Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 7 September 2011

MB Johor Sifatkan Mat Indera Sebagai ' Pengganas Yang Kejam '


NUSAJAYA, 7 Sept – Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan,” katanya dipetik Bernama Online.
“Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
“Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” kata beliau.
Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.
Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku “Pengukir Nama Johor” pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.
Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.
Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
Mengenai buku “Pengukir Nama Johor”, Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.
Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.TMI

Bukit Kepong : Sidang Media Adik Mat Indera [ Video Disertakan ]




KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kerajaan BN diminta membersihkan imej Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara kerana beliau ternyata seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Sehubungan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula memandangkan sejarah yang ada kini terdapat terlalu banyak penyelewengan dari fakta yang sebenar.

Adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, berkata, fakta sejarah perjuangan sebenar mengenai abangnya sememangnya terlalu banyak yang diselewengkan dan amat perlu dikaji semula oleh ahli-ahli sejarah. [Gambar: Baharom Shah (tengah) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor bersama Suhaizan dan Khairul Faizi pada sidang media di Pejabat Agung PAS.]

Menurut beliau, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

Katanya, namun abangnya telah dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak British ketika menjajah negara kita dulu dan ia perlu dikaji semula bagi membersihkan imej dan nama baik ahli keluarganya.

"Dalam hal ini, para pemimpin Umno perlu bersikap jujur terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ahli-ahli sejarah juga perlu mengkaji semula fakta-fakta sejarah yang telah diselewengkan itu dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja.

"Bagaimana abang saya boleh dituduh pengkhianat, sedangkan beliaulah yang telah menyelamat salah seorang anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar, anak kepada anggota polis marin di Bukit Kepong," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, terdapat ramai lagi mangsa yang telah diselamatkan oleh abangnya dalam tragedi di Bukit Kepong.

"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, Mat Indera datang lewat ke Bukit Kepong semasa kejadian pada 23 Februari 1950. Beliau datang bukan untuk bertempur sebaliknya datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat," katanya yang berasal dari Bakri, Muar, Johor.

Mat Indera, jelas beliau, mendapat ancaman tangkapan daripada penjajah sebelum dari peristiwa Bukit Kepong sehingga ditawarkan sejumlah $25 ribu dan selepas peristiwa Bukit Kepong tawaran telah ditingkatkan sebanyak $75 ribu.

Katanya, akhirnya Mat Indera telah ditangkap cara tipu helah di Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat pada tahun 1952 dan beliau ada menziarahi abangnya di lokap Batu Pahat bersama ibu dan neneknya.

"Sebelum kejadian Bukit Kepong, abang saya, Johan Shah dan ayah telah dibuang daerah ke Singapura. Ibu, ayah dan nenek telah diseksa oleh polis British. Abang saya telah dihukum gantung sampai mati oleh Kerajaan British di Taiping, Perak," jelasnya.

Mat Indera mempunyai 12 orang adik beradik dari satu bapa dan dua ibu. Adik beradiknya dari ibu pertama seramai 8 orang, manakala dari ibu kedua seramai 4 orang. Mat Indera adalah anak kedua dari ibu pertama dan Johan adalah anak bongsu kepada ibu yang sama dengannya, manakala Baharom adalah anak pertama kepada isteri kedua ayahnya.

Katanya, kini negara kita telah sekian lama terlepas dari cengkaman penjajahan British tetapi beliau amat kesal Kerajaan BN masih juga belum mengambil sebarang usaha untuk membersihkan imej abangnya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan langkah yang diambil oleh pihak PAS untuk membersihkan imej abangnya itu dan juga imej pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang lain yang dituduh pengkhianat oleh pihak British, dalam usaha untuk mengkaji semula sejarah kemerdekaan tanah air.

"Usaha murni ini amat perlu dilakukan sama oleh Umno dan Kerajaan BN tanpa mengira ideologi politik kerana ia adalah untuk kepentingan tanah air yang kita cintai," ujar beliau. Hrkh

Pertemuan Najib-hakim dibimbangi pengaruhi kes Anwar

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan para hakim hari ini, dibimbangi sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas pertemuan tersebut yang dikatakan untuk memberi taklimat bagaimana dana kerajaan persekutuan diguna untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.

“Dari segi prinsip ketelusan undang-undang, ia dilihat satu perkara yang bercanggah dengan pemisahan dalam sistem pentadbiran negara (Eksekutif dan kehakiman).

“Ia memeranjatkan apabila ketua hakim negara telah melanggar kepada prinsip asas itu. Sangat meragukan apabila seorang hakim dilihat membuat kunjungan hormat dalam keadaan PM bakal menjadi saksi dalam kes Fitnah terhadap Anwar yang sedang berjalan,” kata Shamsul.

Shamsul berkata, jika perkara itu berterusan, integriti badan kehakiman akan menjadi semakin teruk dan parah.

“Saya juga menganggap ini merupakan satu indikasi bahawa Najib mungkin akan diselamatkan oleh hakim agar tidak perlu menghadiri sebagai saksi sepertimana yang dilakukan oleh bekas PM Tun Mahathir di mana alasan yang diberikan tidak relevan.

“Apa relevan tindakan hakim berjumpa dengan Najib,” ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.

Ketua Hakim Negara yang bakal bersara, Tun Zaki Azmi hari ini dilapor berkata, pertemuan tersebut bukan perkara baru kerana ia pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri.

Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman- yang dulunya dikenali sebagai Istana Keadilan- pada petang ini.

Tun Azmi juga menyatakan pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman ke mahkamah lebih tinggi pada masa ini lebih telus kerana ia dilakukan menerusi undi sulit. Sebelum pelantikan dibuat melalui JAC, kata Zaki, beban pelantikan hakim adalah pada pihak eksekutif dan ketua hakim.Keadilandaily

Isu Kemerdekaan : Persolan Panas Yang Perlu Dijawab Oleh Umno



1.Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

4.Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ?


6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?


7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa?

12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat - imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ?

13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya?

14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa?

Tauliah: Pesuruhjaya PAS Selangor Dakwa Tindakan Jais Bermotif Politik

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman tidak menolak kemungkinan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membatalkan tauliah kuliah agama yang dikeluarkan kepada beliau tahun lalu bermotifkan politik ketika pilihan raya umum ke-13.

Malah, Dr Rani mendedahkan beliau juga difahamkan ramai lagi pemimpin PAS Selangor dan dari negeri-negeri lain turut telah ditarik balik tauliah yang membenarkan penyampaian kuliah agama di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Bagaimanapun beliau tiada jumlah angka yang tepat mengenai pemimpin-pemimpin PAS yang terbabit.

Selangor diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.

“Saya difahamkan ramai lagi pemimpin PAS sudah ditarik balik tauliah, tidak disambung tempoh kelayakan tauliah,” kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

“Saya fikir ia ada kaitan dengan politik, kerana pilihan raya sudah dekat... mereka sedar pemimpin-pemimpin PAS sudah semakin dekat dengan rakyat... mereka yang datang ke masjid dan surau, yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata beliau sambil menambah, pihaknya akan mengadakan satu sidang media penghujung minggu ini bagi memberi penjelasan tentang perkembangan terbaru.

Bulan lalu, PAS dan Jais menjadi bahan perhatian ekoran isu tindakan agensi agama itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utara. PAS bercadang bertemu dengan Jais dalam isu itu tetapi ditangguhkan sementara.

Malah kata Dr Rani, Badan Perhubungan PAS Selangor akan membuat pendirian pada mesyuarat bulannya minggu depan.

Semalam, Jais mengenakan tuduhan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah ketika Ramadan.

Perbicaraan ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang. Khalid dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa menyampaikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberi tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Dr Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Jun lalu manakala Khalid, Yang Dipertua PAS Shah Alam pula sebagai salah seorang timbalanya.

Adun Meru itu menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri bagi hal ehwal agama sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jais mewajibkan mana-mana pihak walaupun berlatarbelakangkan pendidikan agama mendapatkan permit atau tauliah, dan ia akan diperbaharui setiap tahun.

“Saya diberikan tauliah oleh Jais, kali pertama, tahun lalu, dan ini tidak diperbaharui tahun ini dan ditarik balik... tiada sebab diberikan,” kata Dr Rani.

Wakil rakyat itu berkata, sementara menuntut penjelasan daripada Jais atas tindakan mereka itu, beliau akan terus memberi kuliah agama di masjid dan surau, tidak kira tindakan yang hendak diambil oleh Jais kelak.

“Saya cuma menyampaikan kuliah menyentuh kebenaran tentang Islam. Tak akan saya tidak boleh berbuat demikian, tidak boleh cakap mengenai Islam? Saya akan teruskan kuliah saya di masjid, jika mereka kata salah, bawa saya ke mahkamah, kita jumpa di mahkamah,” katanya lagi.

“Apapun kami akan bertemu dengan Jais untuk mendapatkan bukti, minta mereka tunjuk bukti... alasan mereka membatalkan tauliah yang diberikan kepada saya,” kata beliau lagi.TMI

Gambar Kubur Mat Indera Di Taiping


9 Syawal 1432H. [MOD] -Kubur Mat Indera yang terletak di Tanah Perkuburan Islam kampung jambu, Taiping yang kelihatan bersih dan terurus walaupun sudah 58 tahun jasadnya disemadikan di situ.. Al- Fatihah .Gambar : Sinar harian

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....