Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 Januari 2012

Road Show Hasan Ali : Ulasan Menarik Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU - Pas tidak bimbang dengan cadangan jelajah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Hasan kini bukan lagi anggota Pas dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota Pas," kata Nik Abdul

Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari Pas.

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.

Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. - Bernama

Halal Homoseksual : Dr Hasan Ali Dituntut Mohon Maaf Pada DS Anwar

Kenyataan Hasan Ali di The Malaysian Insider mendakwa DS Anwar akan menghalalkan homoseksual jika PR berjaya mentadbir Malaysia - Untuk Besarkan KLIK Pada Imej.
Utusan dan Berita Harian hanya melaporkan sebahagian temubual DS Anwar dengan BBC.DS Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu. Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam kepada Utusan untuk berbuat demikian.Untuk Besarkan KLIK Pada Imej.

Exco Baru : Sidang Media MB Selangor Selepas Perlantikan YB Ahmad Yunus

SHAH ALAM, 18 JAN : Pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru melibatkan rombakan kecil di dalam pentadbiran negeri di mana beliau akan dipertanggungjawabkan terhadap portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Datuk Dr Hasan Ali sebelum ini akan diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan lancar.Tambahnya Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah pembantu exco untuk portfolio belia dan sukan.

"Saya percaya Dr Ahmad Yunus boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Latar belakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara profesional," ujarnya.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT) yang sebelumnya disandang oleh Hasan.

"Seperti yang saya katakan, kita gunakan peluang ini untuk cepat selesaikan pentadbiran. Saya berpendapat, Dr Ahmad Yunus mempunyai pengalaman dalam portfolio belia dan sukan, maka beliau sesuai untuk mengambil alih portfolio itu daripada saya bagi menjalankan tugas.

Oleh kerana Datuk Setiausaha Kerajaan adalah ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), maka mudah bagi saya selaku pengerusi untuk melihat perkembangan hal ehwal Islam di Selangor," katanya.

Dr Ahmad Yunus merupakan lulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya pada tahun 1991 dan mempunyai empat orang anak.Beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Selangor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.TVS

Gambar : Majlis Angkat Sumpah YB Dr Ahmad Yunus Hairi Sebagai Exco Selangor



Terkini : Adun Sijangkang Angkat Sumpah Exco Selangor Gantikan Hasan Ali

Untuk besarkan klik pada imej

Berdasarkan laporan di Twitter MB Selangor sebentar tadi,sah !!Adun Sijangkang YB Dr Yunus Ahmad Hairi telah dilantik sebagai Exco Selangor yang baru menggantikan Dr Hasan Ali.

Dalam laporan awal Harakahdaily turut mengesahkan perlantikan ini,saya petik :

SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

Halal Homoseksual : DS Anwar Saman Utusan RM50 Juta



Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran, laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....