Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 15 Januari 2013

Video : Forum Di UUM Cetuskan Kritikan Hebat

Video sesi forum di UUM di mana jurucakap pro-Bn telah menyerang seorang mahasiswa.



KUALA LUMPUR: Rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke Youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas memamparkan seorang ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar KS Bawani dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri dihadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suaran Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA dan semua tahu KIMMA adalah komponen baru dalam BN.

Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di dalam twitternya.Menurut beliau mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Dalam pada itu juga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya terpaksa  menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN.

Mengulas klip video ini, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, Syarifah telah menunjukkan satu sikap dan budaya angkuh, sombong dan tidak hormat kepada orang lain, apatah lagi dalam konteks ini dia adalah tetamu yang dijemput masuk ke UUM untuk bertemu dengan pelajar dan sepatutnya berperanan sebagai seorang panelis sahaja.

"Bersikap memaksa, lebih menghampiri 'brainwash approach' minda pelajar. Ini tidak sepatutnya dibudayakan di menara gading dan sangat bertentangan sama sekali," katanya ketika dihubungi.

"Posisinya sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sendiri jelas membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada jentera besar 1 Malaysia yang umum tahu menjadi agenda utama umno BN," katanya.

Athirah juga telah menghubungi Bawani dan memberi sokongan moral kepada beliau sekali gus berharap seluruh mahasiswa juga menjiwai keberanian Bawani.

"Insyallah kita akan mengadakan sidang media bersama Bawani esok, masa dan tempat kita akan maklumkan kemudian," katanya.

 Ekoran klip video itu juga, hashtag "listen" kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter.Hrkh

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bodoh pyer pompuan..
Klu x compare dgn negara lain,nk guna indikator apa utk buat perbandingan...
Malaysia ni hanya sebuah negara didalam globe,bkn sebuah planet yg lain smpai x ble nk compare dgn negara lain..
Ko ingt atitude ko tu baik sgt ker Arrogant dgn sutdents..they more educated drpd yg ko sangka la Saripah oii..
Dgr Ikrar pon kelakar nk mampos..
X jwb soklan sbnrnya minah ni..
Klu ni mcm la stail Ketua Wanita 1 Malaysia,kompom BN makin cepat tumbang..
Terima kasih sbb menunjukkan sbb kpd rakyat utk menolak kamu ke gaung masa PRU13 nanti..

Tanpa Nama berkata...

Apalah pempuan KIMMA ni....student tanya pasal pendidikan percuma, dia cakap pasal haiwan pulak.....

Tanpa Nama berkata...

Memang sesuai dia ketua SW1M kerana menumpang kapal yg hampir nak karam kena pandai berenang.

Tanpa Nama berkata...

Salam Sdr Blogger;

Inilah mentaliti pelapin kerajaan bn hari ini. Jika sdr2 masih ingin memberi undi kpd bn pada PRU 13 sdr sama2lah menempah kapal ke CUBA, ARGENTINA dsb.... kerana mengikut pemimpin bn yg berfikiran sempit ini hanya bn yg boleh memerintah dan melakukan perkara betul. Tapi saya meragui jika yg menghentam pelajar itu duduk di tempat pelajar... Bayangkan hingga pemikiran kita juga nak dikontrol''''' Tunggulah, masa kamu juga aakan ada akhirnya. Takutilah ALLAH, jangan kita bongkak dibumiNya ini.

Tanpa Nama berkata...

Hai kalau tak bandingkan dengan negara lain nak bandingkan dgn siapa. Bodoh

Tanpa Nama berkata...

Orang cakap hal pendidikan percuma dia cerita masalah binatang.Doktor binatang agaknye dia nih??Apa punya bodoh orang ni.Confirm dia ni tak ada idea dan tak ada skil untuk berhujah. Macam mana wanita KIMMA boleh angkat dia jadi ketua weh.Buat malu je...Pecat sajaaa pompuan bodoh ni.UUM pun satu...bolehnya jemput manusia macam ni.Sekarang satu universiti dapat malu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....