Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 Februari 2011

Fitnah 2 : Peguam Anwar Dakwa Saksi Berbohong


KUALA LUMPUR: Pada perbicaraan sebelah petang kes liwat II membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan peguam bela Sankara Nair terus menyoal balas saksi kedua, iaitu pakar patologis Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng.
Sankara berkata tiada dalam laporan kimia menyatakan ujian dilakukan ke atas bahan bukti berdasarkan keterangan awal Dr Siew. Tambahnya, Dr Siew membuat analisis berdasarkan laporan perubatan yang tidak lengkap.
“Anda hanya berdasarkan laporan tidak lengkap dan membuat kesimpulan ada panetrasi,” kata Sankara. Namun, cadangan itu ditolak doktor berkenaan, justeru Sankara membangkitkan isu bekas yang digunakan untuk menyimpan spesimen yang diambil daripada Saiful yang tidak ‘kalis suhu’.
kemudian didedahkan contoh bekas spesimen yang digunakan HKL. Dr Siew turut menjelaskan cara spesimen disimpan dalam bekas itu, selain tandatangan pada botol tersebut.
Bagaimanapun, Dr Siew mengatakan beliau tidak menandatangani plastik termateri yang memuatkan botol itu.
Dalam pada itu, mahkamah diberitahu Dr Siew turut mengambil sampel daripada mulut dan lidah pengadu kerana Saiful mendakwa diarah melakukan seks oral ketika kejadian.
Dakwaan seks oral itu mengejutkan kerana tiada tuduhan tersebut dikaitkan dalam kes itu sebelum ini
Sankara berkata adalah penting bagi seorang doktor untuk mengambil sampel daripada dubur pengadu kerana kes itu melibatkan tuduhan liwat.
“Panetrasi dubur amat penting tapi anda (Dr Siew) hanya mengambil sampel daripada mulut dan lidah,” ujar Sankara. Peguam bela terus mempersoal protokol asas yang dilakukan pakar perubatan dalam kes liwat. Beliau menyatakan Dr Siew mengemukakan jawapan secara selektif dan bias terhadap tertuduh.
“Anda (Dr Siew) tidak jujur di mahkamah dengan cuba menyembunyikan sesuatu yang menyebelahi Anwar. Anda hanya menyatakan perkara yang prejudis terhadap anak guam saya,” tambah Sankara lagi.

Lagi al-Quran terkecil ditemui

KOTA BHARU - Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini.

Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal.

Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid.Kosmo

Gaps Dicabar Dedahkan Siapa Adun Selangor Yang Hidup Mewah

SHAH ALAM 14 FEB : Adun Sekinchan, Ng Sue Lim menggesa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) segera mendedahkan siapakah wakil rakyat yang didakwa gabungan itu sebagai hidup mewah yang luar biasa.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan Selangor tidak akan berkompromi sekiranya ada di antara Adun mereka yang memungut kekayaan kerana salah laku mahupun penyelewengan.

" Dedahlah! Saya mencabar mereka kalau ada bukti,dedahkan. Kalau sekiranya ada penyelewengan dalam Pakatan Rakyat, yang hidup mewah selepas menang, yang dulu miskin, sekarang kaya raya. Tolong dedahkan, kita setuju. Kita mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan. Sekiranya ada, tolong dedahkan," tegas Sue Lim.

Pengerusi Gaps,Hamidzun Khairuddin dalam Sinar Harian hari ini berkata, Gaps sedang mengumpulkan maklumat mengenai sepuluh Adun yang dimaksudkan.

Mereka didakwa memiliki kereta mewah dan juga banglo selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat. Namun katanya, pendedahan hanya akan dibuat tidak lama lagi.

" Saya rasa senang sahaja (dalam kes ini). Tidak perlu beliau cuba untuk mendedahkan, cuba untuk mencabar, cuba untuk menghebohkan! Beritahu sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebab SPRM adalah konco mereka dan mereka akan siasat," tambah Sue Lim lagi sambil berkata, beliau ragu dengan peranan Gaps yang mendakwa mereka sebagai badan bukan kerajaan.

Menurut Sue Lim, beliau meragui sejauh mana Gaps yang diketuai oleh bekas Setiausaha Umno bahagian Kapar sejak 2008 yang hanya meletakkan jawatan untuk mengetuai Gaps awal tahun ini, menjalankan tugas sebagai sebuah badan bukan kerajaan.

" Saya juga hendak minta "Gabungan Anggota Pengikut Sesat (GAPS)" yang diketuai oleh Hamidzun ini patut juga pada masa yang sama yang kononnya sebagai NGO,walaupun menipu, cuba lah tengok sendiri, cerminlah diri dahulu pemimpin Umno termasuk ketua bahagian. Jangan kata ADUN, ketua bahagian yang ada sekarang. Yang kaya raya dan termasuk ADUN satu penggal. Baru satu penggal," kata Sue Lim.

Sementara itu, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, Gaps perlu membuktikan sama ada dakwaan mereka bersandarkan fakta atau hanya andaian semata.

Ujar beliau, kalau ia hanya satu andaian maka apa yang katakan oleh pengerusi Gaps itu adalah fitnah.

" Persoalannya sekarang ialah, adakah berlaku penyelewengan kuasa, penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan seseorang itu kaya?," kata Dr Halimah.

" (Tapi ada juga) di antaranya orang (ADUN) yang sememangnya berjaya dalam perniagaan dan sebagainya," jelas Dr Halimah seraya menegaskan penjelasan perlu diberikan oleh Gaps supaya kerajaan negeri boleh bertindak jika dakwaan tersebut adalah benar.TVS

Krisis Mesir: Tentera bubar Parlimen, gantung perlembagaan



KAHERAH, 14 Feb — Pihak berkuasa tentera mengumumkan keputusan membubarkan Parlimen Mesir dan menggantung perlembagaan negara itu — dua hari selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas 30 tahun berkuasa.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi stesen TV kerajaan semalam, majlis tertinggi tentera berkata, mereka akan kekal dalam kuasa selama enam bulan atau sehingga satu pilihan raya yang baru diadakan.
Parlimen semasa Mesir didominasi oleh penyokong Hosni yang tumbang ekoran kebangkitan rakyat selama 18 hari ini Jumaat lalu.
Sebelum ini Hosni berkata mahu kekal sebagai presiden sehingga September ini.
Kenyataan itu berkata, majlis tertinggi tentera akan menggantung perlembagaan dan akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru sebelum diadakan pungutan suara.
Perlembagaan semasa menghalang banyak parti dan kumpulan bertanding dalam pilihan raya, menyebabkan parlimen Mesir dikuasai penyokong-penyokong dari Parti Demokratik Nasional, yang setia kepada Hosni.
BBC juga melaporkan pengumuman itu bermakna pilihan raya kemungkinan akan diadakan Julai atau Ogos ini berbanding September.
Laporan Reuters memetik pembangkang Ayman Nour, yang mencabar Hosni pada pemilihan presiden 2005 berkata, langkah tentera itu menunjukkan “kemenangan revolusi.”
Sementara itu, perdana menteri sementara Ahmed Shafiq berkata, keutamaan mereka sekarang ialah memulihkan keselamatan Mesir.

Video : Jangan Takut Sokong Pas,Wang Ehsan Bukan Duit BN !!!




DUNGUN - Masyarakat Cina DUN Sura mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly kerana telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina dan memberikan sumbangan kepada kaum Cina.

Wakil masyarakat Cina, Cikgu Tan @ Tan Eng Hoe (gambar) berkata, Ustaz Wan Hassan sanggup mengeluarkan wang ringgitnya sendiri demi untuk meraikan dan memberi bantuan kepada kaum Tiongua.

“Saya bagi pihak penerima sumbangan mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Yang Berhormat Ustaz Wan Hassan diatas sumbangan walaupun dengan wang ringgitnya sendiri dan juga dari rakan-rakanya untuk raikan Tahun Baru Cina kita pada tahun ini,”ujarnya Cikgu Tan.

Menurutnya, beliau dan masyarakat Tionghua tahu, bukan tahun ini saja masyarakat Tionghua diraikan malah sudah bebarapa tahun diraikan dalam sambutan Tahun Baru.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa dukacitanya kerana ramai dikalangan orang Cina yang hadir dalam Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina yang diadakan disini pada Sabtu, 12 Februari.

“satu lagi yang saya ingin menyampaikan ialah kepada kaum Cina yang hadir pada malam ini, saya berasa gembira dan megah bahawa saya sudah beberapa tahun menghadiri majlis ini,

“dan saya dapati (tahun ini) paling ramai itu pun (kalau) tidak disebab kan ada beberapa acara perkahwinan di Kijal dan di Kuala Terengganu (pasti) lebih ramai akan hadir,”jelasnya ketika berucap.

Cikgu Tan yang juga bekas guru besar sebuah sekolah di daerah ini melihat, orang-orang Cina tempatan lebih berani berbanding sebelumnya.

"Dulu takut untuk tampil ke hadapan, tengok tadi bila di jemput datang ke depan senang je (muncul).kalau dulu memang susah,"katanya.

Beliau juga memberi nasihat kepada masyarakat Cina supaya jangan takut dengan sebarang ugutan dari mana-mana pihak sekiranya mereka menyokong PAS.

"Janganlah takut bila kita selalu diugut kalau beri sokongan kepada pihak PAS atau PR, (diugut) nanti wang ehsan tak dapat.....saya 3 tahun dah tak dapat..........tak raya dah saya kerana tak leh duit ehsan,"perli Cikgu Tan.

Menurutnya, wang Ehsan yang diberikan oleh parti Barisan Nasional (BN) bukanlah wang parti tersebut tetapi wang itu adalah dari hasil minyak negeri Terengganu yang sepatutnya dinikmati oleh setiap rakyat Terengganu.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat Cina supaya menyokong Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Katanya, banyak propaganda yang diada-adakan oleh BN untuk menakut-nakutkan orang Cina sebagaiman yang dilakukan dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini.

"kalau kita pergi (ke) Kelantan kita tengok orang-orang (Cina) Kelantan, mereka lebih gembira, nak minta tanah pun senang nak dapat,

"jadi kita jangan takut, pada zaman nabi (Muhammad SAW) dulu (ada di)sediakan tempat duduk untuk bukan Islam, untuk menjaga hal ehwal orang bukan Islam,"tegasnya.

Menurutnya lagi, ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, PAS telah melantik Encik Ng Chai Hing sebagi wakil bagi masyarakat Cina.

Justeru, kata beliau, sekiranya berlaku pilihanraya umum ke-13 nanti, jangan takut untuk mengundi PAS ataupun parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....