Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 Februari 2012

[ Video ] Kelantan miskin: Ku Li bidas Najib



KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin.

"Saya tak nak dengar percakapan macam itu, buat malu sahaja," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib di satu majlis Lahad Datu, baru-baru ini kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah, negeri dibawah bayu itu.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

"Kita boleh rasa seronok lah dengar berita ini, tapi takkan lah kita nak biar Kelantan menjadi negeri termiskin pulak.

"Apakah kita ini nak terus membanding satu negeri yang miskin dengan satu negeri yang lain. Sampai bila kita nak tengok negeri ini miskin," soal Ku Li lagi yang juga anak kelahiran Kelantan dan kini ahli parlimen Gua Musang.

Mengulas lanjut perkara itu Ku Li berkata, jika benar sekalipun Sabah sudah mengatasi Kelantan, seorang pemimpin negara sewajarnya memikirkan langkah penyelesaian untuk memajukan negeri yang didakwa tercorot itu, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dengan perbezaan kedua-dua negeri tersebut.

Apatah lagi katanya majoriti masyarakat di Kelantan adalah Melayu dan sewajarnya dibantu.

"Macam Kelantan pulak, yang tinggal di sana anak Melayu. Takkan kita tak nak cari jalan nak perbaiki kehidupan orang Melayu di Kelantan berbanding dengan orang-orang lain.

"Kita juga nak pejuangkan anak-anak Melayu dapat nikmat daripada minyak (royalti) dan sebagainya supaya kehidupan mereka berubah dan taraf hidup mereka meningkat naik berbanding orang lain," tegasnya yang juga kini sebagai Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).Hrkh

Di Kelantan Remaja Didenda RM 500 Kerana Tidak Menutup Aurat

KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.

Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.SH

Israel : Kenyataan Rasmi Tok Guru Nik Aziz Selepas Bertemu DS Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

"Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine.

"Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan rasminya selepas bertemu dengan Anwar semalam.

Berikut adalah kenyataan penuh Mursyidul Am PAS:

DATUK SERI ANWAR, PALESTIN DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Demo Anti ISA - Pemuda Pas Setiu Antara Yang DiDapati Bersalah

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda PAS dari DUN Jabi, kawasan Setiu adalah antara 16 individu yang didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana terbabit dengan perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri tiga tahun lalu.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim, beliau adalah  Mohd Shukri Mohamad, 40 tahun, yang berasal dari Jertih, menetap di Alor Serdang.

“Mohd Shukri Mohamad,  asal Jertih, menetap Alor Serdang, 11 OKT didapati bersalah, Shukri OKT No 2, (beliau) ditahan pada pagi sebelum himpunan (bantah ISA) dekat Masjid Jamek (Kuala Lumpur) kerana memiliki t-shirt (kemeja T) anti ISA,”ujarnya ketika dihubungi.

Dr Azman (Gambar bawah)  berkata demikian ketika mengulas keputusan hakim mahkamah terbabit Ainul Shahrin Mohamad yang memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah.

Menurutnya, beliau dihubungi oleh Ketua Keselamatan PAS Setiu, Rosdi Ibrahim, yang hadir mendengar perbicaraan itu diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Alor Serdang, Ramdan Abdullah.
Menurut  Malaysiakini, pada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang dihadapkan ke di mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.Selain itu, mereka juga dituduh di bawah Akta Polis 1967.

Mereka didakwa itu adalah Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad , Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib.

Israel : Dewan Ulama Pas akan teliti penjelasan Anwar

SHAH ALAM – Dewan Ulama Pas akan meneliti penjelasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan kontroversi berkenaan kepentingan Israel, yang disiarkan oleh Wall Street Journal bulan lalu.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, pihaknya belum mendapat maklumat mengenai perbincangan yang dijalankan dan akan membuat kenyataan sebaik sahaja mengetahui secara terperinci penjelasan Anwar.

“Saya belum dapat maklumat lagi mengenai perbincangan Anwar dan Nik Aziz. Saya juga tidak tahu apa yang mereka bincang. Insya-Allah, setelah dapat keterangan mengenai apa yang Anwar cakap itu, saya akan beri ulasan.

“Saya akan teliti dahulu apa yang dikatakan anwar kepada Nik Aziz,” katanya kepada Sinar Harian.

Anwar bertemu dengan Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan pendiriannya di ibu negara, pagi semalam. Pertemuan itu berlangsung selama sejam.

Dalam reaksi awal, Anwar berkata, Nik Abdul Aziz menerima penjelasan beliau manakala Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya semalam, Nik Abdul Aziz juga berkata, Pas masih berpegang dengan pendirian asal tidak sama sekali akan mengiktiraf hak Israel.

Dalam kenyataan dikeluarkan 1 Februari lalu, Dewan Ulama Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar yang didakwa dilaporkan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Harun berkata, isu keselamatan Israel tidak sepatutnya ditimbulkan kerana menjadi keutamaan untuk mengembalikan hak dan kepentingan rakyat Palestin.

Katanya, rakyat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri dan disebabkan keadaan itu, setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

“Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

“Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,” katanya.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....