Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 13 September 2009

Zamri lawan Nizar: Cubaan Umno merampas Selangor

Barisan Exco Kerajaan negeri Selangor.Kedudukan mereka menjadi idaman pimpinan UMNO selangor

Peruntukan sebanyak RM1.35 juta yang akan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diagihkan ke masjid dan surau serata Selangor menzahirkan perancangan Umno-BN merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.


Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata beliau hairan mengapa pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno.

“Pada pendapat saya ini adalah rancangan politik terhadap negeri Selangor, kita memang sudah tahu pihak BN berura-ura hendak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dan sudah ada beberapa pendekatan yang dilakukan yang kita sedia maklum sebelum ini mahu dilakukan melalui tindakan yang berhubung dengan mahkamah kalau ada bukti tentang penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Pusat hari ini memperuntukkan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di Selangor menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Mengulas perkara ini, Dr Shafie berkata walaupun amalan derma dan membantu itu sesuatu yang dimuliakan di sisi agama, namun ianya harus ikhlas dan bukan dibuat bagi tujuan politik.

Shafie menambah sekiranya Umno-BN benar-benar ikhlas membantu, mengapa bantuan tersebut diumumkan menjelang Syawal.

“Kita persoalkan kalau pun hendak diberi bantuan masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung,” katanya.

Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini.

“Sebagaimana yang dilakukan terhadap Teoh Beng Hock dan beberapa exco, mereka cuba serbu untuk mendapat bukti tetapi ini nampaknya terencat oleh kerana kematian Teoh Beng Hock di dalam siasatan SPRM.

“Dan kita melihat penawaran wang lebih dari jumlah RM1.35 juta adalah lanjutan dari usaha untuk menguasai negeri Selangor secara kospirasi yang bersifat kewangan pula lah. Kita persoalkan ialah mengapa ini atas nama parti UMNO BN dan ini jelas memperlihatkan konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.

“Sebenarnya kita juga telah memberi bantuan dari peringkat negeri di Adun-adun melalui JAIS dan sebagainya. Saya nampak lebih daripada serampang dua mata ialah selain daripada terhadap Selangor tetapi juga dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

“Jadi ini juga adalah satu tawaran yang bersifat politik untuk menarik masyarakat dan pengundi-pengundi di Bagan Pinang, jadi ini adalah bersifat politiklah untuk menarik masyarakat pengundi-pengundi di Bagan Pinang,” katanya.

Biarpun pelbagai taktik lapok itu digunakan oleh BN, beliau yakin politik di Selangor adalah mantap dan tidak akan terpengaruh dengan cubaan pihak BN yang bertalu-talu untuk menjatuhkan Selangor.

“Kita lihat dia cuba guna isu kuil baru ini yang jelas daripada orang-orang UMNO yang sepertimana 12 orang telah didakwa, jelas ertinya mereka eksploitasi isu ini.
“Saya fikir ini bukan terakhir siri percubaan mereka untuk menguasai Selangor dengan pelbagai taktik kotor dan rentetan itu kita perlu lebih berhati-hati terhadap usaha jahat mereka terhadap kita yang perlu kita pertahankan kekuatan dan kesepaduan kita berusaha untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kecil yang kita akan hadapi.

“Kalau kita dapat mengalahkan mereka ini adalah satu tamparan yang amat memalukan, paling tidak saya ingat kita perlu usaha untuk mengurangkan majoriti ditempat mereka supaya politik mereka akan menurun,” katanya.TVA

Zamri lawan Nizar: Terima kasih Mahathir-Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR, 13 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa kemenangan yang akan diperolehi tidak akan kekal jika prestasinya lemah.
epada Dr Mahathir yang memotivasikan lagi rakyat yang cintakan demokrasi dan kedaulatan undang-undang apabila bekas Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyatakan Umno dan BN mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

"Dr Mahathir kata, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

"Apa yang beliau nyatakan itu merupakan peringatan yang sangat berguna kepada Pakatan. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tun," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Serentak dengan itu, beliau menggesa para pemimpin Pakatan mengingati kembali kenyataan Dr Mahathir November lalu di mana bekas Perdana Menteri menyatakan bahawa parti-parti lawan BN sedang memberikan 'preview' jenis pemerintahan yang akan didirikan.

"Kita bertanggungjawab memberikan 'preview' yang menyenangkan hati rakyat dan bukan 'preview' yang menyebabkan mereka meluat untuk melihatnya," Mahfuz mengingatkan.

Walaupun Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menunjukkan contoh yang baik dengan kehidupan sederhananya, kata beliau, ia tidak akan memberikan apa-apa makna jika tidak diikuti dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin yang lain.

Mahfuz menyeru kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR dan para pemimpin PR memastikan diri mereka bersih dari gejala-gejala yang melanda Umno yang dinyatakan oleh Dr Mahathir.

"Ketika (Presiden MIC, Datuk Seri S) Samy Vellu semalam menyatakan orang-orang India menyampah dengan BN, para pemimpin PR mestilah sedar bahawa bukan orang-orang India sahaja yang menyampah dengan BN malah sukar dinafikan bahawa majoriti rakyat negara ini menyampah dengan BN.

"Oleh itu, jika para pemimpin PR dilihat tidak berbeza dengan para pemimpin BN, rakyat akhirnya akan menyampah dengan PR," beliau mengingatkan.

Ketika mengulas penolakan rakyat Jepun terhadap LDP yang memerintah negara itu sejak Perang Dunia Kedua, Dr Mahathir berkata, fenomena tersebut tidak mustahil berlaku terhadap BN.

ImageJika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, beliau tidak menolak kemungkinan para pengundi yang kecewa akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad.

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.

Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.

Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".

Dr Mahathir berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan LDP apabila memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu. _harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Kedah ada undang2 pejualan arak-MB

Arak dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi orang Islam

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas.

"Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu," katanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan.

Azizan berkata beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak memandangkan Kedah sudah ada undang-undangnya sendiri berhubung kaedah penjualan arak.

"Di sini hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang diberikan lesen penjualan arak kerana ada penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya.

"Saya rasa tiada masalah bagi orang Islam kerana mereka tahu memang haram minum arak," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kulim, Lim Soo Nee sebagai anggota Exco Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan bagaimanapun melahirkan rasa terkejutnya mengenai cadangan supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam.

"Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri," kata Azizan.

Timbalan Pengerusi Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani berkata semalam mereka akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak itu. - Bernama

Zamri lawan Nizar: Najib PM terakhir UMNO??




KUALA NERUS – Perdana Menteri Malaysia masakini Dato’ Seri Najib Razak merupakan orang terakhir yang akan menjawat jawatan politik tertinggi Negara itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/teorirahman.jpgNajib adalah pelengkap terakhir dalam teori RAHMAN yang popular, dimana huruf ’N’ pada awalan nama Najib merupakan abjad terakhir dalam teori tersebut.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah (gambar kiri) berkata demikian dalam ucapannya pada majlis ceramah sempena Nuzul Quran yang diadakan di Masjid Taqwa Batu Enam, disini.

”kalau kita ambik teori RAHMAN (yang) disebut-sebut orang, Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan terakhir sekali Najib,

”Najib itu yang terakhir dah lah, lepas (huruf) ’N’ itu tak ada dah lah (Perdana Menteri dari UMNO),”ujarnya.

Sebab itu katanya, selepas ini habislah UMNO dan kalau betul teori tersebut, Najib adalah Perdana Menteri terakhir.

Menurutnya, perkara tersebut bertepatan dengan situasi politik diseluruh negara hari ini dimana rakyat sudah tidak mahu kepada UMNO.

Oleh itu, katanya, apabila UMNO kalah pada pilihanraya akan datang, orang Melayu akan beralih sokongan dan tokoh politik dari PAS akan menjadi Perdana Menteri.

”Tak adalah Perdana Menteri dari UMNO dan pada waktu itu, Perdana Menteri adalah dari kita (PAS),

”Sebab bila UMNO hancur ini, orang Melayu tidak akan kemana-mana, tentu akan sokong PAS,”jelasnya.

Justeru, beliau menolak dakwaan pemimpin UMNO yang mengatakan sekiranya UMNO kalah, politik orang Melayu akan terjejas.

Sebaliknya, katanya lagi, sekiranya UMNO kalah, PAS akan menjadi pengganti kepada UMNO kerana PAS juga adalah parti politik orang Melayu terbesar selepas UMNO.

Menurut beberapa pengamat politik tempatan, Teori RAHMAN wujud sejak 20 tahun yang lalu, dimana tokoh atasan UMNO khususnya kepada mereka yang berusaha untuk menjadi perdana menteri, menganggap teori ini membawa tuah.

Turut hadir dalam majlis diatas adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Timbalan Ketua Dewan Ulama’, Ustaz Abu Bakar Abdullah. BO

thinking of life

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....