Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 24 Jun 2011

Komentar : Perbicaraan 'Datuk T' atau Pesta Serang Anwar?

Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu ?
Atau, adakah memadai untuk Peguam Negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar.
Tidak ada peluang untuk peguam- peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth Colle ge Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan 'Datuk T'.
Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh Peguam Negara, Polis dan peguam 'Datuk T' untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka.
Pada masa sama mereka menutup ruang untuk Anwar mempertahankan diri seraya memeriksa laporan “pakar” dan bukti- bukti lain yang dikemukakan semalam.
Justeru persoalan yang amat relevan adalah : Adakah Peguam Negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau ?

Jika jawapan Gani adalah “Ya”, maka ia akan membolehkan peguam Anwar menguji “bukti- bukti” pakar polis yang dimaksudkan mengenai video lucah itu serta memperinci “semangat patriotik’ gandingan 'Datuk T' dalam menayangkan video lucah berkenaan.
Sayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shuib Lazim dan Eskay Abdullah tidak pula mengaku TIDAK bersalah dengan hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan kerana mencari keuntungan diri.
Jika mereka berani meminta dibicarakan, maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan peguam- peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak menyoal balas “pakar- pakar” pendakwaraya.
Namun ini tidak berlaku. Gandingan 'Datuk T' sebaliknya cepat- cepat mengaku salah, dan membayar denda ringan. Sebaik sahaja keluar mahkamah, 'Datuk T' dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan tuduhan terhadap Anwar.

Satu aspek menarik mengenai kes mahkamah 'Datuk T' adalah bagaimanakah peguambela mereka, Datuk Shafee Abdullah, memperolehi laporan daripada profesor Amerika itu jika dokumen itu adalah sulit dan dipegang oleh polis ?

Tok Guru Nik Aziz Sokong Himpunan Aman Bersih 2.0

KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.

Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.

“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.

Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.

“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.

“Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau.Hrkh

Video Seks : Trio Datuk T Hanya Didenda Antara RM 1000 - RM 3000

Trio Datuk T (dari kiri) Shuib Lazim, Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah ketika berada di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR 24 JUN : Ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka terhadap kesalahan menayangkan video lucah dan bersubahat berbuat demikian pada 21 Mac lalu.


Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim yang didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama seksyen 34 mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan rakaman video lucah secara terbuka di Carsosa Seri Negara 21 Mac lalu.

Manakala bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dituduh di bawah seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi perbuatan persubahatan.

Rahim juga mengaku bersalah di hadapan hakim Aizatul Akmal Maharani.

Oleh yang demikian Eskay dikenakan hukuman denda RM3,000, Shuib RM1,500 dan Rahim dikenakan denda RM1,000.

Eskay diwakili peguam Zamani Ibrahim, Shuaib diwakili Suhaimi Salleh manakala Abdul Rahim diwakili Datuk Shafee Abdullah.

Fakta kes yang dibacakan antara lain menyebut kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang di mana seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita warganegara China.

Turut dinyatakan polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan kelibat individu yang didakwa Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama Eskay dan masuk ke pangsapuri.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Benarlah dakwaan DS Anwar " DISINI " bahawa mereka hanya dikenakan denda yang minimum.Pendakwaan mungkin hanya mahu menunjukkan bahawa mereka hanya sendirian membuat dakwaan fitnah jahat keatas DS Anwar.

Sedangkan kita semua tahu siapa sebenarnya dibelakang mereka....Huruf condong

Hina Islam : Heret Utusan ke mahkamah !!!

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan ke atas pihak Utusan Malaysia berhubung karikatur yang disiarkan 15 Jun lalu, didakwa menghina Islam( gambar kiri ).
DMMP juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.
Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat gesaan tersebut selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi pagi tadi.
"Kami harap tindakan yang sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera kerana tindakan Utusan Malaysia jelas menghina dan merendah-rendahkan martabat Islam serta mempermain-mainkan hukum yang telah tersabit dalam Islam," kata beliau.
Memorandum tersebut diterima penolong pegawai tadbir bahagian khidmat pengurusan Jawi, Nasaruddin Mohd Zainal.
Karikatur yang dihasilkan pelukis yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.
Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan 'tok penghulu' yang berimejkan seorang alim.
Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.
Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.
Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut.
Siti Zailah turut mendakwa tindakan Utusan Malaysia itu meletakkan akhbar milik Umno itu setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW.
Sehubungan itu DMPP mahu editor Utusan Malaysia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukum Qazaf yang jelas termaktub dalam al Quran dan sunnah serta hukum jenayah Islam.
"Tindakan ini berlandaskan peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Gambar : ' Trio Datuk T ' Di Mahkamah,Mengaku Bersalah Tayang Video Lucah





Sumber gambar : Mstar,Malaysiakini dan The Malaysian Insider

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....