepada Azmin, sumber menegaskan, situasi tersebut akan berubah sekiranya Anwar sendiri menyokong Khalid untuk bertanding.

Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain "tarik tali" dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui tentang usaha untuk menggulingkannya.

Video : Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar




Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Rabu, 26 Februari 2014

Taib Mahmud letak jawatan Adun Balingian


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar), akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingain Jumaat ini, lapor akhbar Berita Harian.

Akhbar tersebut memetik Abdul Taib sebagai berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar. 

Taib sebelum ini mengumumkan mengenai peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari dan beliau akan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Adenan yang ditemani dua anak lelakinya Abdul Aziz, 47, dan Azizul Annuar, 23, turut mengesahkan bahawa pemilihannya sebagai bakal ketua menteri dibuat selepas anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) yang bermesyuarat memberi mandat penuh kepada Taib untuk memilih penggantinya.

"Beliau (Taib) sebenarnya tidak mahu tetapi kami (anggota-anggota MT) memaksa beliau untuk memilih...terima kasihlah kerana beliau memilih saya," katanya.

Menurutnya Taib juga tidak pernah memberitahunya yang beliau akan dilantik sebagai ketua menteri.Adenan turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden PBB dan Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang juga Naib Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kerana menyokong pelantikan beliau sebagai bakal ketua menteri.TMI

Selasa, 25 Februari 2014

PKR Jamin Kes Saman Presiden Pas Dapat Diselesaikan


Selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) disaman RM2 juta oleh bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, PKR hari ini memberi jaminan kes saman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Shamsul berdegil meneruskan saman terhadap Hadi walaupun beliau dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

"Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.

"Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur.

Abdul Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Saman Presiden RM2 Juta,ahli Pas diminta bertenang

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar menyeru kepada seluruh ahli PAS agar bertenang berhubung perintah bayaran RM2 juta dalam penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, PAS telah mengambil tanggungjawab menyerahkan kes itu kepada pasukan peguam PAS untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita telah mengarahkan pasukan peguam untuk mengambil proses perundangan sewajarnya, dan kita yakin peguam kita dapat kendalikan kes ini secara terbaik.

"Seluruh ahli PAS diminta bersabar dan banyakkan munajat agar dipermudahkan urusan peguam dan presiden kita dilindungi olah Allah SWT," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2 juta dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.Hrkh

Isnin, 24 Februari 2014

Kenyataan Najib Jenaka Paling Hebat Abad Ini

SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat, demikan menurut Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan.Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

"...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?.

"...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu...mana pergi janji tersebut?

"...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

"...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam menerusi satu kenyataan PM meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang yang sekadar lunak didengar tetapi hakikatnya boleh menghancurkan negara jika kepimpinan negara beralih ketangan mereka.

Oleh itu PM meminta rakyat wajar menolak segala dasar tidak bertanggungjawab yang dikemukakan pembangkang termasuk manifesto ekonomi mereka dalam PRU13 lalu.

"Dah kena tipu 16 September, betul? Dah kena tipu fasal 40,000 Bangaladesh menjadi pengundi hantu betul? Padahal cuma 12 orang Bangaladesh menjadi waganegara dalam masa 10 tahun. Kalau nak jadi pengundi kena jadi warganegara, betul?

"...kalau tidak percaya saya, Tanya Jabatan Pendaftaran..kena tipu lagi, pasal 'blackout' pula dia kata kita tipu peti undi.

"...lepas itu bila kalah pilihan raya hendak jadi pensyarah. Tak jadi pensyarah lagi, masih hendak bertanding di Kajang," katanya.

Najib berkata, berbeza dengan BN, apabila diberi kepercayaan rakyat, parti itu akan membalas segala keyakinan rakyat itu dengan sebaik-baiknya.SH

PRK Kajang : Anwar Bakal Disabotaj ???

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan berhadapan sabotaj dari pihak luar dengan kuat bagi menghalang kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang kali ini.
Malah kata beliau, tindakan sabotaj itu sudah boleh dilihat apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac bagi hari penamaan calon iaitu sama dengan hari giliran beliau membahaskan titah ucapan DYMM di Pertuan Agong di Parlimen.

Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersedia menghadapi sebarang tindakan sabotaj pihak lawan yang memang sudah dijangka awal.

“Sebaik selesai penamaan calon saya akan bergegas ke Parlimen untuk serang dasar-dasar kerajaan yang menekan rakyat.

“Walaupun pada masa itu saya baru jadi calon, saya akan bawa isu nasional di Kajang ke Parlimen,” ujar Anwar ketika berceramah di Taman Impian Murni di kajang malam tadi.

Beliau turut mempersoal penetapan tarikh mengundi yang terlalu jauh sehingga penghujung tempoh 60 hari yang ditetapkan.

“Kita jangkakan sabotaj dari luar itu nanti sangat kuat. Sekarang pun, kita tengok tarikh, mana ada tarikh pilihan raya begitu lama di mana hari pengundian begitu jauh sekali yang tidak pernah berlaku pun sebelum ini.

“Tindakan melewatkan PRK Kajang ini dan juga menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini semuanya disebabkan mereka tahu Anwar Ibrahim yang akan bertanding di sini,” kata Anwar.Hrkh

Sabtu, 22 Februari 2014

TG Nik Aziz Mengulas Isu Berkaitan Kassim Ahmad


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam pelopor anti hadis, Kassim Ahmad sebagai "rosak" pemikiran kerana menolak hadis.

Nik Aziz berkata, bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia tersebut tidak boleh menafsirkan hal agama mengikut pemikirannya kerana sifat Tuhan yang sama sekali berbeza dengan manusia.

"Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal Allah tidak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu, kena tanya orang yang pandai, kerana Allah tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah," kata Nik Aziz yang dipetik berkata dalam Sinar Harian semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.

Minggu lalu, Kassim dalam satu seminar di Putrajaya menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi, menyoal penggunaan hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi orang Islam mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".

Kassim juga mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukan sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk,  "Hala Tuju Malaysia dalam Masa 30 Tahun".

Seminar itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Nik Aziz turut mengecam tindakan Kassim yang mempertikaikan keperluan Nabi Muhammad diagungkan oleh penganut Islam.

"Oleh itu, tidak ada orang yang boleh kenal Allah, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad,” katanya.Susulan kontroversi tersebut, pelbagai pihak menggesa tindakan tegas diambil ke atas Kassim.

Jumaat, 21 Februari 2014

Warkah Maaf Daripada Ammar Buat Ibunya Yang Ditahan Di Sweden


Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang terutamanya Shalwati Norshal. Azizul Raheem Awalludin , yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal , didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.

Pegawai Kedutaan Malaysia , adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.

” Ibu, saya minta maaf. Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “ – Ammar ( anak kedua pasangan itu )

Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka. 

Khamis, 20 Februari 2014

Anak Dr Mahathir Tersenarai Antara 10 Terkaya Di Malaysia

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di Malaysia, menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.

Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan dua individu yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.

Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.

"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lalu," kata Malaysian Business dalam kenyataan media.

Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.

Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu.

"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, Sapura Kencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.

"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lalu, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.

Kenyataan itu berkata, keseluruhan hasil kekayaan 40 individu tersebut meningkat lebih 10% tahun ini, disumbangkan oleh pasaran saham yang baik.

"Jumlah terkumpul keseluruhan bernilai RM217.82 billion setakat 18 Januari 2013, meningkat 11.73% berbanding RM194.86 bilion setahun lalu," kata majalah tersebut dalam edisi bertarikh 16 Februari 2014.

Harussani Kecam Mahathir


IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya.

"Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya, dekat sini.

Harussani menjelaskan, kerajaan perlu menguatkuasaan undang-undang selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh banyak negeri termasuk Perak dan bertepatan dengan rukun negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang agar golongan sesat seperti Kassim Ahmad boleh diambil tindakan.

"Tidak ada gunanya bertempik bahawasanya perlembagaan Malaysia ada begitu begini tapi perlaksanaanya tiada.

"Kassim Ahmad sepatutnya wajib diambil tindakan kerana beliau telah difatwakan sesat oleh banyak negeri dan telah digazetkan," jelasnya lagi.

Harussani menyatakan, kenyataan Kassim Ahmad sangat merbahaya kepada akidah umat Islam kerana tokoh anti hadis itu menyangkal beberapa perkara pokok dan asas dalam agama Islam.

Rabu, 19 Februari 2014

Kenyataan Penuh Jakim Berhubung Isu Kassim Ahmad

BERIKUT kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran

- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

Boss AirAsia Terkejut MAS Rugi RM1.17 Bilion

 Pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes

Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu."Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.

"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion."Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.

Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.

Selasa, 18 Februari 2014

Saman Fitnah : Rahim Nor Diasak Bertalu-Talu Oleh Hanipa Maidin

PULAU PINANG: Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin (gambar).

Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun membantah dengan menyatakan beliau bukan sebagai saksi pakar. Beliau menyatakan bahawa menurut pandangan beliau Mat Indera adalah seorang komunis.

Beliau bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah menemui sebarang bukti bahawa Mat Indera ada memegang kad keahlian Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau juga menyatakan bahawa komunis mempunyai perancangan besar untuk menegakkan negara komunis di seluruh dunia. Beliau juga mengakui negara ini dijajah oleh British meskipun Utusan cuba mengambil pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British

Apabila tiba giliran beliau disoal balas oleh Hanipa, peguam Mat Sabu itu memulakan soalan beliau dengan bertanya kepada Rahim Noor adakah dia sedar  Mat Indera adalah seorang guru agama dan tahu berbahasa arab dan beliau mengakui perkara tersebut. Hanipa juga bertanya.

Hanipa: Maaf saya bertanya Tan Sri, apakah tahap pendidikan agama Tan Sri?

Rahim: Saya tidak belajar tinggi agama, hanya sekolah pondok.

Hanipa: Pondok mana dan sampai tahap mana Tan Sri?

Rahim:  Pondok di Melaka sampai darjah 3 kalau tidak silap..pondok tu pun dah tak ada lagi.

Hakim: Sekolah pondok ke sekolah agama sebelah petang?

Rahim: Sekolah agama petang..

Hakim: Itu bukan sekolah pondok!

Hanipa: Jadi Tan Sri saya kata sekarang ini situasinya Mat Indera adalah seorang guru agama, ada pendidikan tinggi agama, tahu bahasa arab dan Tan Sri pula pendidikan agama yang rendah, setuju dengan saya kefahaman agama Islam Mat Indera lebih baik dari Tan Sri?

Bekas Tim. Menteri Desak Najib Letak Jawatan


Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy( gambar ) hari ini.

"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.

Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.Timbalan Pengerusi Hindraf, V Sambulingam memberitahu pemberita, satu lagi sidang media akan diadakan pada Sabtu di mana Waytha Moorthy akan menjawab soalan pemberita.

Katanya parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya malu dipimpin oleh pemimpin yang membuat pembohongan secara terbuka tentang kontrak yang dibuatnya dengan komuniti India.

"Kami meneruskan perjuangan. PM mesti faham, beliau boleh tipu kami, akan tetapi beliau tidak akan berjaya merampas maruah kami," katanya kepada pemberita yang memenuhi pejabatnya di Brickfields.

Anggota Hindraf yang hadir untuk menyokong Waytha Moorthy hadir dengan pakaian oren.Waytha Moorthy mengatakan Najib menipu rakyat Malaysia apabila mengatakan "Saya tidak berbincang dengannya mengenai peletakan jawatan."TMI

Isnin, 17 Februari 2014

Mahkamah perintah NST bayar RM350,000 kepada Husam Musa


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Su Geok Yiam, dalam perintahnya hari ini mengarahkan pembayaran itu sebagai gantirugi am,  teladan dan kerosakan teruk akibat berita yang dilaporkan oleh akhbar itu.Hakim juga memerintahkan kos sebanyak RM10,000 bagi bicara taksiran ganti rugi hari ini dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan ini di mahkamah.

Pada 12 April 2013, mahkamah memberikan kemenangan kepada Husam dalam kes ini dan hari ini adalah hari penentuan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan.Dalam kes ini, NST menyiarkan satu berita yang didakwa memfitnah Husam pada 2008 lalu ketika beliau masih exco kerajaan negeri Kelantan.

Ekoran itu, Husam memfailkan saman terhadap dua lagi defendan dan NST adalah defendan ketiga.Defendan pertama dan kedua sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Husam sebelum ini.Husam diwakil peguam Mohd Yunus Shariff manakala NST diwakili peguam Rishwant Singh.TMI

Sabtu, 15 Februari 2014

Empat beradik dinasihat tidak kembali ke Sweden

 Anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7.

KLUANG - Empat anak pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal dinasihati tidak kembali ke Sweden andai mereka dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan ibu bapa mereka.

Sebaliknya kata Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat, pihak pendakwaan Sweden boleh menghantar wakil mereka ke Malaysia untuk mengambil keterangan empat beradik berkenaan.

"Rekod keterangan terdahulu anak-anak mungkin akan dicabar kerana mungkin keterangan anak-anak ini adalah 'under duress'," katanya kepada pemberita.
Katanya wakil SukaGuam akan ke Stockholm dalam masa terdekat bagi memberi sokongan kepada pasangan Malaysia itu.

Azizul Raheem dan Shalwati didakwa di mahkamah daerah Stockholm pada 10 Februari lepas atas tuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dalam beberapa insiden sejak September 2010 hingga Disember tahun lepas.    Perbicaraan kes mereka akan bermula 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.

Empat anak pasangan terbabit iaitu Aisyah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) kini dijaga oleh keluarga pasangan berkenaan di Kelantan.

Dalam masa sama, Khairul Anwar berharap dapat meyakinkan mahkamah Sweden mengambil keterangan terkini anak-anak terbabit bagi membuktikan tiada penderaan fizikal mahupun emosi. - Bernama

Rabu, 12 Februari 2014

Taib Mahmud Bersara,Adenan Satem Ketua Menteri Baru


Tan Sri Adenan Satem akan mengambil alih jawatan ketua menteri Sarawak daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Perkara ini diumumkan Taib selepas menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.

Peletakan jawatan Taib akan bermula pada 28 Februari. Taib juga dijangka akan menggantikan Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh sebagai TYT pada 28 Febuari ini.

Jika spekulasi ini benar, Taib perlu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan di kerusi itu.

Adenan merupakan menteri tugas-tugas khas Sarawak dan juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Taib memimpin Sarawak selama 33 tahun dan berkhidmat dengan semua perdana menteri Malaysia bermula sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al -Haj.TMI

Anwar Tidak Langgar Undang2 Pilihanraya - SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan calon PKR bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tidak melanggar mana-mana undang-undang pilihan raya seperti didakwa sesetengah pihak berhubung isu berkempen awal kerana ketua pembangkang itu secara teknikalnya masih belum sah sebagai calon.

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sebelum hari penamaan calon, badan penggendali pilihan raya itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang berkempen sebelum tarikh ditetapkan karana tiada undang-undang yang memberikan kuasa kepada mereka berbuat demikian.

"Sebelum penamaan calon, SPR tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada Anwar," kata Abdul Aziz apabila dihubungi The Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor.TMI

Selasa, 11 Februari 2014

PRK Kajang : Polis Mula Siasat Anwar


Polis memulakan siasatan terhadap calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen awal di Kajang, kata timbalan ketua polis Selangor.

Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada Anwar berhubung kempen beliau di Kajang seperti yang dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, tindakan Anwar boleh disiasat mengikut akta tersebut kerana kempen rasmi PRK hanya boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon pada 11 Mac.

Beliau berkata, tindakan berkempen lebih awal melanggar undang-undang seperti yang termaktub dalam peruntukan yang harus dipatuhi semua pihak.

"Apa yang saya cakap adalah termaktub dalam undang-undang dan semua parti bertanding perlu mematuhinya, tiada yang terkecuali.

"Saya minta parti politik supaya mendapatkan permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mengadakan perhimpunan atau ceramah," katanya dipetik daripada akhbar Berita Harian.

Anwar yang juga ketua pembangkang menganjurkan siri ceramah serta sesi bertemu rakyat di Kajang  untuk menjelaskan tindakannya bertanding di situ.

Polis dilaporkan menerima laporan terhadap Anwar daripada penduduk Kajang serta parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana dikatakan melanggar undang-undang dengan berkempen lebih awal.

Jalinan ukhwah pemain muslim Liga Perdana Barclays

 Yaya Toure(kiri) dan Kolo Toure(kanan) contoh pemain muslim yang mementingkan ukhwah dalam karier dan reputasi mereka.
 Kolo Toure dan Yaya Toure ketika mewakili Ivory Coast
 Yaya Toure meraikan jaringan bersama Kolo Toure ketika bermain di Manchaster City

Isnin, 10 Februari 2014

Anwar Sahkan Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR


Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.

Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding politik.

"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.

Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?",  Anwar menjawab, biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.

"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.

Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang menguasai PKR.
Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden.TMI

Ketua Cabang PKR Letak Jawatan Dan Keluar Parti


Ketua PKR Cabang Baling telah mengumumkan keluar parti padang Sidang media yang di lakukan di kediamanya Taman Sri Puteri, Kuala Ketil Baling Kedah.

Pada 09/2/2014 LIM CHONG ANN berbuat demikian kerana setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.

Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba menghidupkan parti.

Pimpinan Pusat hanya mengutamakan KRONI dan sangat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit semasa PRU 13, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan malahan tiada peruntukan yang diberikan oleh PKR Pusat.

Lim Chong Ann juga turut mendedahkan bahawa PKR mengamalkan kroni dalam Pembahagian anugerahan pingat kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pemimpin tertinggi dan kroni-kroni yang tidak membantu kepada parti mahupun rakyat.

Pada Sidang akhbar tersebut Lim Chong Ann hanya keseorangan tanpa ditemani oleh mana ahli parti Cabang Baling.

Beliau memaklumkan telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling dan keluar dari Parti berkuatkuasa pada 3/2/2014 dan turut menghantar pimpinan PKR Negeri Kedah pada 5/2/2014.. Lapor sebuah Blog Pro UMNO dari Baling .. Kamera Kupang

Full Video : Wacana Nasional Bersama SU Pemuda Pas Di TV1




 Ahli panel :
 1. Saudara Nasaie Ismail - Setiausaha Pemuda Pas Malaysia
2. Fathul Bahri Mat Jahaya - Exco Pemuda UMNO Malaysia
3. Punithan A/L Paramsiven - EXCO Pemuda MIC Kebangsaan
4. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee - Presiden Majlis Belia Malaysia

Salah satu komen rakyat Malaysia terhadap Setiausaha Pemuda PAS Malaysia :

Assalamualaikum, sekali lagi penampilan anak muda PAS sdra Nasaie memberi satu sudut keterbukaan pimpinan muda kita kpd khalayak ramai yg mgkn tahap pendidikan sederhana keatas.

Ahad, 9 Februari 2014

Anwar mahu Khalid dan Azmin berhenti bergaduh secara terbuka


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta dua pemimpin parti itu – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali, untuk berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Anwar berkata, pergaduhan berterusan di antara Abdul Khalid yang merupakan menteri besar Selangor dan Azmin, pengerusi PKR Selangor, dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan lagi hubungan mereka.

"Saya sudah nasihati Khalid dan Azmin bahawa kita tidak perlu perbesarkan lagi perkara ini. Khalid sudah mengatakan beliau sedang melihat mengenai perkara itu," kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Puchong hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu bertukar-tukar kritikan melalui media selepas 22 pekerja PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSN) dipecat. ‎Sebelum ini, Azmin mengecam Abdul Khalid kerana menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya.

Timbalan presiden PKR itu yang sebelum ini digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS berkata, Abdul Khalid tidak berperikemanusiaan dan tindakannya memecat 22 kakitangan PHSB itu menyalahi undang-undang.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pengakuan Abdul Khalid yang berkata, pihaknya akan mendedahkan kepada umum hasil siasatan yang mengaitkan Azmin.

Anwar, beberapa hari lalu menafikan isu pemecatan pekerja kontrak PKNS akan mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana menganggap ia bukan isu politik.
"Ini soal pentadbiran. Saya kini lebih menumpukan kepada soal kebajikan kakitangan tersebut," katanya.TMI

Lapor Kepada JAIS,Macai Guna Gambar Anwar


Gambar yang dimuatnaik Datuk Seri Anwar di facebook digunakan portal peminat Umno dan BN, Mynewhub untuk membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Gambar yang menunjukkan Anwar tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Jawapan JAIS dan MAIS tentunya mereka akan menyiasat kerana ia melibatkan Anwar. JAIS  berjanji akan melakukan siasatan melalui laman Facebook dan blog Anwar berkenaan butiran program beliau yang mempunyai program ceramah.

Malam ini pula Anwar akan menghadiri Kuliah Datuk Ustaz Siddiq Fadzil di Kolej Universiti Dar Al Hikmah di Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Tentu selepas ini JAIS akan menjadi peminat kuliah Anwar dan akan mengekori beliau ke masjid dan surau sehingga PRK Kajang selesai.

Sumber

Imam Masjid Dipecat Kerana Berkhutbah Isu Harga Barang

PEMECATAN IMAM KERANA BERKHUTBAH ISU HUDUD DAN KENAIKAN HARGA BARANG

Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak didapati telah memecat seorang imam jemputan yang telah berkhidmat selama dua tahun dimasjid tersebut.

Antara sebab utama imam tersebut dipecat ialah beliau telah menyampaikan khutbah yang diklasifikasikan berbaur politik iaitu hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana halangan Kerajaan Persekutuan dan kenaikan harga barangan masakini disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Setelah membuat penelitian, Dewan Pemuda PAS Perak :

1- Menyokong pendirian imam tersebut yang berani melontar pandangan berkaitan isu-isu semasa walaupun ianya menyentuh Kerajaan Persekutuan. Ini sesuai dengan hadith Nabi yang bermaksud “berkata benarlah walaupun ianya pahit”.

2- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak amat kesal dengan tindakan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang memecat imam tersebut tanpa dipanggil membela diri. Tindakan ini amat-amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mementingkan soal keadilan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bahawa isi khutbah yang diucapkan oleh imam tersebut tidak menyalahi agama bahkan menegaskan bahawa isu hudud adalah isu aqidah umat Islam yang perlu diperjelaskan dengan sejelasnya.

3- Tindakan yang dilakukan oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dilihat lebih kepada sentiment politik kepartian sedangkan tindakan imam tersebut melalui ucapan isi khutbahnya lebih kepada tuntutan agama iaitu mengajak masyarakat kembali kepada islam.

4- Pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid perlulah menyedari tugas mengimarahkan institusi masjid adalah focus utama mereka dengan menjadikan masjid sebagai duta penyelamat ummah.

Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Perak membantah pemecatan imam tersebut dan mendesak supaya pemecatan terhadap imam tersebut hendaklah ditarik semula demi memelihara Institusi agama yang mulia ini.

Sabtu, 8 Februari 2014

Juara Sebenar Maharaja Lawak 1Malaysia


KUALA LUMPUR: Pengumuman Kerajaan BN membekukan kenaikan tol pada tahun ini tidak dapat menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup rakyat ketika ini, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat pula yang harus menanggung kos RM400 juta yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya sebagai pampasan. 

"Dulu kerajaan kata tarif elektrik dinaikkan, subsidi minyak dan gula dikurangkan untuk buat projek yang lebih diperlukan tetapi sekarang daripada subsidi yang ditarik, semuanya untuk bayar kepada syarikat konsesi sebanyak RM400 juta.

"Tol yang paling besar bagi rakyat ialah BN," kata beliau sewaktu bercucap di Pelancaran Roadshow Kempen Jom Turun di Desa Pandan, dekat sini malam tadi.

Beliau juga berkata, dalam isu kenaikan harga barang, Kerajaan BN tidak dapat memahami masalah rakyat sebaliknya bertindak menyalahkan peniaga kerana didakwa sengaja menaikkan harga barang.

Tindakan pemimpin BN memantau harga barang di pasar-pasar adalah bermusim dan tidak dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

"Menteri turun ke pasar-pasar tak selesai masalah kenaikan harga barang, yang pasti perbelanjaan dia turun melawat pasar kita yang tanggung.

"Menteri kata peniaga, orang tengah jahat (naikkan harga barang) nak bagi rakyat marah kepada pembangkang. Yang disalahkan pemborong, peniaga dia kata tak ada tolak ansur, tindakan akan diambil.

"1.6 juta peniaga kecil dikambing hitam oleh BN kerana isu kenaikan harga barang. Sedangkan punca kenaikan harga barang ialah kenaikan harga minyak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pengerusi Hindraf Letak Jawatan Sebagai Tim. Menteri

Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy (gambar) melepaskan jawatan sebagai timbalan menteri ekoran kegagalan Putrajaya menunaikan janji kepada kaum India, sebagaimana yang dilaporkan The Star.

Memetik kata-kata Setiausaha Hindraf P Ramesh, The Star melaporkan peletakan jawatan Waytha sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berkuat kuasa pada Isnin.

Ramesh berkata, jawatankuasa pusat sebulat suara memutuskan Waytha meletakkan jawatan kerana kerajaan sengaja melengah-lengahkan janji bagi membantu masyarakat India.Ramesh berkata Hindraf mahu kekal setia kepada golongan miskin dalam masyarakat.

"Kami sudah melakukan segala yang boleh – menandatangani perjanjian dengan musuh semata-mata demi kepentingan masyarakat India Malaysia yang miskin dan dengan kepercayaan bahawa Barisan Nasional akan memenuhi janji-janjinya.
 
"Kami berputus asa menanti saat itu menjadi kenyataan selepas lapan bulan mencuba,".TMI

Balai Polis Di Pulau Pinang Rosak Dibaling Bahan Letupan

Sebahagian kawasan pintu masuk  di Balai Polis Bukit Tengah, rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan 

Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupandipercayai mercun awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu, empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang membuat rondaan di kawasan balai.
Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah, manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000."Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.

Antara Contoh Pemikiran Sempit Macai ' UMNO '


Bina jalan, sekolah dan lain-lain adalah tanggungjawab mana-mana parti yg membentuk kerajaan. Duit dtg dari cukai dll., sumber dari rakyat bukan parti yg memerintah.Jika Pakatan jadi kerajaan, sekolah, jalan, jambatan tetap terus dibina dan rakyat di bawah Pakatan akan lebih terjamin sb tak ada lagi rasuah.

Tanggapan seperti UMNO buat jalan, UMNO buat sekolah sama sekali tidak bersesuaian dengan pemahaman politik sekarang. UMNO hanyalah sebuah parti politik manakala KERAJAAN adalah sebuah organisasi yg lain yg dimana rakyat telah memberi mandat kepada parti yg mendapat tampuk pemerintahan melalui sistem demokrasi. 

Sekiranya pihak pembangkang menang sekalipun dalam pilihanraya maka kerajaan tetap sama malah bendera kita pun tetap sama oleh itu pada zaman sekarang ini setiap projek dari kerajaan mestilah memaparkan di bawah KEMENTERIAN yg terlibat atau projek kerajaan persekutuan..
 
TANGGUNGJAWAB kepada rakyat seperti pembinaan sekolah, jalan raya, dan lain2.Jadi disini setiap individu perlu ada satu konsep pemahaman mengenai KERAJAAN kerana ia bukan parti politik cuma mewakili parti politik untuk tampuk pemerintahan ~ Sumber

Jumaat, 7 Februari 2014

Dalang Disebalik Surat Palsu Perletakan Jawatan Adun PKR Dikenalpasti

IPOH: Seorang aktivis politik mengaku telah menghantar surat yang mendakwa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari pembangkang telah keluar parti.
  
Namun bekas pekerja swasta yang berumur lingkungan 60-an itu berkata dia tidak mengetahui isi kandungan surat itu.Surat itu dikatakan dihantar ke Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki tersebut  tampil memberi maklumat sejurus mendapat berita mengenai surat palsu berkenaan.
  
"Lelaki itu mendakwa dia diupah oleh seorang lelaki tidak dikenalinya untuk menghantar surat itu ke Pejabat DUN Perak selepas hadir di salah sebuah penjumpaan politik di Kajang, Selangor baru-baru ini.
    
"Dia juga mengaku menghantar surat berkenaan tetapi tidak mengetahui kandungan sebenar surat itu dan hanya melaksanakan apa yang diarahkan," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Pasir Puteh hari ini.

Acryl berkata pihak polis turut mengambil keterangan daripada Adun Hutan Melintang dari Parti Keadilan Rakyat, S.Kesavan (gambar)  semalam bagi membantu siasatan.

"Polis juga telah merakam percakapan dua orang saksi iaitu Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Pejabat SUK (Setia Usaha Kerajaan Negeri) dan Pembantu Tadbir di Pejabat Menteri Besar serta telah menyambung percakapan seorang pengadu," katanya.
  
Polis juga telah merampas surat palsu asal yang diterima oleh Pejabat Menteri Besar, katanya.Acryl berkata pihak polis akan terus menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti dan mengesan lelaki yang didakwa mengupah bagi penghantaran surat itu.
  
Sementara itu Kesavan menafikan beliau telah keluar parti seperti yang didakwa melalui surat itu yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak Datuk Seri S.K Devamany pada Selasa lepas.
   
Menurut surat itu yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan. - Bernama

Senarai Pemain Muslim Yang Beraksi Di Liga Perdana Inggeris

MUSIM 2013/2014 sudah lama melebarkan tirainya. Pelbagai kejutan, drama, dan ragam pemain mahupun jurulatih yang kita dapat lihat. Kini sudah tiba di pertengahan musim, bahang kehangatan Liga Perdana Barclays yang paling dikenali juga diminati  seantero dunia ini sukar untuk dinafikan.

Keseimbangan, mutu permainan berbeza setiap pasukan, juga pelbagai kebarangkalian dalam setiap perlawanan antara faktor-faktor kenapa liga ini menjadi tumpuan berbanding liga-liga lain di dunia seperti Serie A atau Bundesliga.

Pemain yang datang dari pelbagai penjuru dunia mencungkil bakat dan memperkenalkan corak permainan mahupun gaya yang tersendiri bagi mendapat perhatian mahupun publisiti.

Di sebalik peningkatan jumlah pemain-pemain yang beraksi di liga ini, mungkin ramai tidak menyedari bilangan  pemain muslim atau yang menganut agama Islam meningkat dari musim sebelumnya iaitu 2012/2013 berbanding musim sekarang 2013/2014.

Jelas menunjukkan bahawa agama Islam bukanlah satu batu sempadan bagi menceburi bidang rekreasi bertaraf dunia ini malah Islam menggalakkan aktiviti riadah asalkan tidak bertentangan dengan syariat.

Biarpun pemain-pemain ini perlu menerima halangan atau faktor-faktor tertentu yang mungkin menganggu aspek rohani, emosi dan kesihatan fizikal selama bergelar pemain profesional di Liga Perdana Barclays, ciri ketegasan dan berprinsip perlu bagi memenuhi tuntutan agama.

Antara halangan atau cabaran yang dihadapi adalah seperti tempat mengerjakan solat dan ruang waktu untuk mengerjakannya, pilihan diet makanan yang ditentukan oleh jurulatih sebelum perlawanan, berpuasa ketika perlawanan, budaya membuka Champagne bagi meraikan kemenangan dan mungkin sikap prejudis (Islamophobia) yang mempunyai kebarangkalian.

Seharusnya pemain-pemain muslim yang tiba di kelab-kelab besar di liga Perdana Barclays mempunyai tahap ketahanan mental dan fizikal yang tinggi juga pendirian tegas seperti pemain penyerang Chelsea, Demba Ba (gambar) ketika di Newcastle United.

Khamis, 6 Februari 2014

TS Khalid Dedah Kenapa Kakitangan PKNS Dipecat

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.

Menteri besar Selangor itu berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut.

"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun," katanya yang juga pengerusi PKNS pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, selangor hari ini.

Selasa lalu, anak syarikat PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.

Kontroversi pemecatan tersebut berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dibuat selaras dengan ikrar integriti yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International Malaysia (TIM).

"Penamatan kontrak 22 kakitangan PHSB adalah hasil polisi ikrar integriti yang dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Mengikut saluran ikrar integriti, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baru diwujudkan diketuai orang luar dengan gaji tinggi," katanya.

Beliau berkata, pengambilan kakitangan kontrak juga dilakukan tidak mengikut prosedur, tanpa menerusi pengiklanan secara terbuka, malah menyebabkan timbulnya masalah pertindihan tugas dengan kakitangan lama.

Calon BN PRK Kajang ???

 Ketua Pemuda MCA dijulang ketika beliau menang pemilihan parti tahun lalu.gambar fail

MCA akan menamakan pemuda parti itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi melawan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac akan datang.

Akhbar Berita Harian melaporkan parti itu sudah menyenarai pendek tiga nama potensi calon termasuk Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bagaimanapun, sumber memberitahu akhbar tersebut Chong merupakan calon pilihan parti itu berdasarkan sokongan politik dan kehendak pengundi di kawasan berkenaan.

"Calon yang akan menjadi taruhan daripada Pemuda MCA, namun tidak dapat dipastikan sama ada ketua pemuda MCA sudah mula menggerakkan jentera untuk bertemu pengundi kawasan itu," kata sumber itu dipetik daripada akhbar berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11 Mac 2014.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata PRK DUN Kajang dijangka menelan belanja RM1.6 juta.

Selasa, 4 Februari 2014

Tok Guru Nik Aziz Ucapkan Tahniah Pada Khairul Fahmi @ Apek


“Saya baca Sinar Harian hari ini di muka hadapan laporkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dikurniakan cahaya mata sulung.

“Saya ucap tahniah di atas kelahiran baru. Anak-anak adalah anugerah Allah SWT,” tulis Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menrusi facebook.Beliau sendiri pun mempunyai 10 orang anak dan lebih 60 orang cucu.

Menurutnya, zuriat yang ramai ini insya Allah jika dididik dengan agama akan menjadi saham kepada orang tua di masa hadapan. “Saya ucap tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat,” tulisnya lagi.

Khairul Fahmi yang popular dengan panggilan Apex bergelar bapa setelah isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, selamat melahirkan cahaya mata pertama, seorang puteri sekitar jam 3 petang semalam di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Gambar : Sekitar Pelancaran Jentera Pilihanraya PKR Kajang




Isnin, 3 Februari 2014

PRK Kajang : SPR Selar Kenyataan Tim. Menteri

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.

“Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.

Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.

“Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah,” katanya dilapor Malaysiakini.

Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar.

"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta.

"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Anwar Dijangka Menang Besar Di Kajang

SHAH ALAM: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13 lepas.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar), berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada Ketua Umum PKR itu.

Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.“Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar.

“Mengikut kajian sejak 1999, pilihanraya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya,” katanya memetik laporan Umdecel.Dalam laporan itu juga memaklumkan, isu dalaman PKR perlu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Beliau berkata tindakan terbabit juga membabitkan Putrajaya, sehubungan itu wajar meletakkan Anwar di DUN Kajang untuk menyelesaikan kemelut yang akan mencetuskan pelbagai masalah di negeri itu masa depan.

Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Adunnya, Lim Chin Cheh meletak jawatan.Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - Selangor Kini

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....