Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 3 Jun 2011

Gambar : Sekitar Proses Pengundian Memilih Pimpinan Pas Pusat Sesi 2011/2013







Muktamar Tahunan PAS : Muktamad, PAS-Umno Tidak Akan Bergabung

GOMBAK: PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno khususnya berkaitan dengan penggabungan ataupun kerjasama politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya berkata, parti itu tegas dan konsisten untuk terus bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Untuk gabung dalam pilihan raya... tak ada. Tapi kalau nak bincang untuk cari persefahaman mewujudkan satu sistem pilihan raya yang adil, itu boleh," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-57 di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai polemik yang dibangkitkan Umno khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berterusan mengajak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang disifatkan gagal memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mempersoalkan keupayaan Umno untuk berhadapan dengan rakyat khususnya apabila terus membangkitkan isu kerajaan perpaduan terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 .

"Susah sangat ke Umno sekarang ini? Susah sampai nak memerlukan PAS (untuk kerjasama)?

"Kita akan terus dengan Pakatan Rakyat mengikut agenda yang kita atur dan seterusnya untuk berhadapan pilihan raya umum," ujarnya.Mstar

Gambar : Sekitar Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke 57

 Saksikan gambar gambar menarik untuk dikongsi bersama ketika Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke 57 yang diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM).
 
Suasana awal pagi sebelum berlangsung majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-57 :



pendaftaran para pemerhati dari seluruh negara :



Pemeriksaan kawad oleh Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Hj Abdul Hadi Awang :


Kajian menunjukkan Umno semakin hilang sokongan Melayu bandar

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat kajian antara bangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu bandar.

Laporan terbarunya menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, disebabkan amalan rasuah dan politik intrik (kotor) yang dilakukan parti pemerintah itu.

Kelompok ini, dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.

“Meskipun pengundi di luar bandar di semenanjung Malaysia berterusan menyokong Umno, terdapat cadangan mengatakan parti itu hilang sokongan signifikan dari golongan berpendidikan, Melayu liberal kelas pertengahan,” Kata cabang penyelidikan majalah mingguan, The Economist itu.

Sejak kebelakangan ini, Umno berterusan menggunakan sentimen Melayu dan agama, melalui media dan lidah rasmi mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Ia termasuk dakwaan jahat bahawa wujud usaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan Umno, namun tindakan itu gagal menarik sokongan Melayu terhadap parti itu yang semakin berkurangan.Keadilandaily

Tahniah !!! Bekas Pemain Bolasepak Dan Hoki Kebangsaan Sertai Pas

Bekas pemain bolasepak kebangsaan Radhi Mat Din ( 2 dari kiri ) dan bekas pemain hoki kebangsaan Chairil Anwar ( 3 dari kiri ) bersama Tim. Presiden dan Ketua Pemuda Pas.Turut kelihatan Pendakwah Bebas Ust Azhar Idrus ( 3 dari kanan ) dan bekas pelumba motosikal terkenal tanahair Yasir Said ( kanan sekali )

TAHNIAH... semakin ramai Celebriti Tanahair sertai PAS.. selepas Bob Lokman kini terbaru Chairil Anwar bekas penyerang Hoki Kebangsaan, Ustaz Azhar Idrus pendakwah bebas terkenal tanahair, Radhi Mat Din bekas penyerang kebangsaan dan khabarnya Misbun Sidek bekas pemain badminton negara.. Syabas Semua!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....