Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 2 Mei 2011

Gambar : Wajah Osama Bin Laden Setelah Dibunuh Tentera AS ??

Visual video yang dikeluarkan Express TV menunjukkan jenazah pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden di Islamabad, Pakistan pada Isnin.Foto ini masih menjadi tandatanya kerana ada yang mendakwa hasil photoshopped dari gambar lama Osama lihat DISINI
Sedutan rakaman video menunjukkan pekarangan rumah dihuni Osama di Abbottabad menjadi sasaran pasukan AS awal pagi ini (waktu Malaysia). – Foto Reuters

LONDON, 2 Mei – Butiran terperinci mula muncul mengenai operasi pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden.
Menjelang tengah hari tadi (waktu Malaysia) Presiden Barack Obama mengesahkan Obama terbunuh dalam serangan pasukan elit negaranya.
Rumah didiami Osama, dipercayai dia tinggal sejak lima hingga enam tahun lalu di Abbottabad, timur laut Pakistan, hanya terletak kira-kira 800 ela (266 meter) dari Akademi Tentera Pakistan.
Akademi itu merupakan pusat latihan ketenteraan elit Pakistan, yang menurut laporan bersamaan dengan akademi latihan tentera Britain, Sandhurst.
Oleh kerana kawasan perumahan itu terletak dalam lingkungan pusat latihan tentera di Abbottabad – dipercayai sepatutnya menjadi pengawasan ketat dan kehadiran tentera yang signifikan.
Operasi menyerang lokasi Osama tinggal itu bermula pada pukul 1.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 petang GMT) dan berlarutan kira-kira 45 minit, lapor BBC.

Kematian Osama Tidak Lumpuhkan Al-Qaeda

PETALING JAYA: Kematian Osama bin Laden yang dianggap sebagai perancang utama serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 tidak dapat menjamin kelumpuhan kumpulan Al-Qaeda.

Osama yang merupakan pemimpin utama Al-Qaeda dikatakan maut dalam satu serangan yang diketuai oleh tentera AS di sebuah rumah agam yang terletak di pekan Abbottabad, berhampiran Islamabad, Pakistan.

Kematian tersebut disahkan oleh Presiden Barrack Obama dalam satu sidang akhbar di Rumah Putih pada lewat malam Ahad.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Ahmad Atory Hussain berkata, kematian Osama tidak bermakna sokongan terhadap Al-Qaeda turut mati.

“Osama hanya pemimpin kepada sebuah organisasi dan sudah pasti kehilangan tersebut akan digantikan dengan individu yang lain.

“Bagaimanapun, kekuatan Al-Qaeda juga sudah agak berkurangan kerana sokongannya telah terjejas,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Ahmad Atory menambah, secara tidak langsung berita kematian itu akan mengukuhkan imej Obama sekaligus akan membantu beliau dalam pemilihan penggal kedua yang dijangkakan pada tahun depan.

Beliau berkata, kematian Osama yang juga merupakan individu paling dikhendaki itu juga boleh membangkitkan sentimen anti-Amerika.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, kematian Osama tidak memberikan impak yang besar kepada dunia ekoran imejnya yang semakin merosot kebelakangan ini.

Menurut beliau, untuk jangka masa panjang, keganasan akan terus berlaku kerana ia bukan hanya disebabkan oleh rangkaian Al-Qaeda.

“Al-Qaeda bukan satu rangkaian yang berpusat kepada seorang individu. Kematian Osama akan memberi kesan tetapi kumpulan itu akan terus bergerak dan begitu juga dengan rangkaian pengganas yang lain,” katanya.

Chandra yang merupakan Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, berita kematian Osama yang disambut gembira oleh masyarakat AS diterima dengan perasaan bercampur-campur oleh masyarakat Islam.

Menurut beliau, masyarakat bersimpati terhadap Osama kerana dilihat sebagai seorang pejuang Islam yang menentang Barat, tetapi sokongan merosot kerana tiada kejayaan yang dicapai.

“Sesuatu pergerakkan akan diyakini jika ia membawa kejayaan, tetapi di sini ia bukan sahaja tidak berjaya, tetapi pada satu peringkat menyusahkan orang seperti kawalan keselamatan yang lebih ketat di lapangan terbang dan sikap membenci penduduk Islam oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Pada masa yang sala, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku gerakkan anti-Amerika oleh pengikut Osama yang marah dengan serangan itu.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Agus Yusof berkata, kematian Osama tidak membawa impak kepada keamanan dunia selagi AS tidak mengubah dasar luarnya terhadap peristiwa yang membangkitkan kemarahan orang Islam seperti yang berlaku di Palestin.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....