Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 6 Februari 2010

Najib mengaku pernah jumpa Saiful

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Mohd Saiful (foto) menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.

"Dia datang kerana mahu pertolongan daripada saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

Rangka Manusia Zaman Mesolitik Ditemui Di Terengganu



Artikel Seterusnya Baca DI SINI

Tok Guru Nik Aziz Perjelas Kenyataan Pelawa Umno Berbincang Dengan PAS


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kenyataannya mempelawa Umno untuk duduk semeja berbincang dengan PAS, adalah semata-mata untuk menyelesaikan isu agama Islam yang diperjuangkan parti pembangkang itu.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perkara berkenaan bukannya baru dan pernah disarankan sejak berpuluh tahun lalu.
"Dalam perbincangan itu, kita menumpukan kepada dua perkara utama saja, iaitu kenapa Umno tidak boleh terima Islam sebagai dasar parti itu, dan apakah salahnya Islam yang diperjuangkan oleh PAS," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang menyalahtafsirkan pelawaannya hingga menimbulkan salah faham di kalangan pimpinan Umno dan PAS sendiri.

BN rancang satu lagi ‘rampasan kuasa’-DS Nizar


Nizar sewaktu majlis angkat sumpah di Parlimen tahun lalu.
Oleh Clara Chooi
IPOH, Feb 6 — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang pagi ini memulakan “ekspedisi demokrasi” di Perak untuk mengingatkan rakyat tentang rampasan kuasa yang genap setahun hari ini, mendakwa Barisan Nasional (BN) merancang satu lagi usaha untuk “merampas kuasa”.
Kali ini, menurut beliau, rancangan BN kemungkinan melibatkan usaha bersubahat yang lebih ketara berbanding sebelum ini, membabitkan anggota tentera termasuk polis dan komando.
“Apabila keputusan (mahkamah) keluar 9 Feb ini, Umno akan melancarkan satu lagi rampasan kuasa yang lebih teruk.
“Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Pakatan (Rakyat) tidak memegang kerajaan,” kata beliau pada ucapan majlis sarapan pagi dengan penduduk di Chemor dekat sini.

Ahmad Fadhli setiausaha akhbar Tok Guru Nik Aziz yang baru

KOTA BARU, Feb 6 — Ahmad Fadhli Shaari, yang menjadi teka-teki sama ada bakal mengisi jawatan setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan, yang kosong ketika siri isu kontroversi di negeri itu, akan lapor diri menyandang jawatan itu esok.
Ketika mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, beliau akan menggantikan Mohd Saiba Yaakub yang telah menamatkan kontraknya pada 2 Feb lalu.
Saiba menyandang jawatan tersebut selama lapan tahun tetapi tidak berhasrat menyambung kontraknya atas alasan ingin menyambung pengajian.
“Kira-kiranya begitulah. Hari Ahad (esok) mulai lapor diri,” katanya ringkas seolah-olah masih belum bersedia untuk memberi reaksi terhadap pelantikan itu.
Menurut sumber, Ahmad Fadhli yang sepatutnya melapor diri 3 Feb lalu tidak berbuat demikian kerana dikatakan sedang bercuti.

Kes Altantuya: Tulisan RPK gambarkan Nasir Safar terbabit?

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Belum pun reda isu Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar menggelarkan imigran awal berbangsa Cina dan India di Malaya sebagai ‘pelacur’ dan ‘pengemis’ beberapa hari lalu, pengendali blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) semalam seolah-olah mendakwa Nasir terbabit dalam kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
“Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar.
"Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?" dipetik dari tulisan RPK yang berjudul Nasir Safar, si 'Lelaki Misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia.

Lelaki jumpa bom grenad dalam dekoder Astro

KUALA LUMPUR, Feb 6 — Seorang lelaki menemui sebutir bom grenad dalam sebuah dekoder astro terpakai yang baru dibelinya dari seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran Tesco Ampang di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan berkata penemuan bom itu dimaklumkan kepada polis kira-kira pukul 5 petang semalam.
“Lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu berminat membeli dekoder terbabit selepas membaca iklan yang ditampal di satu tembok di kawasan berhampiran.

MB Terengganu ' Borek' SETPOLnya 'Rintik'





Pepatah Melayu menggambar seorang anak yang saling tak tumpah berperangai seperti bapanya, ataupun sebaliknya, Bapa Borek Anak Rintik boleh di umpamakan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said dan Setiausaha Politiknya, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Artikel Seterusnya BACA DI SINI...

Video:1 Malaysia mahu Nasir Safar ditahan ISA





Setakat ini lebih 42 laporan polis dibuat terhadap bekas Pembantu Khas Perdana Menteri Dato Nasir Safar berkenaan dengan pernyataan yang berbaur perkauman. Hampir semua laporan tersebut menggesa supaya Dato Nasir dikenakan tindakan ISA.


Namun sehingga kini, tiada tindakan undang-undang diambil terhadap beliau. Bagi mereka bangsa yang dinyatakan oleh Dato Nasir merasa kecewa dan mereka lebih kecewa kerana Dato Nasir merupakan Pembantu Khas kepada Perdana Menteri Malaysia yang memperkenalkan 1Malaysia.

3 hari yang lalu dalam satu seminar 1Malaysia di Melaka, Dato Nasir Safar mengeluarkan pernyataan berbaur perkauman dengan menyatakan Orang India datang ke Malaysia untuk mengemis dan perempuan China pula menjual tubuh. Sehari selepas itu beliau menyatakan akan meletakkan jawatan sebagai pembantu khas kepada Perdana Menteri 1Malaysia.SUMBER

Futsal Persahabatan : AJK Pas Kaw.Besut VS AJK Pemuda Pas Besut






Sebahagian dari aksi
Perlawanan yang mengeratkan lagi tali persaudaraan dalam perjuangan
Sebahagian AJK dan AJK Pemuda Pas Kaw. Besut yang mengambil bahagian.Antaranya Tim.YDP,Hj Hasan Salleh(Duduk 6 dari kiri) S/U Kaw. Saudara Nasir Awang(Duduk 9 dari kiri) dan Ketua Pemuda Ust Zulkifli Kadir(Belakang 6 dari kiri)

Malam tadi berlangsung satu perlawanan Futsal persahabatan antara AJK Pas Kawasan Besut dan AJK DPP Kawasan Besut yang diadakan di Gelanggang Futsal Kg Raja.Selain dari tujuan riadah antara kami,program ini sekurang kurangnya dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara AJK Kaw. dan AJK DPP.Program anjuran DPP Kaw. Besut ini bermula jam 10.00 PM dan berakhir kira kira 2 jam kemudian.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Isu Liwat 2:‘Roadshow’ Untuk Bela Anwar Akan Menjelajah Seluruh Negara

Imbang Penuh


VIDEO EHSAN GREENBOC


Kuala Lumpur menyaksikan laungan reformasi kembali bergema apabila 100 aktivis veteran reformasi berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Wilayah, petang tadi.

Menghimpunkan aktivis-aktivis reformasi era 1998 dari wakil rakyat hingga ke aktivis jalanan, demonstrasi ini mengecam pertuduhan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mereka sifat sebagai ulangan konspirasi 10 tahun lalu.

Perhimpunan berlangsung tanpa gangguan dibawah pemantauan pihak berkuasa. Gerombolan Cawangan Khas turut dikesan, serta ketumbukan Unit Simpanan Persekutuan turut dikerah ke lokasi.

Kain rentang tertulis “Perhimpunan Bantah Fitnah ke-2” dan “Keadilan Untuk Anwar” dikibarkan bagi memperlihatkan sokongan teguh kepada pemimpin reformasi itu.

Ahli Parlimen Tian Chua berkata perhimpunan seperti ini akan berterusan sepanjang perbicaraan Anwar.

Mereka juga dijangka menjelajah seluruh Malaysia memberi perkembangan terkini perbicaraan kepada segenap lapisan masyarakat.

“Selagi bicara ini berkalu perhimpunan akan berterusan. Bukan saja di mahkamah tetapi kita akan adakan ‘roadshow’ seluruh negara dan kita akan bawa mesej ini secara terus kepada rakyat. Kita akan lancar pelbagai perhimpunan besar-besaran di kota-kota lain di seluruh negara dan setiap malam di ibu pejabat Keadilan kita akan adakan sesi informasi untuk memberi penerangan kepada penyokong-penyokong kita yang tidak sempat hadir dalam sesi mahkamah”, kata beliau. -HY (Detik TVS)

Royalti Minyak: Biar Kelantan Urus Sendiri Duit - Tok Guru





Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi jaminan sebarang wang pemberian daripada Kerajaan Pusat, sama ada wang royalti atau ihsan tidak akan disalahgunakan dan sampai kepada rakyat jika disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata pengalaman mentadbir Kelantan kira-kira 20 tahun membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS tidak menyeleweng atau menyalahgunakan wang yang diperuntukkan bagi kepentingan rakyat.

"Kami boleh mengurus dan mentadbir sendiri wang daripada Kerajaan Pusat itu, walaupun tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Baharu.

Nik Aziz berkata demikian mengulas mengenai cadangan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan wang ihsan melalui JPP dan tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri itu kerana dikhuatiri tidak sampai ke matlamat asal untuk kepentingan
rakyat.

"Sepanjang 20 tahun mentadbir negeri ini, pegawai kami amanah, tidak rasuah dan inilah yang ditarbiahkan supaya menjadi manusia yang beriman dan bertakwa," kata Nik Aziz.

Ditanya mengenai kenyataannya semalam yang mengajak Umno duduk semeja untuk membincangkan isu agama, Nik Aziz berkata beliau bersedia bila-bila masa untuk mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai agama Islam.

Menurutnya persoalan yang beliau ingin tekankan ialah mengapa Umno menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau berkata jika Umno berjaya menjelaskan kepada PAS bahawa prinsip perjuangan yang dibawa parti menyalahi Islam, beliau bersedia menerima Umno.

- Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....