Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Dr Hasan Ali rela di kenakan tindakan

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau tidak akan tunduk terhadap desakan supaya dikenakan tindakan disiplin oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat berikutan pendirian yang diambil PAS negeri berhubung isu arak.

Katanya, beliau sanggup dikenakan apa jua tindakan malah dilucutkan jawatan sebagai Exco negeri Selangor disebabkan langkah dan tindakan yang diperjuangkan dalam isu itu.

"Saya tidak akan tunduk sama sekali atas segala ugutan seperti ini bahkan beriltizam untuk menegakkan prinsip perjuangan parti demi kebaikan rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

"Saya tidak akan dilemahkan dengan ugutan sedemikian bahkan demi mempertahankan prinsip perjuangan, undang-undang Islam serta peraturan-peraturan yang selari dengannya, saya sanggup dikenakan apa jua tindakan oleh pucuk pimpinan, hatta dilucutkan jawatan sekalipun sebagai Exco Selangor disebabkan langkah dan tindakan yang saya perjuangkan itu," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menggesa supaya Pakatan mengenakan tindakan disiplin terhadap Dr Hasan berikutan tindakannya meminta agar exco negeri itu dari DAP, Ronnie Liu dilucutkan jawatannya kerana dikatakan campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan berhubung isu arak.

Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri sebelum itu telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Mengulas lanjut, Dr Hasan berkata, beliau tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memainkan isu itu atas kepentingan politik.

"Adalah diingatkan permasalahan ini adalah melibatkan umat Islam sahaja.

"Apa juga tindakan yang diambil oleh PAS Selangor yang selari dengan peruntukan undang-undang yang ada hendaklah dilihat secara positif.

"Apatah lagi tindakan yang diambil bertepatan dengan hasrat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk melihat agama Islam ini tidak tercemar dan sentiasa dimartabatkan," katanya sambil menegaskan, PAS Selangor berada pada landasan yang betul dalam memperjuangkan isu itu.

Berhubung sama ada isu tersebut menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan, Dr Hasan menafikannya sebaliknya berkata ia hanyalah satu gelombang yang mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan di Selangor.

"Kami pandai untuk membezakan antara polisi dan tindakan yang diambil di peringkat masing-masing dan mungkin itu faktor yang tidak menampakkan ada ketidakseragaman antara kami.

"Malah dalam mesyuarat Exco tadi kalau dapat lihat, bagaimana suasana ukhwah dan muhibah antara kami dan saya juga duduk di sebelah Ronnie," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan kaedah kawal selia kendiri yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini dalam penjualan arak di kedai-kedai serbaneka di sini, Dr Hasan berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan kaedah itu.

"Kalau misalnya ada kelemahan, PAS sendiri ingin mengemukakan cadangan, mungkin peraturan kecil untuk memastikan apa yang dibuat itu lebih berkesan," katanya.

Katanya, beliau telah membuat pemantauan di kedai 7 Eleven Seksyen 8 yang sebelum ini menjadi 'hot spot' penjualan arak dan mendapati kedai itu tidak lagi menjual minuman tersebut.mstaronline

Zamri lawan Nizar:Umno tergugat-Tok Guru



KOTA BHARU, 12 Ogos (Hrkh): Kerana kehebatan dan kejayaannya menggugat Barisan Nasional (BN) khasnya Umno, menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di serang habis-habisan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik.
Bagi beliau, semuanya berdasarkan satu perkara sahaja iaitu dengki terhadap Ketua Pembangkang itu sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas serangan besar-besaran Umno terhadap Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini.

Ia bermula dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mendakwa Anwar adalah pengkhianat orang Melayu. Namun, tidak ada sebarang kenyataan yang jelas apa dia pengkhianatan yang dibuat Anwar.

Ekoran itu, Anwar menghantar notis peguam kepada Muhyidin dan meminta agar kenyataan itu ditarik balik dan meminta maaf kepadanya.

Namun, ia ditolak oleh Muhyidin bahkan selepas itu, Umno Johor berhimpun di Paguh dan meneriakkan perkataan "Anwar pengkhianat" secara beramai-ramai. Mereka juga mencabar Anwar menyaman mereka.

Menurut Nik Aziz, Umno seharusnya menyerang dasar perjuangan parti PKR dan bukannya individu sekiranya mendapati perjuangan parti itu tidak betul.

Image(Gambar: Hubungan rapat antara Anwar dengan Nik Aziz dan Abdul Hadi)

Katanya lagi, dalam sejarah ketamadunan manusia, Namrud dan Firaun walaupun berkuasa namun kerana menghianati ajaran Allah, mereka tetap menerima padah serta hukuman dari Allah walaupun berbangsa Arab.

Umno katanya, tidak wajar menyerang individu untuk menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dengan memburukkan Anwar Ibrahim, sebaliknya dasar parti yang perlu dikritik atau seumpamanya sekiranya ia tidak betul.

Beliau melahirkan rasa malu terhadap orang politik Malaysia yang menyerang individu secara besar besaran dengan mengatakan Anwar sebagai penghianat bangsa.

Jelasnya, kalau demikian hujjah Umno, Nabi Muhammad saw juga boleh diistilahkan sedemikian kerana baginda turut menentang bapa saudara yang sebangsa dengannya.

"Sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tak kata Nabi Muhammad ni penghianat bangsa, sebaliknya sebagai orang yang memperbodohkan pemimpin kami, itu saja tak ada pun sebut pengkhianat bangsa,�ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masaalah bangsa itu hanya akan timbul setelah masyarakat itu sendiri yang membangga-banggakan bangsanya, sedangkan seruan bangsa di Padang Mahsyar nanti tidak wujud.

Tambahnya, sekiranya bangsa cukup berharga di sisi Allah, tentu sekali bangsa Arab lebih berharga dari Melayu.

Menurutnya, kerana Anwar bersama Pakatan Rakyat dan semakin diterima rakyat, menyebabkan mereka takut dan cara yang difikirkan sesuai bagi mereka ialah menyerang ketua pembangkang itu secara peribadi.

"Kita ni nak naikkan (fahaman) politik, dan bukannya nak menaikkan atau memburukkan individu tertentu, tak betul, itu memalukan kita,"ujarnya.harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Isu arak,Umno menangguk di air keruh




Tindakan pemimpin BN-UMNO memanipulasikan isu penjualan arak adalah semata-mata bagi mengelirukan pemikiran dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Selangor yang berbilang kaum.

Malah UMNO dilihat terdesak sehingga sanggup mempolitikkan isu penjualan arak dengan tujuan melaga-lagakan parti komponen Pakatan Rakyat semata-mata untuk merampas kembali Selangor.

“UMNO dan Barisan Nasional cuba nak ambil kesempatan daripada isu-isu ini mengelirukan rakyat, saya rasa usaha mereka akan gagal sebab pemikiran rakyat lebih baik daripada pemikiran UMNO dan Barisan Nasional”, kata Dato’ Hassan Ali.

UMNO juga ketandusan strategi menakluk kembali Selangor setelah sekali lagi menimbulkan keresahan rakyat yang sebelum ini menggunakan isu penternakan babi berkelompok di Sepang tidak lama dahulu.

Natijahnya, usaha mereka gagal menjatuhkan Pakatan Rakyat walhal idea asal pembinaan bangunan penternakan babi itu daripada kerajaan Barisan Nasional yang lalu.

“Akhirnya kita tengok isu itu mati begitu saja kerana rakyat faham apa yang nak dilakukan oleh kerajaan negeri. Jadi mereka tidak puas hati dengan itu. Mereka mendapati satu sekarang ni, isu arak jadi isu arak ni sama dengan babi ialah isu yang kedua-duanya merupakan isu yang paling sensitif di antara golongan-golongan Islam dan bukan Islam”, kata Hassan Ali lagi.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali bercakap kepada TV Selangor bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang ingin Barisan Nasional merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Selangor mengeluarkan kenyataan supaya Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu Tian Kiew digugurkan daripada jawatannya setelah beliau mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan kembali minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Sekysen 8, Shah Alam bulan lalu.

Sebagaimana yang termaktub dalam peruntukan undang-undang jenayah syariah dan undang-undang kecil kerajaan tempatan, masing-masing menetapkan beberapa terma dan syarat tertentu bagi mengawal penyalahgunaan penjualan arak khususnya dalam kawasan penduduk majoriti Islam.

“Keadaan kalau ada sedikit pun pertentangan pendapat di antara PAS dengan DAP terutamanya, ini adalah disebabkan oleh tafsiran kita kepada beberapa perkara perlaksanaan, yang pertamanya undang-undang jenayah syariah, yang keduanya peraturan-peraturan kecil yang sedang dipraktikkan di PBT-PBT, dalam konteks Shah Alam ini ialah di MBSA”, katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap kepada semua pihak terutamanya media massa mendapatkan penerangan berhubung isu penjualan arak daripada Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja.

“Saya harap hanya penerangan daripada Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja yang dikira sebagai sahih yang lain-lain itu saya fikir adalah pendapat masing-masing yang tidak mewakili Parti Islam Semalaysia (PAS)”, tegasnya kepada pemberita. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN-SLGRKINI

Zamri lawan Nizar:Dr Asri-Patung Najib tidak patut di dirikan


PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian bahawa replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak patut didirikan sepertimana juga dalam pendiriannya yang sama sebelum ini terhadap replika Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Dr. Asri, beliau konsisten dalam pendirianya berhubung dengan perkara itu dan mahu pihak yang mempertahankan perkara ini satu masa dahulu turut konsisten dengan pendirian mereka.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta Dr. Asri menyatakan pendiriannya mengenai replika Najib yang didirikan di perkarangan kuil Batu Caves.

"Saya konsisten menyatakan seperti mana replika Anwar tidak patut didirikan, maka begitu juga replika Najib.

"Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya juga ingin melihat sejauh mana konsistensi pihak (PKR) yang membolehkannya dahulu," kata Dr. Asri.

Dr. Asri menyatakan perbuatan itu berunsur pemujaan pemimpin secara berlebihan dan ia tidak akan menguatkan kedudukan politik seseorang.

Tegas beliau, seorang pemimpin bukan dinilai pada besar kecil saiz patutungnya sebaliknya pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjayanya.

Dalam pada itu Dr. Asri menegur sikap PKR yang sering berubah pendirian apabila hanya membolehkan pemimpin mereka yang mendirikan replika.

"Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul.

"Sepatutnya mereka yang mempertahankan untuk Anwar, mereka juga kena mempertahankan untuk Najib kali ini," ujar beliau lagi.

Sebelum ini Adun Batu Caves, Amirudin Shari menjadi kontroversi ekoran replika penasihat PKR yang didirikan akhir tahun lalu.mstar

Zamri lawan Nizar:Ujian getir Umno di Permatang Pasir



PRESTASI cemerlang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Kelantan akan diuji sekali lagi di Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Barisan Nasional secara tradisinya akan meletakkan wakil UMNO manakala di pihak Pakatan Rakyat calon Pas akan bertanding di kerusi ini meskipun PKR juga mahu "mencuba nasib" di sini atas alasan kehendak akar umbi mereka.

Ironinya, majoriti penduduk di kedua-dua lokasi ini adalah datang dari kaum Melayu dan apa yang membezakan statistik pola pengundi disini kali ini ialah pertambahan angka pengundi-pengundi kaum lain yang meningkat kepada 25 peratus di Permatang Pasir.

Permatang Pasir adalah salah sebuah kawasan ADUN yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan peningkatan momentum kebangkitan BN pada kali ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, pakatan pembangkang kini tidak boleh mengambil mudah pertandingan yang dijangka sengit pada kali ini.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah diwarisi oleh Anwar sejak 1982 hinggalah hari ini tidak pernah menghasilkan cabaran yang mudah bagi UMNO. Pada pilihan raya umum yang lalu, ADUN Pas iaitu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman telah memenangi kerusinya dengan majoriti undi sebanyak 5,433 undi daripada 16,575 pengundi.

Allahyarham Hamdan yang telah memenangi kerusi itu sejak pilihan raya umum tahun 1999 menerima sokongan kuat daripada undi orang Melayu yang membentuk angka sebanyak 72.93 peratus daripada 20,350 pengundi berdaftar di kawasan tersebut.

Walaupun pada Pilihan Raya Umum ke-11 tahun 2004 yang telah menyaksikan kebangkitan UMNO pada ketika itu di samping kemerosotan Pas yang hilang banyak kerusi di kawasan Semenanjung sejak tahun 1999, Hamdan masih lagi berupaya mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 679 undi.

Bagi penganalisis politik, kemenangan pihak UMNO pada pilihan raya kecil kali ini adalah agak mustahil tetapi jika ia mampu dicapai, kemenangan ini boleh menjadi turning point bagi UMNO dalam merangka strateginya dalam usaha menawan kembali hati rakyat untuk menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Signifikan kemenangan UMNO pada kali ini adalah amat penting baginya secara khusus kerana ia memperlihatkan kembali sokongan orang Melayu kepada UMNO dan secara amnya kepada parti-parti komponen lain yang boleh mengambil "pendekatan bijak" UMNO dalam berkempen untuk memenangi hati rakyat.

Prestasi cemerlang UMNO di Manek Urai yang telah berjaya mengecilkan majoriti undi Pas yang hanya tinggal sebanyak 65 undi secara langsung banyak membuka mata dan telinga banyak pihak dan keadaan ini pasti menggusarkan pakatan pembangkang terutamanya Pas yang akan bertanding kali ini.

UMNO pasca kemenangan di Manek Urai semakin bersemangat untuk menang di Permatang Pasir kali ini susulan daripada beberapa isu dan peristiwa kontroversi yang melanda Pakatan Rakyat. Jika di Manek Urai, isu kerajaan perpaduan yang telah memperlihatkan kelemahan gabungan pakatan rakyat telah dimainkan dalam kempen UMNO dan BN tetapi ia disambut pula dengan isu royalti minyak Kelantan yang telah digunakan sebagai tindak balas kepada gelombang kebangkitan BN.

Namun begitu, pakatan rakyat kali ini sudah tentu gelisah dengan perkembangan mutakhir senario politik semasa. Kes liwat Ketua Umum PKR di Mahkamah, isu kelemahan pentadbiran kerajaan Menteri Besar Selangor, isu siasatan exco yang disyaki menerima rasuah juga di Selangor, kematian Teoh Beng Hock, perhimpunan haram Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), isu penjualan arak secara terbuka di Selangor dan yang terbaru isu Jeff Oii yang melabel kumpulan JIM sebagai ekstremis yang menyokong keganasan adalah merupakan rentetan kepada kelemahan dan "ribut" yang sedang melanda kerajaan pakatan pembangkang.

Perkembangan mutakhir inilah yang boleh memberikan kelebihan kepada BN dan UMNO secara khususnya untuk meneruskan strategi menawan kembali hati rakyat terhadap perjuangannya. Kempen pilihan raya secara berhati-hati yang telah dilakukan di Manek Urai perlu dikekalkan UMNO dalam usahanya untuk merampas kembali kawasan Permatang Pasir sekali gus akan meningkatkan momentum BN kelak.

Namun begitu, kemenangan yang dimimpikan BN di Permatang Pasir adalah dijangka bukan mudah. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang mempunyai tiga kawasan DUN di bawahnya iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya masih sinonim dengan Anwar Ibrahim manakala swing vote penduduk Cina dan India pada pilihan raya umum yang lalu kepada Pakatan Rakyat masih menghantui BN.

Krisis perpecahan dalaman UMNO Permatang Pauh juga sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada persiapan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang ini.

Sungguhpun kemenangan BN dan UMNO pada kali ini kelihatan agak sukar, tetapi jika ia dapat direalisasikan ia secara langsung akan menghentikan momentum kejayaan pakatan pembangkang seperti yang telah ditunjukkan dalam enam kali pilihan raya kecil yang telah dilangsungkan selepas pilihan raya umum yang lalu.

Jika menang ia juga merupakan suntikan moral bagi UMNO yang kini hanya berstatus pembangkang di negeri Pulau Pinang yang mana ia menyaksikan wakil rakyat dari DAP yang mempunyai majoriti terbesar dalam DUN di Pulau Pinang.

Sesungguhnya, Permatang Pasir merupakan medan ujian kredibiliti kerajaan pakatan pembangkang terutamanya di tiga negeri di bawah pentadbirannya. Isu meroboh kandang babi di Kedah, isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan krisis kelemahan pentadbiran kerajaan negeri di Selangor dan isu-isu lain adalah rentetan isu yang boleh dihakimi oleh rakyat terhadap kredibiliti pakatan pembangkang.

UMNO dan BN seharusnya perlu berusaha dengan bijak untuk keluar sebagai pemenang dalam pertandingan ini dan sewajarnya patut meletakkan kejayaan ini sebagai kembalinya sokongan rakyat dan menandakan kebangkitan semula UMNO dan BN sebagai parti unggul memperjuangkan nasib dan hak rakyat.

Penulis ialah Tutor, Bahagian Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.detikdaily

Zamri lawan Nizar:Futsal persahabatan Pemuda Besut


Pasukan Air Tawar B dan Seberang Kastam yang muncul Naib johan dan ke 4 semasa Kejohanan sempena Himp-best 2009
Pasukan Air Tawar B dan Gong Badang yang muncul Johan dan ke 3 semasa kejohanan sempena Himp-best 2009

Antara sebahagian AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut yang mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan termasuk Ketua Pemuda Ust Zulkifli Kadir,berdiri tiga dari kiri

Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut hari ini telah mengadakan satu perlawanan persahabatan antara AJKnya dan pasukan yang layak ke separuh akhir bolasepak pantai sempena Himp-best yang lalu.Program anjuran Lajnah Sukan dan Rekreasi Pemuda Besut itu antara lain bertujuan merapatkan tali persaudaraan antara AJKnya.Disamping itu ianya sebagai latihan bagi 4 pasukan di atas yang akan menyertai Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya mewakili Kawasan Besut yang di adakan pada 14/ogos/2009 di Kuala Terengganu.Perlawanan yang bermula jam 10.30 mlm dan berakhir jam 12.30 pagi itu di adakan secara liga dan di bahagikan kepada enam pasukan.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....